SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Kontroversi: Demontrasi Pertahankan Ketuanan Melayu Anjuran Perkasa Dan Sekutunya Berjaya Kerana Sikap "Double Standard" Polis Kuantan !!

Sumber: pahangdaily

KUANTAN, 4 Dis - Orang ramai di bandar ini terkejut dengan tindakan "double standard" pihak polis dalam menguatkuasakan undang-undang mereka terutamanya berkaitan dengan isu perhimpunan dan demontrasi aman. Jika ia melibatkan pemimpin dan NGO yang berkaitan dengan parti pembangkang, sudah pasti undang-undang tegas akan dikenakan. Malah, pihak polis sanggup menghalang acara terbabit dalam apa jua cara sekali pun termasuk menggunakan kekerasan terhadap mereka yang terlibat. Pihak polis bukan sahaja mengarahkan mereka bersurai malahan turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada yang terlibat. Malah, dalam kebanyakkan demontrasi aman yang dijalankan oleh merela, pasti saja Ketua Polis Daerah (OCPD) sendiri akan turun untuk memantau situasi di lokasi yang berkenaan iaitu perkarangan Masjid Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini. Tindakan ini jelas sekali dengan konsert "mesra rakyat" yang sepatutnya diamalkan oleh pihak polis sebenarnya. Jika ia melibatkan pembangkang, maka mereka sewenang-wenangnya menguatkuasakan undang-undang berlandaskan undang-undang. Tetapi apabila melibatkan pemimpin, parti politik atau NGO yang menyokong kerajaan maka semua arahan tersebut "longgar begitu sahaja". Inilah yang berlaku dalam demo "Bantahan Ketuanan Rakyat" yang diadakan petang semalam.



Sebahagian peserta demo yang kelihatan semasa acara itu berlangsung

Kain rentang "Anwar Ibrahim Bertaubatlah" juga dipamerkan mereka

Kain rentang yang dipasang di pagar masjid, hero demo semalam (kanan)

Apa yang menarik ialah "Laungan Allahu Akhbar" yang dijeritkan oleh Faiz langsung tidak mendapat "sahutan" daripada jemaah yang keluar dari masjid berkenaan. Hanya beberapa kerat yang menyahut laungan tersebut dengan hati yang tidak ikhlas. Ia jauh sekali berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkag terutamanya dari PAS sebelum ini. Mungkin kerana "roh perjuangan Islam" dalam diri mereka itu tidak berapa kuat agaknya, maka ia gagal memberi impak besar kepada para jemaah solat Jumaat yang melalui kawasan itu semalam.

Demo Anjuran NGO Sokong Kerajaan Di Halalkan

Demo yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Pahang itu dikatakan untuk menyatakan bantahan terhadap mana-mana pihak yang terus berdegil mempertikakaikan hak dan keistimewaan orang Melayu. Demo yang diketuai oleh Ketua Penerangannya iaitu Mohd Faiz Hashim (foto), yang juga merupakan Bendahari Pemuda UMNO Indera Mahkota itu dilihat berjalan dengan lancar dan baik tanpa gangguan oleh pihak polis seperti kebiasaannya. Biarpun ia mungkin tidak mempunyai "permit" seperti lain-lain demo sebelum ini, namun anehnya mereka dilihat selesa mengadakannya tanpa ada mana-mana pegawai polis yang mengarahkan ia diberhentikan seperti yang berlaku kepada pihak pembangkang sebelum ini. Memang benar polis ada memantau, tetapi mereka dilihat sekadar berborak-borak sesama sendiri dan tidak bertegas untuk menghalang. Inilah buktinya, yang pihak polis dilihat "double standard" terhadap rakyat itu sendiri. Bayangkan jika yang bercakap itu pemimpin atau NGO pembangkang, sudah pasti mereka akan bertegas mengarahkan ia diberhentikan, semua bersurai atau memberi masa lima minit sahaja untuk berucap dan beredar dari lokasi berkenaan. Apapun, demo terbabit hanya disokong oleh pihak yang berkenaan sahaja, termasuk beberapa orang pemimpin UMNO, serta wakil NGO terbabit seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Pahang dan juga MAYC.


Bukti, demo bantah judi anjuran PAS (pembangkang) diganggu pihak polis
kelihatan OCPD Kuantan, Jasmani Yusof memberi kata dua kepada peserta

Lagu bukti kukuh, pihak polis kuat kuasakan undang-undang bila demo itu
dilakukan pembangkang tetapi tidak untuk mereka yang sokong kerajaan


Menurut Faiz, ketuanan Melayu yang cuba dipersoalkan tidak boleh dibiarkan kerana ia menyentuh sensitivi kaum Melayu. Beliau juga memberi amaran pihak berkenaan supaya tidak lagi mempersoalkan perkara terbabit kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan. Disamping ketuanan Melayu, yang dipersoalakan juga ialah tentang penghinaan terhadap agam Islam itu sendiri yang dibuat oleh salah seorang wakil PKR ketika Kongres Nasional parti itu baru-baru ini. Mereka mengecam tindakan wakil berkenaan yang juga merupakan ADUN Hutan Melintang Perak, S.Kesavan yang didakwa mentafsir ayat Al-Quran secara membuta tuli dan tidak tepat. Apa yang pasti pemimpin UMNO dan NGO mereka perlu banyak belajar ilmu berdemo daripada pembangkang.

[Apa yang menarik untuk diperkatakan disini ialah kenapa harus ada dua undang-undang untuk perhimpunan itu sendiri?. Jika ia diadakan oleh parti kerajaan atau NGO yang menyokong mereka, maka arahan itu longgar atau sengaja dilonggarkan tetapi jika ia membabitkan pemimpin dan NGO pembangkang maka arahan itu ketat atau segaja diketatkan. Apakah ini caranya kerja profesional yang dilaung-laungkan itu agaknya. Lokasi yang sama tetapi undang-undang yang berbeza untuk rakyat. Sewajarnya, pihak polis mengambil langkah yang sama terhadap NGO kerajaan jika mereka benar-benar ingin mendaulatkan undang-undang. Amalan inilah yang menyebabkan rakyat tidak yakin dan percaya kepada kerja-kerja pihak polis itu sendiri sebenarnya. Mereka sanggup menggunakan kekerasan atau berhemah mengikut arahan politik jika sesuatu demontrasi yang tidak memihak kepada kerajaan itu sendiri. Sebaliknya arahan akan bertukar jika ia boleh menguntungkan kerajaan. Ternyata, demo yang diadakan itu adalah dinaungi oleh parti UMNO sebenarnya. Malah Ketua Penerangan Perkasa itu sendiri juga adalah Bendahari UMNO Indera Mahkota sebenarnya. Oleh itu, pihak polis diharap agar tidak meneruskan amalan doubble standard ini pada masa-masa yang akan datang. Berilah keadilan kepada semua rakyat tanpa membezakan fahaman politik masing-masing].

0 Komen Artikel Ini: