Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kiki Kamaruddin, dengan begitu cepat dan pantas akhirnya dia sanggup memohon maaf secara terbuka kepada warga emas berbangsa Cina yang beliau herdik Isnin lalu. Malah, tahniah juga kepada Uncle Sim yang sanggup memaafkan Kiki walau pun pasti ramai yang mendesak agar beliau manfailkan saman terhadap wanita terbabit.
Paling menyedihkan, ada pihak yang telah menjejaki Kiki sehingga ke rumah orang tuannya di Lepar Utara 8 dekat Bandar Jengka yang terletak lebih 100 kilometer dari Kuantan. Tergamak mereka melakukan sedemikian rupa. Malah, mereka merakamkan gambar-gambar kenderaan Kiki CDM25 yang diletakkan di garaj rumah orang tuanya. Tidak cukup disiang hari, ada yang sanggup merakamkan gambar itu dimalam hari pula.
Sebagai wanita, sudah pasti Kiki kini amat tertekan. Nama beliau dan kenderaan beliau CDM25 kini seolah-olah lebih popular dari MH370. CDM 25 berjaya menenggelamkan ingatan kita kepada MH370 yang masih hilang hingga ke hari ini. Apapun, tidak wajar Kiki terus diserang bertalu-talu dalam keadaan kemaafan sudah dipinta dan yang menjadi mangsa juga telah memaafkan beliau.
Kepada Kiki Kamaruddin, bersabarlah dengan dugaan dan cabaran yang anda hadapi. Sebenarnya ramai lagi yang berlaku lebih kasar dari anda, cuma adengan mereka tidak dirakamkan oleh mana-mana pihak. Cuma, zaman sudah berubah. Dengan kecanggihan teknologi maklumat kini segalanya ditangan. Itulah yang menyebabkan nasib anda tidak baik apabila adengan berkenaan tersebar menerusi internet tanpa anda sedari. Ambillah ikhtibar atas segalanya dan muhasabah diri. Kenapa semua ini harus terjadi kepada anda.
Sebagai anak Felda yang berasal dari Jengka 7 yang jaraknya tidak jauh dengan tempat tinggal orang tua Kiki Kamaruddin, saya amat sedih melihat apa yang berlaku kepada beliau sekarang. Saya juga memohon ampun dan maaf kerana menyebarkan gambar-gambar beliau di laman sembang sosial Facebook, Twitter, WhatsApp dan lain-lain sebelum ini. Pasti dia akan trauma. Apapun, nama Kiki Kamaruddin kini menjadi bualan jutaan manusia di seluruh negara. Ia setidak-tidaknya dapat mempopularkan Kiki sendiri diakhir nanti. Berhati-hati sebelum anda terkena dan terjerat dengan adengan seperti ini pada masa yang akan datang. CMK
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan