Terjah SPR Dan Rompin, Apakah Saya Perlu Sertai PRK Kali Ini
Pilihan Raya Kecil Parlimen P091 yang bakal berlangsung tidak lama lagi kini semakin panas apabila ramai pihak mahu saya tawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas di sana. Awalnya saya merasakan tidak perlu, tapi bila melihat sokongan bertalu-talu akhirnya saya memberanikan diri untuk "menerjah Rompin" baru-baru ini.
Sebelum ke Rompin, saya telah ke Pejabat SPR Pahang di Wisma Persekutuan untuk membeli borang pencalonan. Semua itu bukanlah bermakna saya pasti akan bertanding tetapi ia membuktikan saya memang serius untuk serta pilihanraya kecil kali ini.
Manalah tahu tiba-tiba hasrat bertukar. Selepas membeli borang saya bersama sahabat-sahabat bertolak ke Rompin dengan menaiki dua buah kenderaan.
Kami pergi seramai lapan orang dan sempat meninjau beberapa projek pembangunan dan menerjah aktiviti masyarakat di Rompin.
Sebelah tengahari, menjamu selera di Puteri Inn pekena Ikan Tenggiri Masak Asam dan Seluang Goreng. Sempat mengadap sahabat Tok Empat Dol yang menguruskan restoran di situ.
Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Bandar Kuala Rompin dan Tanjung Gemuk. Saya sempat menerjah ke Jeti Tanjung Gemuk yang sekian lama suram dan muram. Aapa tidaknya, sekian lama Parlimen Rompin berada di bawah parti pemerintah namun pembangunan di Tanjung Gemuk amat merudum sama sekali. Tanjung Gemuk langsung tidak mendapat manfaat sebagai destinasi pelancongan terbaik, walau pun Pulau Tioman itu sendiri berada dalam negeri Pahang.
Saya hairan melihat senario ini dan telah beberapa kali memainkan isu ini agar ia diangkat ke atas. Namun, nampaknya Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Malaysia sendiri yang mana Perdana Menterinya adalah dari Pahang ternyata tidak cakna isu ini.
Bayangkan hanya ada dua trip sahaja feri ke Tioman dari Jeti Tanjung Gemuk iaitu jam 7.00 pagi dan 11.00 pagi. Sekiranya kita tertinggal kedua-dua trip tersebut maka kita diarahkan menaiki feri di Mersing Johor yang jaraknya lebih 40 kilometer dari Tanjung Gemuk. Terpaksalah kita berkejar ke Mersing. Akibatnya Mersing lebih mendapat manfaat pembangunan dari Tanjung Gemuk. Sedangkan Pulau Tioman itu berada di bumi Pahang.
Inilah yang saya kaji selama ini. Tanjung Gemuk mati sebelah malam. Pernah saya mahu mengisi minyak kereta lewat malam, ternyata operasi sudah tidak berjalan. Sedangkan Tanjung Gemuk itu boleh dikira sebagai destinasi transit buat pelancong-pelancong ke Tioman.
Persoalannya, kenapa ia terpinggir?. Maka pemimpin masyarakat yang sepatutnya membawa isu ini kepada pihak atasan. Malah, saya di fahamkan penduduk di Tioman juga banyak mendapatkan kemudahan dari Mersing termasuk untuk soal kesihatan dan aktiviti ekonomi mereka.
Akhirnya, warga Tioman surat beranaknya Johor dan memiliki IC Johor. Kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak memikirkan semua ini?. Malah, ada jabatan dan egensi kerajaan yang alamatnya Tioman, Johor dan bukan Tioman, Rompin Pahang.
Saya pernah terfikir.. siapa wakil rakyat kawasan ini? Kenapa mereka tidak bawa isu rakyat ini kepada pihak atasan. Jika saya jadi wakil rakyat kawasan ini, pasti saya bawa isu ini untuk diketengahkan.
Saya melihat perniagaan di sekitar Tg.Gemuk memang merudum akibat pelancong ramai memilih Mersing untuk ke Tioman walau pun mereka dari arah Timur, Utara dan Pantai Barat. Kenapa ini berlaku?. Kerana kemudahan gagal dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebenarnya.
Sebelum bertolak balik sempat bersolat di Masjid Sultan Hj.Ahmad Shah Tanjung Gemuk. Kami kemudian meneruskan perjalanan dan singgah sekejap di Pantai Tanjung baru, Pekan untuk beristirehat.
Kenangan menerjah Rompin amat bermakna dan saya akan kembali lagi dalam minggu ini. "Rompin Mu Tunggu Aku datang". #CMKNEWS
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan