Sunday, June 22, 2014

Himpunan Anti Lynas, 16 Peserta Di Tahan Oleh Pihak Polis


KUANTAN: Polis menahan 16 orang termasuk dua wanita kerana mengadakan demonstrasi di hadapan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata kesemua mereka ditahan pada pukul 4.30 petang tadi bila enggan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian oleh polis.




"Kira-kira 400 orang mula berkumpul di hadapan kilang Lynas itu pada pukul 1 tengah hari dan arahan kita agar mereka bersurai tidak dihiraukan.

"Kita bagaimanapun tidak menggunakan sebarang kekerasan ketika menahan mereka mengikut Seksyen 143 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan berhimpun secara haram," katanya kepada pemberita di sini.





Menurutnya perhimpunan tersebut bertukar menjadi rusuhan apabila polis memberikan mereka tempoh 10 minit untuk bersurai namun tidak diendahkan.



"Polis juga berbincang secara elok dengan Pengerusi Himpunan Hijau namun dia masih berdegil dan tidak mahu bersurai menyebabkan dia dan 15 orang peserta perhimpunan itu ditahan," katanya.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut. - Selanjutnya

0 Komen Artikel Ini: