Blockade II, Maknanya Rakyat Terus Bangkit Bantah Isu Bauksit
Pada Jumaat, 12 Jun 205 yang lalu saya sempat bersama penduduk dalam satu lagi himpunan bantah pencemaran bauksit di Maahad Tahfiz Anwar At-Tanzil, RTP Bukit Goh (Tanjung Pasir), Kuantan.
Kali ini tindakan menghalang lori (blockade) adalah atas usaha pihak Maahad Tahfiz itu sendiri yang sudah tidak tahan lagi dengan masalah pencemaran debu dan kekotoran yang dialami oleh para pelajar di situ.
Malah, baru-baru ini anak beliau juga telah terkena penyakit akibat debu bauksit yang kini menghantui para penduduk.
Program bermula sekitar jam 5.30 petang. Gelung-gelung simen atau kerek telah diletakkan di atas jalan bagi menghalang lori treler membawa bauksit melalui jalan di situ.
Mereka terpaksa bertindak sendiri akibat sudah tidak tahan lagi dengan karenah pihak penguatkuasa yang ternyata gagal menghalang semua ini.
Selepas kerek simen diletakkan, lori-lori terpaksa berpatah balik dan mencari jalan lain untuk ke RTP Bukit Goh. Namun sekitar jam 7.45 malam OCS Balai Polis Kuantan telah hadir untuk berunding dengan penduduk.
Selepas berjanji untuk memastikan lori menggunakan laluan lain dalam tempoh seminggu maka akhirnya kerek simen dialihkan semula.
Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Wakil penduduk juga hadir untuk bersama-sama mengadakan solat hajat di perkarangan masjid di maahad tahfiz terbabit.
Perjuangan rakyat diteruskan selagi isu kekotoran dan pencemaran alam sekitar gagal ditangani dengan baik oleh pihak kerajaan sebenarnya. #CMKNEWS
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan