Thursday, February 23, 2017

MPK Di Gesa Pasang Papan Tanda Yang "Lebih Jelas" Di Laluan Ke Teluk Tongkang


Susulan kekecohan isu caj perkhidmatan yang dikenakan terhadap pengunjung ke Teluk Tongkang, di Teluk Chempedak seperti yang diviralkan baru-baru ini, maka kami menggesa pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk segera membuat makluman awam tentang perkara ini.

Siastaan lanjut NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) mendapati, kawasan tersebut secara sah telah diberikan kepada pihak swasta untuk menguruskannya. Justeru, makluman awam di lokasi seperti papan tanda yang jelas perlu disediakan supaya tidak mengelirukan orang ramai.

Adalah lebih baik papan tanda diletakkan di pintu masuk jambatan ke Teluk Tongkang, bermula di kawasan gerai MPK di Teluk Chempedak. Ia memudahkan orang ramai untuk membaca kenyataan dan mengetahui status kawasan terbabit, sebelum bertindak untuk ke sana.

Jika ini berlaku, pasti isu kekeliruan status sudah tidak timbul lagi selepas ini. MPK juga perlu memaklumkan kawasan terbabit sudah diberikan hak penjagaan kepada pihak swasta dan caj-caj yang dikenakan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Soal bagaimana kelulusan kawasan berkenaan dibenarkan itu perkara lain yang tidak perlu dipertikaikan sebenarnya. Mungkin MPK ada alasan tersendiri untuk memberi kebenaran kepada pihak terbabit menguruskannya.

Tambahan pula, sebelum ini kawasan Teluk Tongkang agak sepi dan tidak terurus. Sampah sarap kelihatan di sana sini akibat sikap orang ramai sendiri yang menganggap tiada mana-mana pihak memantau aktiviti mereka di situ.

Dengan adanya pihak swasta yang menguruskan lokasi terbabit, kini  keadaannya semakin terkawal dan lebih menarik. Difahamkan, pelancong dari luar negara lebih berminat bersantai di Teluk Tongkang berbanding Teluk Chempedak sendiri. Mungkin kerana lokasi itu lebih tenang dan damai.

Justeru, orang ramai diharap tidak keliru lagi tentang status Teluk Tongkang selepas ini. Keprihatin MPK untuk meletakkan papan tanda yang jelas amatlah diharapkan demi kepetingan semua pihak. Papan tanda sedia ada yang ditulis dengan tangan boleh dikekalkan, namun papan tanda "standard" berserta dengan jumlah caj perkhidmatan yang dikenakan perlulah disediakan oleh MPK bagi memudahkan orang ramai terutamanya mereka yang baru berkunjuung ke lokasi ini.

"Cakna Demi Rakyat"

MOHD SHUKRI B MOHD 
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[   A  N  G  K  A  R  A   ]

0 Komen Artikel Ini: