SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Al-Fatihah, Salam Takziah Buat Seluruh Keluarga "Mama Juwie"


AL-FATIHAH ~ Buat Wartawan Hiburan Terkena Mama Juwie Yg Telah Kembali Ke Rahmatullah Malam Tadi. Semoga Rohnya Di Cucuri Rahmat. Jom Sharing Shbt2 Yg Ada Kenangan Bersama Arwah... Sy Juga Ada Kenangan Dgn Arwah Ketika Di KL Tahun 1989 Dulu.
SECEBIS KISAH HIDUP AKU KETIKA BERSAMA MAMA JUWIE (1989)
Ketika Itu Lepas SPM, Sy Ke KL Dan Tersangkut Di Plaza Kotaria Kerana Mencari Shbt Sekampung (Jengka 7) Yg Rapat Dgn Mama Iaitu Papa Jumie. Ketika Itu Zaman Tiada HP Dan Sy Cuba Hubungi Rakan Yg Berjanji Utk Bekerja Di Kotaraya Bersama. Akibat Gagal Hubungi Beliau, Sy Telah Hubungi Mama Juwie Menggunakan Public Phone Menerusi Nombor Telefon Utusan Malaysia Yg Tertera.
Sy Berjaya Bercakap Dgn Mama Dan Bertanya Pasal Papa Jumie. Mama Bg Tau Papa Jumie Tidak Ada Hubungi Beliau Dan Tidak Maklum Utk Ke KL. Akhirnya Sy Ambil Keputusan Utk Balik Ke Pahang, Lg Pun Hentian Puduraya Dekat Dkt Kotaraya.
Mama Juwie Arahkan Sy Datang Ke Pejabat Utusan Malaysia Di Jalan Chan Sow Lin. Dia Suruh Naik Teksi Dan Sampai Di Utusan Bg Tau Pengawal Suruh Panggil Dia. Tambang Teksi Dia Bayar. Maka Sy Ikut Arahan. Ketika Itu Sy Baru Berusia 18 Tahun.
Sy Ke Utusan Malaysia Dan Ikut Arahan Beliau. Sampai Di Utusan, Sy Maklum Kpd Pengawal Supaya Panggil Mama Juwie. Sungguh Terkejut Pertama Kali Melihat Kelibat Mama. Apapun Sy Follow Mama Ke Cafe Utusan Dan Kemudian Di Bawa Sy Ke Pejabat Beliau.
Masih Sy Ingat Ketika Itu Ada Artis Lelaki Baru Sedang Menunggu Mama Iaitu "Hafiz". Sy Berehat Di Pejabat Mama Dan Dpt Berjumpa Ramai Artis Termasuk Wann Dan Fauziah Latiff.
Sy Kemudian Di Bawa Ke Rumah Mama Di Keramat. Sy Di Pelawa Tinggal Di Situ Buat Sementara Waktu Sebelum Dpt Kerja. Mama Tak Bagi Sy Balik Ke Pahang. Di Rumah Itu Mama Tinggal Bersama Untie Huzz. Sy Di Panggil "Amy" Kerana Nama Samaran Sy Ketika Itu "Amyies Ramly".
Macam-Macam Yg Kami Bualkan Di Rumah. Esoknya Sy Di Bawa Oleh Mama Utk Bekerja Di KFC, Jaya Jusco, Taman Maluri Yg Baru Di Buka Ketika Itu. Sy Berulang Alik Ke Rumah Mama Juwie Beberapa Hari Sebelum Berpindah Ke Rumah Bapa Saudara Di Kem PPH, Batu 9, Jalan Cheras.
Mama Byk Bantu Sy Terutamanya Dr Segi Kewangan Sebelum Dpt Gaji. Ketika Bersama Mama Sy Selalu Ikut Dia Berjumpa Artis-Artis. Masih Sy Ingat Ketika Naik Kereta Ford Laser S Mama Yg Bernombor "JBG****" Mama Sering Mainkan Lagu Yg Liriknya Di Cipta Oleh Beliau.
Sy Pernah Di Bawa Ke Kowloon, KL Berjumpa Rakan-Rakan Beliau. Mama Bg Tau Perkataan "Mak Nyah" Di Cipta Oleh Beliau Ketika Di JB. Ketika Itu Orang Panggil Pondan "Mak Nyonya", Nak Sedapkan Mama Tukar Jd "Mak Nyah" Dan Gelaran Itu Lekat Hingga Ke Hari Ini.
Banyak Kenangan Pahit Manis Ketika Sy Berkawan Dgn Mama Juwie Dr September Hingga Disember 1989. Apapun Hubungan Mula Renggang Selepas Sy Melanjutkan Pelajaran Ke Institut Teknologi Mara (ITM) Di Seri Manjung, Perak.
Sy Sempat Hubungi Mama Dan Beliau Ada Singgah Di Kolej Jumpa Sy Dlm Perjalanannya Ke Pesta Lumut. Sy Pernah Rekmen Mama Utk Bantu Popularkan Rakan-Rakan Kolej Yg Berminat Utk Rakamkan Lagu Ketika Itu.. Shbt-Shbt Lars HarrisHanan MarzukiAbdul Halim Abdul RahmanTentu Ingat Kisah Ini Pada Tahun 1990 Dulu.
Sy Pernah Bawa Lagu Dr Rakan-Rakan sy Kpd Mama Juwie Utk Di Nilai Dan Popularkan Mereka. Namun, Kekangan Masih Belajar Menggagalkan Usaha Itu. Selepas Itu Saya Terputus Terus Hubungan Dengan Mama.
Sehinggalah Sekitar Tahun 1997 Sy Pernah Ke Pejabat Majalah Hiburan Mangga Di Bangi Utk Berjumpa Mama, Tp Sy Di Maklumkan Beliau Sudah Bersara. Sy Pernah Cari Beliau Dan Bertemu Di Bukit Antrabangsa Dan Ketika Mama Duduk Di Jalan Enggang. Itulah Kali Terakhir Sy Berjumpa Mama Juwie.
Beberapa Tahun Lalu Sy Pernah Di Jemput Oleh Pengarang Majalah Mastika, Shahidan Jaafar Ke Pejabatnya Di Bangi. Beliau Mahu Temubual Eksklusif Sy Bab Perjuangan Rakyat.
Sy Sempat Berjumpa Dgn Untie Huzz Di Situ Dan Bertanya Tentang Mama Juwie. Untie Huzz Masih Ingat Sy Walau Pun Sudah Lebih 25 Tahun Kisah Ini.. Dia Maklum Mama Tunaikan Haji Di Mekah.
Selepas Itu Sy Gagal Hubungi Mama Juwie Lagi Hinggalah Mendapat Berita Beliau Telah Kembali Ke Rahmatullah Semalam. Apapun Sy Doakan Semoga Rohnya Di Cucuri Rahmat. Kenangan Bersama Mama Juwie Tetap Dalam Ingatan. Salam Dari Amyies Ramly 1989

0 Komen Artikel Ini: