SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Hadir Ke Ceramah Pakatan Rakyat Di Bera

Cucu sempat hadir dalam program Ceramah Perdana Pakatan Rakyat yang diadakan di Markas PAS Darul Ikhwan Mengkarak Bera. Ceramah yang sepatutnya diadakan di Padang Awam Felda Rentam itu telah dipindahkan ke markas terbabit setelah pihak penganjur menghadapi beberapa tekanan daripada pihak berkenaan. Penceramah jemputan khas yang telah bersama dalam ceramah malam tadi ialah Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang, Ustaz Mokhtar Senik (Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang), Saudara Ahmad Nizam Hamid (Penasihat Undang-Undang PKR Pahang) dan Saudara Mazlan Aliman (Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda yang juga bekas calon Parlimen Bera). Turut hadir dalam ceramah hari ini ialah YB Leong Ngah Ngah (DAP Triang) dan YB Chong Siew On (DAP Tras), Yang Dipertua PAS Bera serta semua ahli jawatankuasa terbabit. Kehadiran orang ramai bolehlah dianggarkan sekitar 3,000 orang sahaja. Ini mungkin kerana faktor lokasi yang bertukar tanpa dapat dimaklumkan segera kepada rakyat. Menurut Saudara Musanif, Timbalan Ketua PAS Bera keputusan untuk menukarkan lokasi ceramah dibuat secara tergesa-gesa kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan termasuk lokasi yang tidak sesuai dan tekana daripada pihak berkaitan. Justeru itu, kelewatan untuk memaklumkan pertukaran itu telah menyebabkan kesulitan kepada rakyat yang akan hadir




Difahamkan jarak antara Felda Rentam dengan Darul Ikhwan, sekitar 20 kilometer. Ini menyebabkan masalah berlaku kepada mereka yang ingin hadir. Ceramah berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, biarpun kelihatan ramai anggota polis yang berada dilokasi ceramah malam tadi. Cucu sempat bertemu dengan beberapa orang rakan media seperti Khairil Rahim (Siasah) dan Basiron Wahab (Harakah). Selepas ceramah kami meluangkan masa bersama Saudara Nizam untuk makan di sebuah restoran di bersebelahan dengan TNB Temerloh. Salam buat semua sahabat di Bera terutamanya di DUN Kemayan yang mana Cucu bertanding sebagai calon PKR dalam Pilihanaraya Umum Ke-12 lalu.

0 Komen Artikel Ini: