SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Buat Laporan Polis Di IPD Kuantan Berhubung Kes Tangkapan 2007 Yang Masih Tidak Disiasat

Susulan insiden tangkapan Cucu pada 24 Disember 2007 yang lalu, maka satu lagi laporan polis akan dibuat oleh beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan hari ini. Ini kerana Cucu tidak nampak satu pun kertas siasatan dibuka oleh pihak polis berhubung kesnya itu. Sedangkan laporan polis telah dibuat sebelum ini. Justeru itu, berkemungkinan Cucu akan menfailkan saman terhadap semua anggota polis yang terlibat menceroboh, menggeledah, menahan, menampar serta memalukan dirinya setahun yang lalu. Cucu amat kecewa dengan perkembangan ini, ternyata laporan polis yang dibuat terhadap isu itu sengaja ditutup oleh mereka. Biarpun perkara ini telah terdedah kepada umum. Saya terpaksa menanggung kerugian akibat memperbaiki segala kerosakan dan menanggung malu akibat kejadian itu. Pihak polis telah memecahkan pintu rumah Cucu serta menceroboh tanpa waran yang sah. Cucu juga telah dituduh mengedar dadah dan dibawa ke IPD Kuantan secara zalim untuk siasatan, walhal Cucu tidak pernah terbabit sebenarnya dengan kes-kes seumpama itu. Polis jerbabit telah menahan Cucu secara membabi buta dengan menggari serta memeriksa seluruh rumah dan tubuh badan. Akibat kejadian itu, Cucu mendapat malu dan trauma, kerana disyaki sebagai penjenayah. Inspektor wanita yang mengambil laporan kes saya telah menyatakan bahawa beliau akan melakukan siasatan secara telus dan adil. Namun setelah lebih setahun berlalu ternyata tiada apa-apa perkembangan yang dilihat setakat ini.

Hanya sekali saya dihubungi oleh pihak IPK yang bertanyakan bagaimana Cucu boleh nampak nombor baju anggota polis yang terlibat, walhal mereka memakai pakaian preman ketika operasi tersebut dijalankan. Polis seolah-olah merasa terlalu hairan dengan "magic' yang berlaku itu, kerana Cucu boleh nampak nombor anggota polis terbabit biarpun mereka berpakaian preman. Sudah terlalu lama Cucu menunggu polis yang terlibat untuk memohon maaf dan membayar segala gantitugi terhadap kerosakan harta benda yang Cucu alami, namun tidak seorang pun diantara mereka berbuat demikian dan menganggap kes ini sudah ditutup. Cucu akan mempertahankan hak sebagai rakyat Malaysia dan tidak mahu perkara yang sama terjadi kepada orang lain selepas ini. Dalam laporan Cucu dulu juga turut menyatakan nombor anggota yang melakukan kekasaran ketika ditahan. Cucu akan menyaman serta menuntut gantirugi terjadap kesemua anggota polis terbabit kerana telah memalukan, menjatuhkan maruah, merosakkan harta benda, menceroboh, menzalimi Cucu. Rujuk keratan artikel akhbar dibawah :-

Keratan akhbar Suara Keadilan berkaitan isu tangkapan Cucumatkilau


Bukti Laporan polis , tapi sudah lebih setahun tiada apa-apa tindakan
Laporan Blog [ World Committee To Protect Blogger | Rocky Bru | Jeff Oii | The Stars | Kuda Kepang (Datuk Ron)| Free Media (Chinese) | Tranungkite | The Stars (Police report)

0 Komen Artikel Ini: