SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Ugutan Sebar Video Lucah Matangkan Perjuangan Rakyat, Demi Keselamatan Harap Agar Sahabat Tidak Sebarkan Sesuka Hati !


Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Kepada ahli keluarga, saudara-mara serta sahabat-sahabat facebook yang budiman, kira-kira BEBERAPA MINIT dari sekarang (seperti yang didakwa), video lucah yang kononnya membabitkan diri saya akan disebarkan kepada semua berdasarkan amaran yang telah dibuat oleh pihak yang menggugut saya sekiranya gagal membuat bayaran sebanyak USD5,000 seperti yang diminta jam 10.00 pagi ini.




Video yang berfurasi 1:45 minit itu akan memaparkan muka saya ketika memandu kenderaan kemudian sebahagian gambar "memegang alat sulit" yang kononnya milik saya. Gambar video berkenaan telah disunting dengan begitu teliti oleh pihak yang berkenaan bagi tujuan memalukan serta mematikan karier politik saya. 

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Indera Mahkota petang semalam, dan lewat malam tadi saya telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh pihak polis di IPD Kuantan sekitar jam 10.00 malam. Segala maklumat berkaitan telah diberikan dengan jelas kepada pihak polis dan mereka mahu saya bersabar dan tidak membuat apa-apa bayaran kerana modus operandi pihak berkenaan sama dengan apa yang pernah berlaku kepada ramai orang sebelum ini. Cuma, ramai yang mendiamkan diri dan tidak melaporkan kepada pihak polis demi menjaga maruah masing-masing.Malah, kata polis ramai juga yang telah membuat bayaran kepada pihak yang mengugut terbabit secara diam. 



Persoaannya sekarang, bagamainakah gambar berkenaan disunting sebegitu baik oleh pihak terbabit?. Saya sendiri tidak menyangka boleh menjadi mangsa mereka kerana selama ini saya begitu berhati-hati dengan sindiket SCAM atau sebagainya. Namun kali ini mungkin nasib saya tidak baik dalam masa yang begitu singkat saya seolah-olah tidak sedar apa yang berlaku. Apapun, saya menafikan video lelaki memegang alat sulit itu dilakukan oeh saya. Ini kerana ketika kejadian saya memang sedang memandu dan dalam perjalanan untuk mengambil isteri saya dipejabat.



Kejadian dirancang sebaiknya, kerana jadual saya amat ketat pada hari semalam. Sebelah pagi dari jam 8.00 hingga 12.00 saya berada di Komplek Penyayang, Indera Mahkota untuk memantau mangsa banjir mendaftar nama di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menerima sumbangan dana daripada Kerajaan UAE. 



Sekitar jam 12.15 tengahari saya berada di Restoran Kampung Tengah (Kedai Pauzi) untuk minum teh di situ bersama seorang sahabat Azam Abdul Rahman dan rakannya saudara Bard.


Foto arkib: Wajah sahabat blogger, Azam Abd Rahman

Ketika melihat facebook saya kelihatan seorang individu yang memakai nama  XING JIN yang kononnya dari negara China mahu ADD saya sebagai kenalannya. Sebelum ini dia pernah berbuat demikian tapi ditolak oleh saya. Namun, kali ini dengan begitu pantas saya add beliau. Selepas itu dia terus memuji saya dengan berbagai-bagai komen yang jelas bertuuan untuk membuatkan saya menjadi seronok berkawan dengannya. Saya bertanyakan soal kerjanya, soal pesawat MH370 kerana dia berasal dari China. 



Beliau memaklumkan dia bekerja sambilan sebagai Modeling dan menetap bersama saudaranya di Seoul, Koera Selatan. Dia kemudiannya mempelawa saya melihat gambar modellingnya dan mengajak saya menontonnya di SKYPE. Dia menyuruh saya halakan kamera ke arah muka saya agar dia dapat melihat dengan jelas siapa saya. Kerana ketika itu saya halakan kamera kepada sahabat saya Azam Abd Rahman. Kemudian saya menunjukkan tanda GOOD dengan jari, sambil terus menjamu selera bersama sahabat-sahabat.




Ketika itu saya meminta izin daripada rakan-rakan untuk beredar bagi mengambil isteri saya di pejabat, tambahan pula semalam ialah hari Jumaat dan  jam pula sudah menunjukkan hampir pukul 1.00 petang. Saya memandu kenderaan sambil tangan satu agi memegang iTab untuk melihat video yang beliau janjikan. 



Tiba-tiba dia menipu dengan menayangkan video lucah kepada saya yang memang jelas bukan diri beliau sebenarnya berdasarkan kepada paparan yang dibuat. Saya terkejut dan kemudian bertanya mana video modelling yang dijanjikan?. Video dimatikan dan selang beberapa minit kemudian dia sudah keluarkan amaran berupa ugutan kepada saya.


Paparan facebook isteri saya yang dibuat contoh ugutan

Antara ugutan terbabit dia mahu menyebarkan satu video lucah saya kepada  semua rakan facebook termasuk keluarga dan saudara mara saya. Saya terkejut, ketika itu saya masih dalam perjalanan untuk mengambil isteri saya di pejabatnya dekat Indera Mahkota. Saya bertanya, apa yang beliau mahukan. Dan dia terus menyatakan dia mahu wang sebanyak USD5,000 jika tidak mahu video berkenaan disebarkan. Saya ditontonkan video berkenaan dan sungguh terkejut apabila aksi seorang lelaki memegang alat sulit didalam kereta dipaparkan, dan wajah pada permulaannya ialah muka mirip  saya. Tapi anehnya, video berkenaan terhenti seketika sebelum suntingan dibuat dan bukannya Non Stop. 

Saya terus menelefon isteri saya dan memaklumkan perkara berkenaan. Mujurlah isteri saya memahami dan tidak melatah. Pihak berkenaan memberi tempoh dua jam kepada saya untuk membuat bayaran berkenaan melalui WESTERN UNION melalui nama seorang lelaki FILIPINA. 




Saya hairan dan terkejut, saya mengambil isteri saya dipejabat dan kemudiannya ke masjid untuk solat Jumaat, selepas itu saya terus membuat laporan di Balai Polis Indera Mahkota tentang perkara ini.


Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Indera Mahkota

Sekitar jam 3.30 petang, saya membuat satu sidang media tergempar di Restoran Vista, sebelah BSN Indera Mahkota tentang perkara ini. Saya terjerat dalam situasi yang dirancang dengan baik oleh pihak yang berkenaan. Walau pun pada awalnya saya syak ia dilakukan oleh pihak luar, namun saya agak keliru apabila pihak berkenaan dilihat mempunyai hubungan juga dengan dua orang individu yang saya kenali. Apakah mungkin mereka juga menjadi mangsa sindiket ini agaknya.


Persoalannya apakah ia satu konspirasi politik terhadap saya?. Ada dua aspek yang memungkinkan di sini, pertamanya saya ada membuat kenyataan untuk kembali aktif dalam politik dalam masa terdekat ini. Malah ada juga yang marah bila paparan gambar saya bersama Menteri Besar Pahang tersebar baru-baru ini.Keduanya, saya juga ada mengatakan untuk bertanding jawatan Ketua Cabang PKR  pada pemilihan parti itu tidak lama lagi, berdasarkan kepada status saya masih lagi ahli PKR yang sah.



Kedua-dua spekulasi ini mungkin menyebabkan ada pihak yang curiga dan dengki, serta menyimpan dendam bagi menjatuhkan karier politik saya. Apapun, ia sekadar spekulasi yang menjadi kontroversi. Apapun ini hanya spekulasi semata-mata. Namun, hakikatnya apa yg berlaku kepada saya juga mungkin pernah berlaku kepada orang lain sebelum ini. Ia mungkin melibatkan sendikit antarabangsa yang dilakukan secara licik dan teratur oleh pihak berkenaan. Mereka memeras ugut dan meminta wang daripada individu yang berpengaruh. Modus operandinya, mengajak mangsa seperti saya berbual menggunakan video cam di SKYPE dan kemudian memanipulasi gambar video berkenaan dengan adengan lucah untuk mendapatkan wang sebenarnya. Inilah yang berlaku.
 
Foto dengan MB Pahang ini juga jadi kemarahan pihak tertentu

Saya memaklumkan kepada pihak polis dalam siasatannya malam tadi. Apapun, saya berharap ini bukanlah satu konspirasi jahat daripada rakan politik saya kerana saya kini berkawan dengan semua rakan-rakan daripada parti politik yang berbeza selepas mengundur diri dari PKR pada 11 Februari 2011 yang lalu. Persoalannya, jika tiada kaitan bagaimana dua individu terbabit boleh menjadi follower dan friends kepada XING JIN (indidividu yang mengugut saya) itu?. 

Lebih mengejutkan, menyedari perkara ini telah didedahkan di blog saya XING JIN dengan begitu pantas telah mengubah profail facebook beliau kepada XING WOO JIN



Kenapa dia berbuat demikian?. Malah, ugutan meminta saya membayar wang dalam masa dua jam telah dilanjutkan lagi sejak petang semalam selepas saya merayu. Kemudian dia memberi satu lagi peluang hingga jam 10.00 pagi ini. Maknanya, XING WOO JIN boleh berunding dalam masa yang sama mengugut.



Susulan daripada itu, saya juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Multimedia berkenaan perkara ini. Malah, saya juga telah menghubungi beberapa orang rakan HACKERS hebat seluruh negara untuk HACK akaun facebook beliau bagi membongkar IP ADREESS dan siapa XING JIN atau XING WOO JIN ini sebenarnya.




Memandangkan perkara ini telah dilaporkan kepada pihak polis, makanya saya berharap mana-mana sahabat yang menerima video berkenaan agar berhati-hati dan tidak menyebarkan kepada pihak lain demi keselamatan. Pihak polis memantau perkara ini dan mahu saya membuat satu lagi laporan sekiranya video bekenaan disebarkan selepas saya gagal membuat bayaran USD5,000 seperti yang diminta. 



Oleh itu, saya berharap agar sahabat DELETE video tersebut dan tidak sesekali menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain bagi mengelakkan masalah lebih besar timbul kemudian hari. Saya juga nasihatkan sahabat-sahabat agar berhati-hati menerima kenalan facebook baru daripada individu yang tidak dikenali kerana mungkin mereka adalah musuh kita yang bertujuan untuk menghancurkan masa depan kita sebenarnya. Kini karier politik saya mungkin mahu disekat oleh pihak-pihak tertentu kerana mereka takut kelantangan saya menyuarakan sesuatu isu akan membuka mata rakyat kelak.

Keduanya, jika menggunakan KAMERA pada laptop atau komputer, pastikan tidak menghalakannya pada muka anda jika bercakap dengan individu yang tidak dikenali. Mereka boleh melakukan apa saja asalnya mendapat WANG dan mahu menjatuhkan kita.

Sekian Harap Maklum dan Terima Kasih,

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
(BLOGGER CUCUMATKILAU)

214 Komen Artikel Ini:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 214 daripada 214   Terbaru›   Baru»
  • awang says:
    19 Mei 2021, 1:53:00 PG

    saya baru kena smlm. saya dah byr dh 400 tapi lpastu saya minta member2 yang dia bg list tu block. adakah vdeo saya akan tersebar? mcm mana eh? risau gak ni. call saya ok 0138511967

  • awang says:
    19 Mei 2021, 1:55:00 PG

    esok dia try contact lagi. sbab dia mnta balance amount tu. saya saja delay. facebook dia dh unfriend dah cuma tk block lagi sbab terlalu risau. tp mostly smua profile saya dh private dh

  • Unknown says:
    19 Mei 2021, 10:42:00 PG

    Saya baru kena dengan scammer indon nk nk mintak duit...dia niralkn...cam mana nk buat ye..

  • Unknown says:
    19 Mei 2021, 10:52:00 PG

    Ni no indon tu 821-7871-4125

  • Tanpa Nama says:
    29 Mei 2021, 9:35:00 PTG

    Aku pun sama baru terkena semalam..kena di wassp..bodohnya..semua akaun wassp,FB, gmail aku dah diactivate pastu no phone pun aku dah tukar..agak2 dia boleh cari lg ke...adei pening la sahabat..x blh tido mlm

  • Unknown says:
    30 Mei 2021, 2:50:00 PTG

    0192153305 sapa2 yg terkena tolong w.sapp saya nk minta padangan

  • Tanpa Nama says:
    30 Jul 2021, 7:16:00 PTG

    Aslm, sy pon baru kena... Jd sy diam je 2 hari ni, then x jd apa² lagi, report semua xbt lg, cuma cerita dkt member sy sorang yg boleh dipercayai... Skrng ni ade x ape² idea apa yg harus sy lakukan, sy dah redha tobat dah ni. Please reply eh....

  • Tanpa Nama says:
    2 Okt 2021, 8:05:00 PG

    Sesiapa yang rasa dia terkena scam samada sengaja/tak sengaja melalui ugutan video lucah muka sendiri dengan sengaja/tanpa sengaja anda rasa perkara tu dirakam olehnya. Anda tak perlu risau.. kebanyakkan dpd mereka yg scam, rekod dlm vdcall ni cuma nak duit korang je, video tu just menakutkan kamu je, kalau scam tu ugut melalui agent viral or apa shj account bussiness.. just block shj.. jika ugutan tu dia ada bagi link untuk disebar.. check dlu link tersebut.. kalau not found tu mmg.. scam jelah.. dia cuma nak duit sahaja.. Sbb aq sendiri yg pernah melaporkan perkara sebegini di Balai polis.. dan setiap no hp tu cuba track penama.. dan adakah video kita tu tersebar? Jwpn dia mybe tidak, cek dkt mana2 website yg scam tu bagi or cek dkt mana2 socmed penama tersebut.. kalau dia agent.. cek smpai jumpa acc bisnes viral dia.. kalau rasa tak ada.. dlm beberapa minggu...just go on sahaja.. Kalau rasa dia membuat ugutan melalui ws, fb samada deactive acc or tukar simkad.. guna no baru itu sahaja,atau rajin lagi,kalau syg nk tukar sim tu just block shj acc ws tsebut,biasa nombor boleh register smpai 5 kali shj.itu penyelesaian lah kpd sesiapa yg terkena scam xkira.. awek indon ke.. phillipines.. point dia just nk duit je..so,jgn panik bila dia ugut.. block terus..kalau dia ugut dgn no yg lain.. teruskan block.. xpening.. tukar nombor.. settle..

  • Tanpa Nama says:
    2 Okt 2021, 8:57:00 PG

    Cara2 berlaku kejadian Scammer Video lucah (VCS)
    1. Samada melalui kamu sendiri(kamu sendiri yang nk vc)/ada no tak dikenali mesej ugut sebar video kamu(jarang berlaku )/kamu accept request friend di fb/ig etc..dan dia mengajak vc free je(cuma layan dia vc dan tunjuk muka kamu, sebolehnya memang dia nk suruh kamu tunjuk semua dlm vc sebab nak rekod dan jebak kamu dalam ugutan dia,so yg ni beware).

    2. Kamu tak akan perasan bila di rekod kamu, sesiapa yg ada iPhone canggih boleh cek masa vc jika dia rekod, cek dlm video ada titik merah dlm fone, itu dia rekod, android xsure.. xde fungsi tu..

    3. Selesai je kamu vc, dalam beberapa minit berselang, kamu akan menerima mesej berbaur ugutan.. melalui ws kamu, fb kamu or socmed yg kamu guna masa mengenali suspek. Dia akan ugut kamu dengan wang agar video vc td tidak tersebar yg disitu menampakkan wajah kamu samada sengaja kamu layan/tanpa sengaja. Kalau dia suruh tunjuk muka, jangan sesekali kamu tunjuk sebab dekat situlah point suspek or kamu xlanggan pun lg baik.

  • Tanpa Nama says:
    2 Okt 2021, 8:58:00 PG

    4.Byk kes ada yg smpai kerugian Rm500,1k, 3k ada yg parah smpai berpuluh K.. tapi kamu rasa kamu perlu ke bayar semua duit tu.. utk selesaikan ugutan dia. Firstly, takperlu dan jangan keluarkan apa2 amaun duit dlm acc kamu transfer ke suspek.

    5.Dekat sini, mesti kamu dah panik mengenai video bukan? video tersebar, suspek mesti ugut akan hantar ke family, kawan2 kamu, biasanya dia akan minta transfer segera, nak haritu jugak, masa itu jugak.. Tapi kalau kamu bijak berfikir, kalau cth kamu kenal di ws, tele ir etc.. tapi baru kenal dua tiga jam shj.. n then dia xkenal kamu pun.. cmna dia boleh ckp send dkt family aptb semua.. family kamu pun xpernah contact dia.. acc fb ke socmed kamu dia xtau.. just kalau no ws.. tu kamu boleh tukar sim kalau rasa nk buat or block sahaja terus.. kalau socmed cepat2 block.. dan buat security pada acc somed.

    6. Ok, point ni penting, bila kamu rasa terancam, kamu rasa nk report polis atas sebab ugutan, ditipu scammer kalau atas sebab lain(cth beli barang on9 ditipu).. takda masalah.. tapi kalau berpunca daripada diri sendiri, kecuaian diri sendiri, ni pengalaman aku(vcs ni kebanyakan dari diri kita sendiri,cuma malu mengaku bila kita report dan kenyataan tu mungkin sedikit lari dpd peristiwa sebenar), so, xperlu nk buat report jika itu silap dpd kita sendiri.. tapi kalau ianya dtg tanpa sengaja.. boleh je nk teruskan report, kalau rasa geram.. report acc bank dia je.. sekat dpd sgala transaksi.itu je boleh buat.

  • Tanpa Nama says:
    2 Okt 2021, 8:58:00 PG

    7. Bila report polis kita buat atas kecuaian kita, mcm kes scammer ugut sebar video ni, polis boleh buka siasatan atas kes ni.. tapi segala isi dalam hp kamu semua akan disiasat oleh CSI bhg siasatan jenayah.. so dia boleh tau punca kes dari kamu or dari suspek. Kalau dari kamu.. polis just boleh decided kes ni atas kecuaian.. siasatan tu boleh diteruskan.. kalau rasa mmg bkn salah sendiri, go on teruskan je kalau kamu rasa tak ragu2.

    8.Untuk penyebaran/ugutan video tu kamu takperlu panik, kalau ada dia bagi link.. sebaiknya cek link tersebut or padam, kalau dia mengaku dari agent viral yg akan sebarkan video kamu, cek agent tersebut dekat mana2 platform socmed, google.. ada tak penama agent tu.. kadang2 link tu scam juga.. memang point dia nak duit kamu je.

    9. Untuk pengetahuan, scammer vcs ni bukan kbykan dari negara kita.. mostly foreigner cth Indonesia, Phillipines, India etc. Sebab tu kalau dia minta bayar guna TnG 7e Topup apa segala tu xperlu lah.. dieorg foreigner mmg xberduit pun dtg sini, tu dieorg cari cara haram.. adalah sindiket agent dibawh kelolaan mereka semua ni.

    10. Info ni kpd sesiapa yang rasa pernah kena scammer dan cara nak atasi lah.. sebab aq sendiri pernah kena n then Semua yg aku kata mengenai polis tu memang aq sendiri yang buat report tu dan aq sendiri yang tarik balik report aq n then selesaikan cara luar (Block, tukar simkad, deactive acc socmed buat baru, report acc bank scammer di bank,tinggalkan shj semua kalau berkait vcs,) itu je.. Sebab jika kamu nak buka kertas siasatan soal kes vcs scammer dan ugutan ni.. dah terlalu ramai yang terkena, famous dah kes ni di malaysia. Bila kamu betul2 nk siasat kes ni akan jadi isu besar lah dan diambil serius pihak polis. Sekian itu sahaja lah info yang boleh diberikan kepada yang pernah ditipu, tertipu dengan Scammer Vcs dan Ugutan Video ni..

  • lumen13 says:
    21 Ogo 2022, 2:49:00 PTG

    Assalamualaikum baru kena kat vc whatsup...asal dari group jodoh islam kat fb..ramai fake akaun perempuan nama lupa dah tp nama nurshifa gitu la.. xsangka duk simpan nom salah sorang fake fb tu dia yg minta nom aku terus ws aku..fuhh..tp awal2 ingat nak kenal .dia jawab juga elok asal johor bagai elok je.. ..ingat nak buat kenalan n jodoh .tp malang .ajak vc sex awal2 ..tp x layan.. dia pun dah jadi kosong....awal dh agak tau je mcm scammer cuma ingat nak tahu juga sapa la orgnya...hari lain dia ajak vc lagi mlm tu dia ajak .kita pula tergoda lepas ws betul2 orgnya cantik bogel elok siap perempuan tu lancap ..apa lagi aku terlupa diri pula. Aduhai. Malang pi join dgn nampak muka aku .nyesal pula lepas beberapa saat .dah tersedar balik n terus ingat nak block ws 011-2296978 perempuan sial tu then serta merta naik nama nur Azwa kat fb nak add fb aku .langsung terus aku block tp mai naik nom +1231355-0287 ugut aku semua rakaman vc sex tu kat aku ..pening aku sebb terkena pula..aku x check apa dia sent sebb aku dh tahu n x download apa dia sent aku rakaman semua tu jadi terus aku block n padam nom ...adoi hai malu hilang kepala la jadi nya..huhu.. then naik lain nom Lost Angeles tu lagi nom lain la tp x sempat block..sebb aku laju pi padam nom +1 tu cemas punya pasai tp nom L.A yg lain tu dh x provok dah ...aduhai ..fb pun dan deactivated...
    .tp lepas dua hari buka try check..xde apa yg tersebar kot2 scammer2 tu xkuasa sebb kita xlayan n x read masa kat ws tu .. aku terus buat secure ketat kat fb tukar nama semua ..so far dh rasa lega doorg x kacau . Hope2 jenis scammer2 sial tu jenis terus padam bukti utk elak mereka ditahan pihak berkuasa..hope so la ..

  • Tanpa Nama says:
    3 Jan 2023, 8:27:00 PTG

    JANGAN BAGI WALAUPON 1 SEN. Lepas tu taubat jgn buat dosa lg.

  • Man says:
    26 Mac 2023, 1:50:00 PG

    Saya baru terkena.dah bayar rm300 lepas tu minta lagi 200 .mcm mana nak settle.takut saya

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 214 daripada 214   Terbaru› Baru»