SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Tindakan Menteri Belia Dan Sukan "Kutip Sampah", Satu "Gimik" Yang Cukup Baik Untuk Anak Muda. Tahniah Syed Saddiq !


Ramai yang terkejut dengan tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengutip sampah di Stadium Bukit Jalil selepas saja tamat pertandingan akhir Piala FA antara Pahang dan Selangor malam tadi.

Ada pihak yang memuji tindakan beliau itu, namun ramai juga yang mencaci.

Namun bagi saya apa yang dilakukan oleh menteri muda itu biar pun sekadar "gimik" dan memang semua tau ia adalah gimik tetapi ia tetap perlu dijadikan ikhtibar dan tauladan kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan muda.

Dalam sejarah negara, belum pernah ada menteri yang sanggup turun padang sebegini untuk melalukan kerja sedemikian. Namun, tindakan Syed Saddiq itu harus diberikan kredit kerana dia sanggup memulakan sesuatu yang diluar jangkaan.

Memang benar ia untuk tatapan umum, namun ia harus memberi kesan positif kepada semua pihak agar amalan kebersihan itu perlulah diutamakan. 

Sebelum ini seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan penyokong Jepun mengutip sampah dalam stadium selepas sahaja pasukan mereka beraksi di Piala Dunia 2018 di Russia. Ia menjadi tatapan umum dan ramai pihak yang teruja melihat adengan berkenaan.

Sememangnya ia perlu jadi ikutan, dan tidak salah Syed Saddiq memulakannya di negara ini. Mungkin bagi yang tidak pernah melihat menteri kabinet berbuat demikian, agak janggal. Namun bagi mereka yang melihat dari sudut lain, apa yang dilakukan oleh beliau itu satu gimik yang akan menimbilkan kesan kepada anak muda di negara ini.

Tabik untuk Syed Saddiq kerana berani melakukan perubahan. Semoga selepas ini banyak lagi gimik yang perlu dilakukan agar menjadi ikutan generasi akan datang. Mana yang baik kita ambil jadi pedoman, mana yang tak baik jadikan sempadan.

"Ke Arah Malaysia Baru Yang Lebih Gemilang"

0 Komen Artikel Ini: