SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Kerajaan Perlu Bertindak Tegas Terhadap Lambakan Premis Warga Asing Yang Terus Kuasai Ekonomi !

 

Lambakan kebanjiran premis warga asing kini semakin parah dan perlu diambil tindakan serius oleh pihak kerajaan untuk menanganinya. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di bandar ini, malahan seluruh negara.

Kerajaan digesa berbuat sesuatu jika tidak mahu negara ini dijajah kembali menerusi ekonomi. Jika kerajaan gagal melakukan tindakan dengan lebih berkesan,  sudah pasti ia akan terus membarah dan akhirnya empayar perniagaan warga asing akan menguasai negara kita.

Ini bukan perkara main-main. 

Premis warga asing terutamanya daripada Indonesia,Thailand, Bangladesh, Pakistan, China, India dan Rohingya kini tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan di seluruh negara. Mereka memonopoli perniagaan terutamanya di bandar-bandar besar.

Mereka gunakan lesen alibaba atas nama orang tempatan untuk membuka lesen perniagaan dan bebas menjalankan operasi tanpa sekatan. Mereka buka kedai makan, kedai runcit, mini market, kedai hardware, kedai karpet, kedai cuci kereta, kedai gunting dan berbagai-bagai jenis perniagaan lagi sehingga mematikan perniagaan warga tempatan..

Benda dah berlaku sejak sekian lama sebenarnya. Namun entah kenapa rakyat terus disajikan dengan operasi "tangkap lepas, tutup buka' setiap kali operasi dilakukan oleh pihak berkuasa.

Selepas 67 tahun, kini lambakan itu mencetuskan kebimbangan rakyat kita. Apalah erti kemerdekaan jika hak rakyat dirompak sewenang-wenangnya oleh warga asing. Mereka datang ke sini untuk bekerja dalam bidang-bidang yang dibenarkan sahaja, namu sesuatu yang mengejutkan apabila sebahagian besar dari kalangan mereka tidak balik selepas tamat kontrak dan menggunakan wang yang mereka kumpul untuk menjalankan perniagaan dalam negara ini,

Saya amatlah berharap kerajaan dapat berbuat sesuatu sebelum senario ini lebih para. Kerajaan perlu batalkan semua lesen alibaba termasuk atas nama 'bini kontrak' iaitu taktik licik warga asing berkahwin dengan wanita tempatan untuk memudahkan urusan guna nama dan IC bagi membuka perniagaan di negara ini.

Hasilnya, kini wanita tempatan dijadikan alat oleh warga asing untuk  menghalalkan aktiviti mereka. Peliknya, pihak berkuasa tidak menganggap itu satu keslahan dan terus membiarkan lambakan perniagaan mereka terus beroperasi.

Walhal, sebahagian besar daripada mereka menggunakan pekerja asing yang tiada dokumen atau pendatang haram untuk bekerja di premis-premis berkenaan. Inilah yang digusarkan oleh rakyat tempatan. Hidup kita semakin serabut dan tidak tenteram dengan kebanjiran warga asing ini sebenarnya. Kerajaan perlu bertindak dengan menghukum, bukannya terus mengampunkan pendatang haram seperti yang berlaku sekarang.

Amatlah tidak munasabah pendatang haran yang sudah bertahun-tahun mencuri hak rakyat kita dan mengumpul wang ratusan ribu ringgit hasil perniagaan dalam negara ini, tiba-tiba diampunkan dan hanya perlu membayar kompaun RM500 jika  mahu pulang ke  negara masing-masing secara sukarela.

Ini tidak wajar, sepatutnya mereka diberi hukuman sebat, dipenjara dan kompaun yang tinggi agar insaf dengan perbuatan tersebut (masuk secara haram). Jika kerajaan terus ampunkan mereka, saya bimbang ia akan menggalakkan lebih ramai puak-puak mereka datang ke negara ini pada masa akan datang. Sebab mereka tahu, hukuman hanya bayar kompaun RM500 jika nak balik.

Kerajaan perlu lakukan sesuatu dan kenakan hukuman yang lebis tegas jika mahu isu lambakan warga asing dalam negara ini diselesaikan. Jika terus membiarkan adengan-adengan yang memualkan ini berlaku, sudah pasti mereka akan terus bermaharajalela dan menguasai ekonomi negara kita.~ CMK

0 Komen Artikel Ini: