Friday, March 17, 2017

Setiausaha Kerajaan Negeri Di Gesa Siasat Aktiviti "Bolot Tanah" Di Pahang !


Setiausaha Kerajaan  Negeri Pahang,  Dato Sri Muhammad Safian Bin Ismail di gesa menyiasat dakwaan ada kakitangan awam di negeri ini yang membolot tanah untuk diri sendiri dengan sewenang-wenangnya. 

Kegiatan tersebut sudah berlaku sejak sekian lama, dan ia bertambah serius mutakhir ini. Bahkan ada laporan kegiatan tersebut gagal dikesan kerana mereka menggunakan nama proksi untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Bayangkan ada kakitangan kerajaan yang mempunyai berpuluh-puluh ekar tanah tanpa perlu dimasukkan dalam pengisytiharan harta. Kegiatan mereka menjadi mudah kerana ada dalang yang mengambil kesempatan atas perkara ini.

Tanah-tanah kerajaan, walau pun sudah ada permohonan terdahulu...dilapis oleh mereka. Pemohon asal diminta menunggu dan terus menunggu, sebaliknya tanah tersebut sudah dikeluarkan geran atas nama proksi-proksi mereka. Pihak ini licik, namun kegiatan mereka berjaya dihidu apabila masing-masing hidup mewah dengan kekayaan luar biasa.

Orang dalam yang berkuasa terhadap tanah-tanah disyaki menjadi dalang aktiviti ini, dengan syarat bahagian mereka ada sama. Rakyat yang memohon ada yang sudah meninggal dunia, tetapi fail tidak diangkat, sebaliknya fail atas nama lain diluluskan atas lot yang sama.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang berwibawa kerana kontraknya sering dilanjutkan sejak beberapa tahun lalu, Dato Sri Muhammad Safian  diharap dapat menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap isu ini. 

Nama Kerajaan Negeri Pahang jadi tercemar, gara-gara tindakan beberapa kerat kakitangan mereka yang khianat kepada tanggungjawab. Perkara ini sudah berlaku sejak sekian lama terutama melibatkan jabatan-jabatan yang berurusan dengan hal ehwal tanah di seluruh negeri ini sebenarnya.

Blogger Cucumatkilau AKA
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkaran Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]


www.angkaraterjah.blogspot.my

1 Komen Artikel Ini:

  • abdul jalil says:
    Mar 20, 2017, 10:18:00 PM

    SAYA SOKONG 100 PERATUS GESAAN INI SUPAYA DATO SUK PAHANG MENYIASAT SEGERA .... JIKAA BELIAU GAGAL MAKA BELIAU X BERINTERGRITI LAH . LAGIPUN ADAKAH DATO SUK INI ORANG YG PALING LAYAK??? saya rasa beliau tidak laayak sama sekali. SAYA SYORKAN SPRM SANGAT LAYAK