Paling mengejutkan, rupanya ada laporan mengatakan lombong haram (tanpa permit) kini dibiarkan beroperasi dengan sewenang-wenangnya. Ia menampakkan seolah-olah bumi Pahang ini sudah tidak ada kerajaan yang memerintah lagi. Penguatkuasaan ternyata gaga membendung kegiatan ini. Sudah puas rakyat mengadu, namun hasilnya tetap sama. Bukan sehari dua malah sudah berbulan-bulan lamanya. Mereka, iaitu tokey dan pemilik tanah mengaut hasil dan kekayaan namun rakyat yang tidak kini berdosa menanggung derita dan sengsara "makan debu" setiap hari.
Maka itulah saya selaku Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) meluangkan masa untuk bersama rakyat daam program Hari Basmi Pencemaran (Bauksit) yang diadakan di Surau Othmaniyah, Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh.
Program yang bermula sekitar jam 11.30 pagi tadi itu dihadiri lebih 200 orang penduduk sekitar yang sudah tidak tahan lagi menjadi mangsa "debu" dan kekotoran yang melanda. Seawa pagi lagi, jelas dapat dilihat di perkarangan surau berkenaan beberapa orang anggota polis dan pasukan RELA telah mengawal keadaan. Paling menarik, penduduk mendakwa sejak dari awal pagi lagi sudah tiada lori-lori treler yang membawa tanah bauksit lalu lalang dihadapan surau berkenaan.
Orang ramai dihiburkan dengan persembahan nasyid khas oleh para pelajar Maahad Tahfiz Anwar Rul Tanzil Al-Othmaniyah yang diadakan di bawah khemah yang disediakan.
Terdapat juga beberapa orang wartawan media yang hadir membuat liputan. Selepas ucapan, sessi bergambar diadakan di hadapan surau berkenaan dan kemudiannya diikuti dengan sessi gotong royong.
Turut kelihatan hadir ialah ADUN Semambu, YB Lee Chean Chung dan ADUN Beserah, YB Andansura Rabu. Jamuan makan turut disediakan kepada petugas-petugas. Program berkakhir sekitar jam 1.30 petang. Orang ramai yang hadir berpuas hati kerana mereka dapat meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan yang mengabaikan tanggungjawab sosial untuk membela nasib mereka.
Program yang diadakan hari ini adalah anjuran bersama jawatankuasa penduduk dari RTP Bukit Goh, Kg,Padang, Taman Kg.Padang Sejahtera, Taman Kg. Padang Jaya, Perumahan Padang Permai, Taman Impian (Taman Kg.Padang I) , Taman Kg.Padang, Taman Kg, Taman Kg,Padang Perdana, Taman Kg. Padang Damai, Taman Kg. Padang Baru dan Tanjung Pasir.
Saya sempat bertemu bual dengan mudir Maahad Tahfiz dan beberapa orang lagi mangsa yang sebenarnya begitu trauma mengenangkan nasib mereka sekarang. Hidup dalam debu yang boleh mengganggu kesihatan dan mendatangkan penyakit jika ia tidak dibendung dari sekarang. Saya amatah berharap agar pihak berkuasa cakna dan memahami rintihan serta kelohan rakyat ini. Sampai bila mereka harus hidup dalam situasi ini?. Kasihanilah mereka dan dengarkan suara mereka. Projek ini bukanlah pembangunan yang menguntungkan rakyat, tetapi kepada beberapa kerat manusia sahaja. Rakyat terbanyak menjadi mangsa, malah kekotoran ini mencemarkan imej Kuantan di mata pelancong sebenarnya. #CMKNEWS
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan