SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Kemenangan Pro-Ulamak Sememangnya Sudah Saya Jangkakan

Pemilihan PAS baru saja berakhir. Seperti yang saya jangka sejak dari awal bahawa kumpula pro-ulamak pasti akan menang, akhirnya ia terlaksana juga. 

Tahniahlah kepada sahabat-sahabat PAS dari Pahang yang menang kali ini, antaranya  Dato Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Timbalan Presiden,  Ustaz Mokhtar Senik dan Ustaz Nasaruddin Hassan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Saya juga ucapkan tahniah kepada sahabat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang berjaya memenangi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS dengan majoriti yang agak besar, menewaskan Saudara Suhaizan Kayat. 

Kemenangan golongan ulamak ini mencerminkan hala tuju perjuangan PAS kini semakin nampak jelas untuk mengangkat golongan pewaris Nabi dan Agama Islam itu sendiri sebenarnya. Walau pun saya bukanlah ahli parti PAS, tapi saya tetap menghormati rakan-rakan dalam parti itu.

Malah, hubungan saya dengan kepimpinan PAS juga agak rapat sejak sekian lama. Ketika berparti dulu saya banyak hadiri undangan ceramah PAS dan pernah sepentas dengan rakan-rakan pimpinan seperti Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Mazlan Aliman, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan ramai lagi.

Cuma saya masih tidak ketahui "status" permohonan saya untuk menyertai PAS sejak beberapa tahun yang lalu. Tiada jawapan lulus atau tidak dan hingga ke hari ini masih "tergantung" agaknya. 

Apapun, saya hormati keputusan parti jika mereka mahu menolak permohonan saya itu. Namun sehingga ke hari tiada khabar berita. Apapun, beberapa kali cubaan saya untuk isyhtihar sertai PAS gagal termasuk di PRK Kerdau pada 2011.

Saya tidak terkilan, sebab itu saya senantiasa menjaga ukhwah dengan rakan-rakan kepimpinan PAS sehingga ke hari ini. 

Saya banyak membaca berbagai tohmahan, tuduhan dan kata-kata cacian oleh sesetengah pihak terhadap Presiden PAS, Datuk Tn Guru Hj. Abd Hadi Awang sebelum ini. Dakwaaan Kerajaan Perpaduan (UG) dan macam-macam lagi telah dilontarkan.

Kepada sahabat-sahabat yang tewas usah merajuk, teruskan perjuangan kalian bersama parti Islam itu jika benar perjuangan Islam yang diutamakan. Rapatkan Ukhwah, Eratkan Perpaduan. ~ CMK



0 Komen Artikel Ini: