SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Jika Tiada Aral Melintang, Dalam Masa Terdekat Saya Akan Umum Kembali Ke Platform Politik Untuk Teruskan Perjuangan Rakyat !

Selepas melihat situasi politik yang semakin tidak menentu sekarang ini, saya terpanggil untuk kembali. Agak lama tidak aktif sudah pasti saya kehilangan banyak ilmu politik.. Namun, masanya sudah tiba untuk saya kembali. 

Saya berehat dari politik pada Februari 2011 lalu, dan pada Februari 2021 maka genap 10 tahun saya berehat. Ramai kawan-kawan yang mahu saya kembali aktif mewarnai politik. 

Awalnya saya mahu terus berjuang dengan NGO yang tidak melibatkan politik kepartian, namun selepas melihat senario semasa hari ini dia terpanggil untuk kembali aktif.

Dalam masa terdekat ini saya akan adakan beberapa pertemuan dengan pemimpin politik di Pahang. Saya belum putuskan lagi parti politik manakah yang akan saya sertai. Tunggu pengumuman rasmi.

Sebelum ini ada yang mengatakan saya sudah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Sebenar hadir ke program Bersatu di sebuah hotel terkemuka di Kuantan hanya  atas jemputan sahabat lama PKR yang kini aktif dengan Bersatu. 

Saya hormati jemputan rakan-rakan, tidka bermakna saya sudah buat keputusan.  Saya bertemu rakan lama ketika aktif dengan PKR dulu. Persahabatan tetap dipertahankan, walau berbeza ideologi politik. 

Bagi saya, parti politik hari ini umpama sebuah kapal. Kita boleh pilih kapal mana untuk kita naik untuk belayar. Ada kapal kecil ada yang besar. Ada yang baru ada yang lama. Ada kapal masih utuh dan ada yang hampir karam. Ada pula kapal yang ada dua tiga nakhoda. Pendek kata pilihan ditangan kita.

Dulu saya terfikir, kapal besar itu kuat. Namun hari ini ia juga boleh karam. Dulu saya fikir ada kapal nak belayar jauh mengelilingi dunia tanpa singgah di mana-mana pelabuhan. Tapi kini, belum jauh pelayaran singgah di beberapa buah pelabuhan. 

Tdak perlu ada pihak yang mendakwa merekalah pejuang sebenar dalam politik hari ini. 

Semua pihak claim mereka benar dan jujur berjuang untuk rakyat ketika tiada kuasa. Bila dah dapat kuasa, mereka lupa dan tidak tunaikan janji kepada rakyat. Benda inilah yang saya mahu ubah, agar semua pihak benar-benar jujur dan ikhlas dalam perjuangan rakyat. 

Tidak perlu ada matlamat lain, selain menjadikan platform politik untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara, ' tambah Shukri yang juga merupakan seorang aktivis yang banyak membangkitkan isu rakyat di negeri Pahang sejak sekian lama.

Niat saya untuk kembali ke platform politik kerana mahu suburkan amalan demokrasi, menjadi penegur dan pengkritik yang lebih efisyen pada masa akan datang. 

Pada masa ini, orang padang sebelah mata kepada saya kerana tiada platform politik. Saya hanyalah aktivis bebas yang bergerak dalam kapasiti yang cukup terhad. Maka itulah tiba masanya untuk saya berbakti pula kepada masyarakat menerusi wadah perjuangan yang lebih jelas. 

Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak setuju beliau kembali aktif dalam politik, namun  baginya orang boleh cakap apa saja jika tidak mengikut selera mereka. 

Saya duduk sebelah pembangkang orang marah, saya duduk sebelah kerajana orang marah... malah saya duduk sebelah bebas pun orang marah. Semua tak betul di mata orang sekeliling. Maka, kali ini biarlah saya sendiri buat keputusan. Setuju atau tidak itu hak masing-masing. Apa yang penting, saya mahu terus membela rakyat dengan lebih agreasif lagi pada masa depan. 

Keputusan saya jelas, saya akan tentukan parti politik manakah yang akan saya sertai. Mungkin saya kembali semula kepada PKR, atau sertai UMNO, PAS dan BERSATU. Atau mungkin saya bersama PH dalam AMANAH dan DAP. Atau mungkin juga saya sertai parti baharu seperti PUTRA, PEJUANG dan lain-lain lagi. Segalanya masih terbuka," tambah beliau lagi.

MOHD SHUKRI (CMK) 

0 Komen Artikel Ini: