KUANTAN: "Para majikan dan pemimpin di negeri ini, perlulah mencontohi sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah yang begitu mengambil berat hal ehwal kakitangannya,,, hinggakan dalam keadaan bertongkat pun baginda sanggup luangkan masa untuk menziarahi anak kepada anak buahnya yang menerima rawatan baru-baru ini", kata Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto).
Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) berkata demikian, susulan banyak terdengar rungutan daripada sesetengah pihak bahawa ada majikan dan pemimpin yang bersikap sombong dan memandah rendah terhadap anak-anak buahnya.
"Jangan harap nak menziarahi anak buat jika di hospital, nak bertanya khabar pun susah. Kebajikan apatah lagi. Faktor ini telah mendorong syarikat yang selama ini gah akhirnya merudum apabila satu persatu kakitangan mereka meletakkan jawatan. Sikap sombong dan tidak menghormati kakitangan yang dilayan umpama kuli inilah akhirnya menjahanamkan masa depan syarikat itu sendiri sebenarnya", jelas Shukri lagi merujuk kepada aduan sebuah syarikat yang diterima baru-baru ini.
"Saya sendiri berada di Kuantan Medical Centre (KMC) atas urusan untuk menziarahi anak sahabat saya, Abdul Rahim Othman yang menjalani rawatan penyakit barahnya di situ. Tiba-tiba saya dimaklumkan oleh sahabat saya bahawa Pemangku Raja Pahang nak datang menziarahi anaknya. Saya macam tak percaya, sebab katanya sehari sebelum itu Tengku Puan Pahang, sudah pun datang .. mana mungkin suaminya Tengku Abdullah pula akan datang.. biasanya, mana-mana majikan jika sudah diwakilkan kepada pegawai-pegawai mereka maka majikan tidak akan hadir. Berbeza dengan keluarga diraja Pahang ini, kedua-duanya menghadirkan diri untuk menziarah. Ini satu penghormatan yang cukup hebat kepada sahabat saya itu sebenarnya", kata Shukri.
Beliau turut berkesempatan mengiringi Pemangku Raja Pahang itu hinggalah meninggalkan pusat rawatan terbabit baru-baru ini. Bertuah sungguh rakyat Pahang kerana mempunyai keluarga diraja yang benar-benar berjiwa rakyat seperti ini. Semoga negeri Pahang Darul Makmur akan terus aman dan sejahtera di bawah naungan baginda. Daulat Tuanku. #sumber
0 Komen Artikel Ini:
Post a Comment