Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak yang meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0). Ternyata, ramai yang memperolehi walau pun dimulut mereka terus mencaci kerajaan. Biar apa pun yang terjadi rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan kerana meneruskan iniseatif tersebut. Malah pemberian kali ini dipermudahkan apabila ia terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima masing-masing. Persoalannya, wajarkan duit diterima tetapi mulut menyumpah seranah kerajaan.
Penerima BR1M Tidak Di Wajibkan Pangkah BN
Atas apa jua alasan sekali pun, semua pihak perlu bertenang dalam hal ini. Jangan hidup kita kerja membangkang 24 jam sampaikan benda yang baik begini pun kita mahu berfikiran negatif. Terimalah seadanya dan gunakan dengan berhemah. Harus diingat, semua penerima BR1M ini sebenarnya tidak diwajibkan memangkan Barisan Nasional (BN) setiap kali pilihanraya. Maknanya, mereka bebas memangkah apa sahaja parti tanpa ada ikatan atas pemberian BR1M itu sebenarnya. Makanya, semua penerima bebas membuat pilihan tanpa ada halangan. Soalnya, kenapa terus mengamuk kononnnya BR1M untuk memancing undi pilihanraya?. Jika pun tidak lama lagi akan berlangsungnya pilihanraya kecil DUN Kajang, ia tidak bermakna pemberian itu dek kerana PRK terbabit. Berapa kerat penerima yang berada di DUN Kajang akan membuat undi nanti.
Caruman Takaful RM50 Pun Di Pertikaikan
Maka, berfikirlah secara rasional jangan mengikut perasaan semata-mata. Paling menarik, ada juga yang mempertikaikan caruman insuran takaful sebanyak RM50 seorang. Kononya, kerajaan memberi projek itu kepada kroni dengan mudah. Malah, mereka pun tidak tahu apa faedah atas insuran terbabit. Sebenarnya, faedah utamanya ialah polisi perlindungan RM30,000 akan diberikan kepada kita apabila berlaku kemalangan. Bahkan, RM1,000 jika berlaku kematian selain kemalangan. Bukankah ini baik untuk rakyat. Jika wang tersebut diberi sepenuhnya sudah pasti ramai yang tidak akan membeli insuran berkenaan sampai bila-bila pun. Maka itu, tidak harus dijadikan isu sebenarnya.
Janji Beri RM1,200 Secara Berperingkat-Peringkat
Persoalan seterusnya, ada yang mengatakan kerajaan tipu BR1M. Janji sebelum pilihanraya mahu beri RM1,200 tetapi hanya beri RM650 sahaja. Dalam hal ini, ramai penyokong pembangkang tidak perasan apa yang dijanjikan oleh kerajaan. Jelas, dapat didengar dalam ucapan PM sebelum ini bahawa BR1M akan diberi sehingga RM1,200 secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lima tahun akan datang, bukannya sekarang. Makanya, pemimpin perlu jelaskan kepada semua bahawa jumlah RM1,200 itu adalah secara berperingkat-peringkat bukannya sekali gus. Namun, ada yang mahu jadikan isu untuk menyerang akhirnya menuduh beri BR1M pun tipu.
Inilah penyakit kita hari ini, beri pun salah tak beri pun salah. Oleh itu, semua pihak perlu sedar ada kalanya kita perlu berlapang dada menerima bantuan seperti ini. Jika kita selalu bersikap negatif maka sudah pasti jiwa kita akan terus tidak tenteram dan sering berusaha untuk mencari kesalahan atas kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan. Mana yang baik kita sokonglah, mana yang tidak baik kita tegur. Barulah hidup kita akan lebih selesa dan terjamin di bumi Malaysia yang tercinta ini kelak. Maka itu, fikir-fikirkanlah.
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan