NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) Agak Terkejut Dgn Kenyataan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Ini. Tindakan Saudara Mazlan Aliman Menyokong Peneroka Terbabit Amat Di Kesali Kerana Pd Peringkat Skrg Ia Sudah Terlambat. Keadaan Sudah Kritikal.
Hanya Beberapa Buah Lombong Bauksit Sahaja Yg Ada Lesen, Majoritinya Adalah Lombong Haram. Jika Kenyataan Ini Di Buat Setahun Yg Lalu, Mungkin Ia Tak Jadi Masalah. Tp ANAK Nampak Membela Peneroka Yg Kononya Tersepit. Walhal Sebahagian Besar Mereka Sudah Makan Hasilnya.
Bg Kami Fokus Kpd Isu Rakyat Yg Tiada Kaitan Dgn Bauksit Itu Lebih Utama. Mereka Yg Hari2 Hidu Debu Hingga Kesihatan Terjejas. Mereka Yg Terancam Nyawa Akibat Keselamatan Jalan Raya Yg Tidak Terkawal Gara2 Lori Bauksit. Alam Sekitar Yg Tercemar Akibat Aktiviti Perlombongan Tanpa Kawalan Serta Berbagai2 Lgi Impak Yg Lebih Besar Kpd Penduduk Setempat.
Mereka Yg Menjadi Mangsa Inilah Yg Perlu Di Beri Keutamaan Dalam Pembelaan. Bukan Mereka Yg Telah Menikmati Hasil Lumayan Akibat Dr Perlombongan Terbabit.
ANAK Perlu Bijak Bezakan Yg Mana "Mangsa" Dlm Isu Ini. Menyokong Peneroka Tanpa Melihat Kesengsaraan Org Lain Adalah Sesuatu Yg Tidak Wajar Sebenarnya. ANAK Perlu Melihat Aspek Yg Lebih Mendalam, Bukan Sekadar Menilai Dr Sudut Peneroka Terbabit Yg Kononnya Akan Merana Bila Aktiviti Ini Di Batalkan Menjelang 31 Julai 2015 Ini.
Justeru, Kami Menolak Kenyataan ANAK Dlm Isu Bauksit Ini. Bagi Kami Aktiviti Perlombongan Ini Wajar Di Hentikan Serta Merta Tanpa Kompromi. Kerajaan Negeri Pahang Perlu Bertegas Dlm Hal Ini. Kita Takut Ada Rayuan, Desakan Yg Akan Menyebabkan Aktiviti Ini Di Sambung Balik Selepas Tarikh 31 Julai Atas Berbagai Alasan Yg Sengaja Di Reka Utk Menghalalkan Cara.
Apakah ANAK Bangkit Membela Kerana Ramai Penyokong Mereka Turut Terlibat Dgn Projek Bauksit Ini?. Di Mana ANAK Ketika Beribu Peneroka Di Nafikan Hak Dptkan Dividen Khas / Bonus Raya FGV Baru2 Ini?. Kenapa Tidak Bangkit Membela Hingga Berjaya?. Kenapa Dlm Isu Bauksit Yg Bagi Kemewahan Kpd Minoriti Peneroka Sedangkan Majoriti Rakyat Teraniaya ANAK Beriya2 Hendak Bela. Sedangkan Mereka Sudah Tahu Situasi Semakin Kritikal Sekarang Ini. Kenapa Perlu Beri Lg Peluang Kpd Peneroka Utk Menikmati Hasilnya Di Ketika Org Lain Menderita Kerananya?.
"PEOPLE'S JUSTICE VOICE"
MOHD SHUKRI MOHD
RAMLI@JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
RAMLI@JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan