ISU BAUKSIT: KERAJAAN NEGERI PAHANG WAJAR BERTINDAK SEGERA DEMI MASA DEPAN RAKYAT YANG SUDAH TIDAK TAHAN MENGANGGUNG DERITNYA
Saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob yang mengeuarkan kenyataan semalam, bahawa Kerajaan Pahang mahu menemui kesemua 106 pengusaha bauksit di negeri ini pada Rabu bagi mencari penyelesaian berhubung isu lori membawa muatan bauksit yang mengotorkan jalan raya di sekitar kawasan pelabuhan dan perindustrian Gebeng.
Adakan Juga Dialog Dengan Wakil Penduduk
Persoalannya yang timbul di sini ialah, Kerajaan Negeri Pahang sepatutnya mengadakan juga sessi dialog dengan rakyat. Setidak-tidaknya mengundang wakil penduduk kawasan-kawasasan yang terlibat untuk bersama dalam program pada Rabu ini. Langkah tidak mengundang wakil penduduk pasti tidak akan dapat menyelesaikan masalahnya ini, kerana laporan diterima ada penduduk yang telah dirasuah dan diugut agar tidak membawa isu ini kepada pihak atasan. Maka itu, dengan berdialog secara langsung dengan Kerajaan Negeri ia boleh dijadikan patform untuk mereka menyuarakan padangan.
Kerajaan Negeri Perlu Serius Tangani Isu Bauksit
Justeru, saya merayu Kerajaan Negeri Pahang serius menangani isu perlombongan bauksit ini agar rakyat tidak berterusan menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak tertentu. Mereka dapat untung tapi rakyat menderita makan debu dan berhadapan dengan masalah kesihatan. Itu belum termasuk jalan-jalan dan alam sekitar yang rosak akibat perlombongan yang berleluasa mutakhir ini. Saya melihat, isu ini mungkin tidak teralu parah jika ia melibatkan kawasan lombong di hulu Pahang, namun anehnya semua lombong-lombong ini terletak dalam daerah Kuantan yang menempatkan ibu negeri Pahang sendiri. Persoalannya, kenapakah pihak berkuasa boleh membiarkan ia berlarutan sampai bertahun lamannya tanpa ada perasaan belas kasihan kepada rakyat jelata yang menangung segalanya.
Semoga Kerajaan Negeri Pahang dapat bertindak dan bukan lagi sekadar berkata-kata untuk menyedapkan halwa telingan rakyat jelata. Ingat, janji-janji "Rakyat Di Dahuukan" harus ditunaikan jika benar-benar kerajaan cakna rakyat. Jangan nanti, rakyat bangkit menolak kerajaan dan mereka pula yang akan dituduh sebagai pengkhianat akhirnya. Bertindak segera demi rakyat.
MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan