KUANTAN [pahangdaily] - Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob dirayu agar dapat memantau dan mengarahkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menghentikan penggunaan sistem tiket parking berkomputer yang sedang digunakan sekarang. Ini kerana sistem itu dipercayai jelas sekali telah menekan rakyat dan memperkayakan "kantung" agensi itu dengan mudah. Selaras dengan laungan Barisan Nasional setiap kali menjelang musim pilihanraya bahawa mereka mengamalkan konsep "Tradisi Membela Rakyat", maka perkara ini perlulah diseselaikan dengan segera. Pihak kami mendapat banyak maklumat dan rungutan daripada orang ramai berkenaan perkara ini. Tindakan MPK menggunakan tiket berkomputer seolah-olah memperdayakan pengguna jalanraya sebenarnya. Menurut seorang mangsa yang ditemui mengatakan "Saya amat kecewa dengan tindakan MPK yang telah menggunakan satu sistem yang jelas sekali mendera rakyat. Jika dulu, tiket adalah dikeluarkan setiap jam oleh attendan parking. Maknanya setiap jam dikenakan RM0.42, maka jika kita berurusan beberapa jam banyaklah keratan tiket berwarna kuning akan kita terima. Terkadang kita tidak tahu lama mana untuk kita berurusan sebenarnya. Namun, dengan sistem parking berkomputer, kita dipaksa membayar dan mengores terus tiket tersebut untuk satu jam, walaupun kita hanya berurusan sekitar 10 hingga 15 minit. Bukankah ini menguntungkan pihak MPK sebenarnya" katanya.
"Tambahan pula, jika kita terlebih dari sejam dan terlupa untuk menambah helaian tiket berkomputer tersebut. Maka kita akan dikenakan kompaun serendah hingga RM20 untuk kesalahan tempat letak kereta berkenaan. Ramai yang terkena dengan sikap rakus MPK ini, cuma mereka tidak tahu ke mana harus mengadu hal ini" tambah beliau lagi. Justeru itu kami amatlah pihak Kerajaan Negeri Pahang dapat memantau perkara ini. Kami juga difahamkan, tindakan MPK ini jelas sekali membebankan orang ramai. Mereka juga kini menggunakan sistem komputer untuk mengunci mana-mana kenderaan yang gagal menjelaskan saman berkenaan. Tindakan "ala penarik kereta" ini telah membuatkan pegawai penguatkuasa MPK bertambah "sombong dan angkuh" ketika berpakaian seragam biru mereka. Kami juga amat terkejut bila ada pengadu yang melaporkan MPK mengarahkan Pegawai Penguatkuasa mereka bertugas 7 hari seminggu untuk mengejar target seorang 200 saman parking. Ini menyebabkan ada sesetengah pegawai yang langsung tidak boleh berbudi bicara dan sanggup mengeluarkan saman ketika dilaur waktu puncak (8.00 pagi hingga 6.00 petang). Malah ada juga kejadian saman ini berlaku pada sebelah malam antara 9.00 hingga 2.00 pagi.
[Segala tindakan ini amatlah zalim namanya !! Mereka benar-benar kemaruk untuk mengejar untung dan memaksa rakyat untuk mengikuti peraturan tersebut. Mereka tahu, saman parking boleh mendatangkan keuntungan segera buat mengisi kantung mereka. Tetapi mereka tidak terfikir bahawa rakyat yang menderita dan kecewa dengan peraturan tersebut. Maka itu kita amatlah berharap pihak kerajaan negeri dapat mengambil perhatian serius dengan harapan dan rintihan rakyat yang sudah terlalu lama inginkan pembelaan ini sebenarnya. Perhatian juga buat mereka yang mempunyai rancangan untuk ke bandar ini agar dapat berhati-hati dengan kerenah Pegawai Penguatkuasa MPK ini. Buat semua warga Kuantan dan rakyat Malaysia yang terkena dengan kes serupa ini, sila ambil gambar pegawai terbabit untuk dipaparkan di sini].
MPK ni lah satu model PBT yg takdak beri manfaat yg besar kepada warga Kuantan.Mereka hanya tahu mengambil tanpa tahu memberi.Golongan peniaga lagi tertekan dgn sikap MPK ni,bermacam saman di keluarkan,bermacam lesen dikeluarkan,bermacam kerenah birokrasi dari pihak MPK,bermacam bayaran tambahan ketika "renew" lesen setiap tahun.Silap sikit di saman di kompaun,malah kadangkala selang seminggu disaman.Ada sesetengah jenis perniagaan,nk pohon lesen amat lah susah dan ketat prosedur,dan dalam sesetengah kes,ada dasar penguatkuasaan pilih bulu,ada bangsa yg boleh bebas berniaga ditepi jln besar didalam bandar,ada bangsa yg berniaga ditepi jln jauh dari bandar disaman nya.Penguatkuasaan main pilih² ikut suka mak bapak.Ceti haram "advertise" iklan pada pokok merata-rata,ada berani MPK ambik tindakan?Tiap hari makin banyak pokok dan makin banyak tiang dan makin banyak pintu premis ditampal iklan pinjaman along,ada MPK ambik tindakan?Setiap hari along dgn bebas melemparkan flyers dan kad perniagaan ke dlm premis perniagaan tanpa mengira tuan premis ada ke tercokoh kt dlm kedai,mcm samseng main terjah,ada MPK dan Polis ambik tindakan?
Apa manfaat MPK bagi dkt warga kuantan ni sebenornya?Tiap tahun bayor lesen,ada pihak MPK bagi complimentary selai tuala,atau sebatang pen dkt peniaga² yg membayar lesen,yg dari duit² lesen tu lah yg menampong perbelanjaan MPK,bukan soal complimentary tu,cuma soal menghargai pelanggan,ada konsep "give n take",ada rasa nk hargai peniaga² yg berapa ribu org kt kuantan ni yg bagi duit bayor lesen,dari duit² peniaga² ni lah MPK bermewah mewah.Kalo bab saman nombor wahid,pantang saloh sket,saman.MPK ni Yahudi ke?