Seperti yang dirancang, hari ini saya bersama beberapa orang krew NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) telah membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia yang didakwa hanyalah "derma" oleh agensi terbabit.
Laporan telah dibuat5 sekitar jam 3.00 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan. Saya hadir bersama sahabat Razali Alias, Ahmad Syukri dan Hairi ke dalam kawasan balai, manakal ramai lagi yang lainnya menunggu di luar. Laporan telah berjaya dibuat kepada pegawai polis Konstabel Nurul Nor Malini Bt Jusoh (R164746). Saya terpaksa menaip sendiri laporan terbabit, memandang tiada kertas lampiran seperti kebiasaannya yang saya bawa pada kali ini.
Antara lain saya selaku Penyelasar NGO Angkara menggesa pihak polis melakukan siasatan kenapa pihak SPRM tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan "derma" terhadap kemasukan wang terbabit ke akaun PM, sedangkan tiada siasatan terperinci yang dilakukan oleh agensi terbabit.
Dalam akta SPRM sendiri ada menyatakan rasuah atau suapan itu termasuklah juga "derma". Malah dalam seksyen 3, akta yang sama turut menjelaskan bahawa sebagai penjawat awam tidak dibenarkan pegawai menerima hadiah atau sumbangan daripada mana-mana pihak, kerana ia boleh ditafsirkan sebagai rasuah.
Ini bermakna, jika wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM itu bukan dari 1MDB seperti yang diwar-warkan sebelum ini, maka SPRM sepatutnya memanggil beliau untuk siasatan di atas seksyen ini. Soalnya kenapa SPRM terlalu cepat keluarkan kenyataan ia adalah "derma"?. Sedangkan derma itu juga adalah "suapan" atau pun "rasuah".
Saya juga menggesa pihak polis menyiasat sumbangan derma RM2.6 bilionn terbabit daripada siapa atau pihak mana. Ini kerana rakyat kini semakin keliru dan dikelirukan terutamanya kakitangan awam.
Saya gusar jika perkara ini tidak diselesaikan, amalan ini "menerima derma" akan menjadi budaya dalam mana-mana agensi kerajaan pada masa akan datang. Penjawat awam akhirnya tidak takut lagi melakukan amalan rasuah kerana ia diubah menjadi sumbangan "derma" oleh pihak-pihak tertentu yang ada kepentingan dengan agensi terbabit kelak. #CMKNEWS
Bodoh la depa ni SPRM yang bersungguh-sungguh menyiasat skandal 1MDB, pihak polis yang jadi penghalang, pi report dgn polis pulak.. Benak betul
Baca nih :
'Demi Allah, saya akan cari dalang ke lubang cacing'
Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.
"Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini.
"Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini.
"Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.
“Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," beliau berkata.
Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.
“Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.
Bahri berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Difahamkan, individu yang disiasat termasuk orang nombor tiga dalam operasi khas SPRM, Roslan Che Amat, serta menyerbu pejabat mereka di Putrajaya, dipercayai berkaitan kertas pendakwaan bocor terhadap perdana menteri.
Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan bagi kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Polis setakat ini sudah menyiasat beberapa pegawai SPRM dalam operasi yang bermula awal pagi Sabtu lalu dengan penahanan timbalan pendakwa raya suruhanjaya itu, Ahmad Sazilee Abdul Khairi.
Kesemua penahanan itu dibuat ketika ketua peseuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sedang bercuti.
Bahri turut disiasat pada Isnin lalu.