SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Cucu Berceramah Di Markas PAS Kg.Kuala Sentul Bersama Ustaz Idris Ahmad (PAS) Pada 26 Jun Ini

Berita baik buat rakan-rakan dan sahabat seperjuangan yang berada di sekitar daerah Maran terutamanya Jengka Pahang. Cucu mendapat jemputan khas untuk mengadakan ceramah isu-isu semasa di Markas PAS, Kg.Kuala Sentul pada 26 Jun ini. Khabarnya, Cucu akan digandingkan dengan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Sebenarnya, Kuala Sentul bukanlah asing bagi Cucu, tambahan pula kebanyakkan penduduk di sana adalah merupakan salur galur daripada keturunan Mat Kilau di Pulau Tawar Jerantut. Ketika kecil, Cucu sering ke kampung itu untuk mandi di Air Terjun Lubuk Ujid akibat sering ketiadaan air di kampung Cucu dekat Jengka 7. Ayahanda Cucu, Jamaluddin Md Yunus amat dikenali oleh orang di sana. Malah, kami juga mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beberapa orang penduduk di sana termasuk Tok Empat Ali (orang kuat UMNO di kampung itu dulu). Cucu juga sering ke Kuala Sentul ketika bersekolah di Sek. Men Jengka 2 sekitar tahun 1987 dan 1988 dulu. Ramai rakan-rakan satu asrama dengan Cucu menetap disitu antaranya Farix Abd Hadi, Najihah, Rosmawati, Zakaria dan ramai lagi. Pendek kata kampung tersebut memang tidak asing bagi Cucu. Tambah menyeronokkan pula, Cucu juga mempunyai seorang sahabat yang kini menjadi orang kuat UMNO di Maran iaitu Kamali Fauzi. Beliau kini merupakan Timbalan Pengarah Biro Tata Negara Pahang dan merupakan penduduk asal disitu. Cucu rapat dengan beliau ketika sama-sama mengajar di Sek Men Jengka 6 sekitar tahun 1994 hingga 1995 dulu. Oleh itu, Cucu menyeru semua rakan yang mengenali Cucu baik dari Jengka 7, Jengka 6, Jengka 5, Jengka 4, Jengka 2, Jengka 3, Hulu Jempul dan Bandar Pusat Jengka untuk hadir beramai-ramai pada malam itu nanti. Cucu berjanji akan membuat banyak pendedahan menarik untuk makluman semua. Kesedaran itu adalah lebih penting dari segalanya. Salam perjuangan buat semua sahabat. Nantikan kunjungan Cucu !!

0 Komen Artikel Ini: