Kemenangan Tengku Mahkota Pahang itu sebagai satu pengkihtirafan kepada keluarga DiRaja Pahang untuk terus menerajui FAM untuk musim 2014/2018. Bagi saya, sikap Tengku Abdullah yang tidak melatah dengan kempen-kempen TMJ nampaknya memberi kelebihan kepada baginda. Tengku Mahkota Pahang tidak perlukan publisiti dan janji-janji tinggi melangit untuk meyakinkan beliau dipilih sebagai pemenang. Semoga kemenangan ini akan menaikkan lagi imej dan mutu sukan bolasepak negara di mata dunia hendaknya"
Saya juga tidak menolak tanggapan bahawa FAM wajar memberi ruang kepada TMJ untuk bersama-sama memajukan bolasepak negara agar ia kembali digeruni di peringakat antarabangsa. Agenda TMP dan TMJ jika digabungkan, sudah pasti akan memberikan impak yang besar terhadap pembangunan bolasepak negara di masa akan datang pastinya... TMJ masih muda, maka ruang yang terbaik diberikan oleh perwakilan untuk melantik Tengku Mahkota Pahang amatlah wajar sebenarnya.
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan