Sungguh terharu mendengar rintihan sahabat-sahabat yang sedang balik bercuti ke kampung halaman di kawasan Jengka 6 skrg. Mesej
"Salam CMK. Mohon siasat apa hal dgn masalah ketiadaan air di jengka ni. Aku dah balik seminggu....seminggu xde air..hari2 duk mandi kuala sentul. Kesian peneroka yg buat kenduri cuti ni. Raya dah dekat..masalah ni dah lebih 10 thn tak setel2".
Memang tidak wajar diterima pada zaman moden ini. PAIP yg sudah dikorporatkan sejak setahun yg lalu tapi perkhidmatan masih ditakuk lama, tiada perubahan. Isu air Feda terus menjadi-jadi, kini ramai trauma untuk pulang ke kampung halaman menjelang Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Isu yang sudah berlarutan sejak 30-40 tahun lalu kini masih menghantui sebahagian besar warga Jengka.
Cuma bezanya, mereka tidak dibenarkan menghebahkan isu ini lagi kepada pihak media bagi menjaga imej kerajaan. PAIP tetap tidak berubah walau pun dunia sudah berubah... Sampai bila warga Felda Jengka harus begini. Justeru NGO Angkatan Pembela Rakyatl (ANGKARA) dengan kerjasama NGO Kelab Warisan Anak Felda (KELANA) akan bergabung untuk memainkan isu ini agar ia membuka mata semua pihak untuk lakukan sesuatu. Ramai peneroka sudah meninggal dunia sejak sekian lama, tapi isu air masih gagal diselesaikan. Aapakah wajar di zaman moden ini, mereka terpaksa MANDI SUNGAI lagi gara-gara ketiadaan air, bukan sehari tetapi seminggu...
Edisi siasat seterusnya menyusul. A N G K A R A + K E L A N A
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan