Susulan Byaknya Laporan Orang Awam Termasuk Para Pelancong Yg Berkunjung Ke Kuantan Mutakhir Ini Berkenaan Jalan Masuk Utama Dr Arah Gambang Masih Gelap Akibat Ketiadaan Lampu Jalan, Maka Kami Meminta Pihak Kerajaan Cakna Isu Ini.
Sudah Beberapa Kali Pendedahan Kami Lakukan Sejak Beberapa Tahun Lalu. Malah, Pihak JKR Pahang Juga Telah Berjanji Utk Melaksanakannya, Namun Selepas Dua Tiga Tahun Keadaannya Tetap Sama.
Jalan Masuk Dari Arah Gambang Adalah Merupakan Salah Satu Laluan Utama Pelancong Dari Arah KL Kr Kuantan Selain Melalui Jalan Bukit Goh (Plaza Tol Kuantan).
Sbgai Laluan Masuk Utama Dr Plaza Tol Gambang, Sewajarnya Laluan Terbabit Di Ceriakan Dgn Lampu Jalan Agar Memberi Persepsi Positif Kepada Orang Ramai Terutamanya Pelancong Dr Luar.
Mana-Mana Bandar Utama Pasti Akan Menceriakan Laluan Masuk Mereka Supaya Lebih Menarik Dan Sedap Mata Memandang. Anehnya Laluan Masuk Ke Kuantan Ini Sentiasa Bergelap Sejak Sekian Lama. Usaha Kami Menerjah Pihak Berkenaan Nampaknya Tidak Membuahkan Hasil, Senario Tetap Tidak Berubah.
Jalan Yang Gelap Dengan Keadaan Permukaan Jalan Yg Tidak Rata Dan Rosak Amat Membahayakan Lalu Lintas Terutamanya Di Malam Hari. Tambahan Pula Jika Cuaca Hujan, Keadaannya Lebih Kritikal.
Malah, Keadaan Gelap Menyebabkan Orang Ramai Keliru Adakah Mereka Menuju Ke Arah Ibu Negeri Pahang Atau Sebaliknya.
Keadaan Jalan Gelap Kemudian Pemandangan Di Sebelah Kanan Pula Berhutan Memberikan Gambaran Negatif Kepada Para Pelancong Ke Sini Sebenarnya.
Justeru, Kami Menggesa Pihak Terbabit Bertindak Segera Demi Menjaga Imej Kuantan Di Mata pelancong Tempatan Dan Luar Negara. Cakna Rakyat !.
MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
**** Anda Ada Isu2 Rakyat. Jom Support Angkara, LIKES Pages https://www.facebook.com/angkatanpembelarakyat?ref=bookmarks "Isu Rakyat Perjuangan Kami". VIRAL 1MALAYSIA.
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan