SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Isu PATI: Adnan Wajar Tarik Balik Tuduhan Terhadap Utusan


Kami terkejut apabila MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob tergamak menyerang akhbar arus perdana Utusan Malaysia dengan dakwaan penghinaan "Utusan Malaysia dah nak Rugi...tak lama lagi tutup lah kot...sbb tu cari berita mcm ni (isu Cameron Highlands)", semuanya gara-gara pendedahan ahbar terbabit tentang isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selepas terjadinya banjir lumpur di Lembah Bertam baru-baru ini.
Utusan Malaysia adalah media arus perdana yang banyak membantu UMNO Barisan Nasional setiap kali pilihanraya. Makanya, tidak wajar MB menghina mereka sedemikian rupa. Malahan UMNO juga memiliki saham terbesar dalam Utusan sebenarnya.
Pendedahan isu pencerobohan tanah di Cameron Highlands dan seluruh negeri Pahang adalah tanggungjawab sosial Utusan kepada rakyat marhaen. Tindakan Utusan ini adalah wajar selepas banjir lumpur terus melanda Cameron Highlands walau pun berbagai janji manis dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi mengatasi masalah tersebut.
Apa yang jelas dapat dilihat, penguatkuasaan dan pemantauan yang lemah gagal mengatasi masalah ini. Itu belum termasuk rasuah dan korupsi yang menyebabkan penceroboh boleh beroperasi secara terbuka tanpa halangan.


Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan Adnan sepatutnya bersyukur dengan pendedahan Utusan, bukannya menyerang media terbabit seperti sebelum ini. Jika Utusan itu media rasmi pembangkang, mungkin tidak jadi masalah tapi ia media yang menjadi suara rasmi kerajaan sendiri sebenarnya.
Justeru, kami menggesa Adnan wajar menarik balik penghinaan beliau terhadap Utusan dengan serta merta kerana media itu adalah "Penyebar Fikiran Rakyat".
Jika mendedahkan kebenaran itu dianggap tidak baik di mata MB, maka apakah menutup kebenaran itu jalan terbaik buat rakyat?. Tahniah Utusan Malaysia.
Mohd Shukri Mohd Ramli
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

0 Komen Artikel Ini: