Sebagai Anak Felda (Jengka 7) Yg Sering Menggunakan Laluan Pekan Tajau - Jengka Utk Pulang Ke Kampung Halaman, Sy Merayu Pihak Kerajaan Agar Membina Segera Exit Keluar Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Di Laluan Jalan Pekan Tajau - Jengka Untuk Kemudahan Penduduk Dan Pengguna Jalanraya Di Kawasan Ini.
Penduduk Di Gugusan Jengka 2, 3, 4, 5, 6, 7, Ulu Jempul Serta Kawasan Perkampungan Di Sekitarnya Kini Terpaksa Keluar LPT Melalui Exit Chenor Atau Pun Exit Maran Utk Ke Destinasi Masing2.
Ia Agak Jauh Dan Menyusahkan Sebenarnya (Terpaksa Patah Balik Jika Dr Arah KL Keluar Exit Maran). Bayangkan Jika Dari Dr Arah Kuantan Perlu Keluar Di Exit Maran Yg Jaraknya Hampir 20KM Ke Jalan Jengka 5 Melalui Kuala Sentul.
Begitu Juga Dr Arah Kuala Lumpur, Jika Keluar Melalyi Exit Chenor Perlu Melalui Jarak Hampir 40KM Ikut Bandar Jengka Sebelum Berpatah Balik.
Maka Wajarlah Exit Baharu Di Bina Di Laluan Ini Bg Kemudahan Penduduk Setempat. Kami Juga Mahu Exit Keluar LPT Sama Seperti Rakan2 Di Gugusan Jengka 14,15,16,17,18,19, 20, Kg.Awah, Sg Nerek Dan Sekitarnya.
Jarak Antara Exit Temerloh Ke Exit Chenor Lebih Dekat Dr Exit Chenor Ke Laluan Ini (Jalan Pekan Tajau - Jengka 5). Bukankah Jengka Tiga Segi Itu Berakhir Di Jengka 5., Makanya Wajarlah Penduduk Di Sini Juga Mendapat Kemudahan Exit Keluar LPT Agar Memudahkan Perjalanan Mereka.
Tambahan Pula Jalan Ini (Pekan Tajau - Jengka) Menuju Ke Hospital, UITM Jengka Dan Lain2 Kemudahan Di Bandar Jengka. Bermakna Ia Adalah Laluan Utama Dr Arah Timur Utk Ke Jengka.
Jika Di Kawasan Sri Jaya Yg Tidak Byk Pusat Tumpuan Itu Akhirnya Boleh Di Bina Exit Keluar LPT. Kenapa Tidak Di Sini?. Tambahan Pula Jarak Lokasi Ini Dr Exit Chenor Lebih Kurang 15KM Dan Ke Exit Maran Dalam 12KM. Sedangkan Jarak Exit Maran Ke Exit Chenor Lebih Dekat Sebenarnya. Tetapi Mereka Dpt Exit Keluar Yg Di Bina Kemudian Selepas Beberapa Bulan LPT Itu Beroperasi.
Di PLUS Highway Misalnya Jarak Exit Yong Peng Utara Dgn Exit Yong Peng Selatan Hanyalah 5KM Tetapi Mereka Sediakan Exit Keluar Utk Kemudahan Pengguna Jalanraya Terutamanya Penduduk Di Sekitar Kawasan Ini.
Justeru Kami Menggesa Pemimpin Yg Di Pilih Membawa Perkara Ini Kepada Pihak Atasan Utk Kepentingan Rakyat Di Kawasannya. Tambahan Pula Lokasi Laluan Ini Mengandungi Ketiga2 DUN Dalam Parlimen Maran Iaitu Pekan Tajau (DUN Luit), Jengka 2,3,4,5 (DUN Kuala Sentul) Dan Jengka 6,7 (DUN Chenor). Maka Sy Menggesa Ketiga2 Wakil Rakyat Yg Berkenaan Supaya Cakna Isu Ini.
Sampai Bila Mahu Melihat Rakyat Bersusah Payah Ikut Jalan Lama Utk Balik Ke Kampung Halaman Masing2 Sedangkan Laluan LPT Sedia Ada Di Bina Exit Keluar Utk Keselesaan Penduduk.
Kami Amat Berharap Rakyat Di Kawasan Ini Menyokong Cadangan Exit Tajau Di Bina Untuk Kemudahan Mereka. Rakyat Di Dahulukan. Demi Rakyat. Kami Akan Perjuangkan Isu Ini Hingga Exit Tajau (Jengka) Menjadi Kenyataan Hendaknya.
MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
MEMO ~ Jangan Lupa Laporkan Isu2 Rakyat Dan Support NGO Angkatan Pembela Rakyat Di https://www.facebook.com/angkatanpembelarakyat…. "Masalah Rakyat Adalah Perjuangan kami" #ANGKARA
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan