Agak lama Cucu tidak bersuara di blog ini, mungkin agak sibuk dengan berbagai urusan sekarang ini. Apapun, Cucu ucapkan terima kasih kepada pengunjung yang terus hadir ke sini. Sekurang-kurangnya ia memberi harapan untuk Cucu terus berkarya di alam maya sehingga ke titisan huruf yang terakhir. Berbagai isu yang melanda negara sekarang ini. Antara yang paling panas ialah isu permohonan maaf Anwar kepada Amerika susulan kenyataan anti Yahudi, kemudian isu Akhbar Suara Keadilan disaman dan diharamkan berikutan artikel Felda Bangkrap yang disiarkannya dan isu pilihanraya umum yang dijangka tiba lebih awal daripada apa yang dijangka. Sementara itu pada 26 Jun lalu, Cucu turun berceramah di Markas PAS Kuala Sentul Maran bersama Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Pahang). Jadual asal pada poster, Cucu akan digandingkan dengan Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS). Namun atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, beliau tidak hadir dan digantikan dengan Dato' Fauzi di saat-saat akhir. Sebelum ceramah sebelah malam, siangnya Cucu sempat menjelajah ke lokasi bersejarah yang banyak meninggalkan kenangan buat Cucu ketika kecik dan remaja dulu.
Maklumlah, Cucu dibesarkan di Felda Jengka 7 yang jaraknya tidak jauh dengan lokasi ceramah. Sempat melawat rumah peninggalan keluarga, kemudian tanah perkuburan, sekolah rendah dan menengah serta lain-lain yang menarik. Cucu juga bertemu dengan Timbalan Ketua PKR Cabang Maran, Daud Abbas di Jengka 6. Sempat juga ke Jengka 2 dan Bandar Jengka untuk meninjau pembangunan di sana dan melihat tempat kenangan lama. Ceramah Cucu malam itu agak panas juga, ditambah lagi dengan cuaca hujan yang agak lebat juga. Cucu banyak mengupas isu rakyat Pahang sering ditipu oleh kerajaan berkaitan isu balak, air, tanah dan sebagainya. Ceramah Cucu kali ini agak berbeza kerana banyak guna loghat Pahang, maklumlah di Kuala Sentul rupanya ramai saudara-mara yang berasal dari Pulau Tawar yang mendiami kawasan itu. Biar pun sambutan agak hambar dek kerana hujan dan penangan bola sepak Piala Dunia, namun Cucu puas dapat menyatakan kebenaran kepada rakyat. Apa yang penting Cucu amatlah berharap agar rakyat dapat berfikir secara bijak kenapa kita perlu tolak UMNO. Bukan salah parti sebenarnya, tetapi salah beberapa kerat manusia didalam parti Melayu itu yang jelas telah mengkhianati rakyat. Mengejar kuasa untuk kepentingan peribadi, bertopeng-topeng dan pandai bermain kata-kata. Maka sudah tiba rakyat buat keputusan untuk membenamkan manusia-manusia durjana ini agar ia terus pupus dari mukabumi tercinta. Cucu tidak relak melihat generasi akan datang terus ditipu dek sejarah yang cuba diputar belitkan. Jelas sekali mereka kini berjuang menurut hawa nafsu semata dan bukan lagi seikhlas hati seperti dulu. Inilah yang merosakkan UMNO, jika mereka terus gagal untuk berubah!

0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan