[Calon Bebas bagi kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Semambu, Mohd Shukri Mohd Ramli A.K.A Blogger
Cucumatkilau tidak teragak-agak untuk menfailkan tindakan saman terhadap akhbar
media arus perdana milik UMNO, Utusan Malaysia berikutan penyiaran fakta salah
berkenaan dirinya di akhbar itu pada 18 April lalu (selepas hari penamaan calon
PRU-13). Dalam laporan gambar itu menyatakan beliau akan bertanding atas tiket
Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk menentang Ulamak Muda UMNO, Ustaz Fathul
Bari Mat Jahaya (BN) di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N15, Sanglang di
Perlis Indera Kayangan. Walhal beliau sebenarnya tidak bertanding di Perlis
sebaliknya di DUN N13 Semambu dalam negeri Pahang. Ketika dihubungi, Shukri
berkata tindakan Utusan Malaysia itu jelas sekali mengelirukan fakta dan
menyebabkan beliau tidak mendapat kepercayaan pengundi kerana disyaki bertanding
atas tiket bebas atas tajaan PAS di DUN Semambu. Susulan itu katanya, dia
kehilangan banyak undi dari kalangan penyokong UMNO dan pengundi atas pagar.
"Wartawan terbabit telah tersalah menyiarkan gambar saya dengan nama calon lain
di Perlis. Saya difahamkan Mohd Shukri (Perlis) menang ke atas Ustaz Fathuk Bari
dengan majoriti tipis 121 undi sahaja... Beliau mendapat 3,632 undi manakala
ulamak muda UMNO itu mendapat 3,511 undi. Dia menang tapi saya kalah di DUN
Semambu. Utusan menyiarkan gambar saya atas nama orang lain... nama saya Mohd
Shukri Mohd Ramli sedangkan calon PAS itu namanya Mohd Shukri Ramli... Ini semua
gara-gara wartawan yang tanpa usul periksa mengambil gambar menerusi google
image di internet. Saya tewas akibat kekeliruan ini sedangkan saya bertanding di
kawasan yang ada peluang untuk menang atau setidak-tidaknya tidak hilang
deposit.. Saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan saman dalam masa
terdekat", katanya. Sebelum ini dia pernah saman Utusan dakwaan Cium Anwar,
namun kes tersebut tertangguh atas masalah teknikal di
mahkamah].
Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/#ixzz2Sie5G900
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan