SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Berita Terkini Dari Lain-Lain Sumber Media

Parti Gabungan Di Larang Anjur Ceramah

TAIPING [10.52 pm] - Parti dalam gabungan Pakatan Rakyat diingatkan supaya tidak menganjurkan sebarang sesi ceramah bagi berkempen dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang kerana ia menyalahi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah (foto), berkata parti gabungan Pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak boleh mengadakan ceramah atau program berkaitan kerana parti berkenaan tidak bertanding pada pilihan raya kali ini. Beliau berkata, PKR dan DAP juga tidak boleh memohon untuk mendapatkan permit ceramah walaupun mereka dikatakan sebagai parti gabungan. "Tindakan mereka (PKR dan DAP) mengadakan majlis ceramah adalah menyalahi peraturan mengikut Akta Pilihan Raya kerana pihak berkenaan bukan gabungan yang sah dan berdaftar seperti Barisan Nasional (BN). "Kita (SPR) akan memantau tindakan mereka (pembangkang) dan kita akan mengambil tindakan tegas jika terbukti pihak berkenaan melakukan kesalahan itu," katanya. Selain itu, katanya, PKR dan DAP juga tidak boleh memasang lambang masing-masing sepanjang tempoh berkempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang atas sebab musabab yang sama.

[Arahan terbaru yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak ini jelas sekali didalangi oleh puak-puak UMNO dan BN. Ianya memang tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya kecil selama ini. Bukankah Pakatan Rakyat itu adalah gabungan parti-parti yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP, cuma bezanya mereka tidak mempunyai satu lambang yang khas seperti BN. Jika alasan ini diberikan maka bagaimana pula dengan bendera-bendera UMNO yang dikibarkan dalam setiap kali kempen pilihanraya?. Sedangkan yang bertanding adalah BN dan bukannya lambang UMNO?. SPR sengaja mahu menjadi "kambing hitam" pemimpin UMNO dan BN yang semakin tertekan untuk menang dalam pilihanraya kecil ini nanti].

DAP Persoalkan Pemasangan Poster Pemimpin BN

LUBOK ANTU [10.40 pm] - Seorang pemimpin DAP mempersoalkan pemasangan poster yang tertera wajah pemimpin kerajaan persekutuan dan negeri di bangunan kerajaan termasuk sekolah menjelang pilihan raya kecil Batang Air, Selasa depan. Menggantung poster di bangunan kerajaan termasuk sekolah adalah melanggari undang-undang pilihan raya, kata Pengerusi DAP Sarawak, Richard Wong Ho Leng. "Saya hairan mengapa ia dibenarkan. Hanya poster calon yang bertanding yang dibenarkan untuk dipasang," katanya. Wong yang juga seorang peguam mahu pihak polis memberi perhatian terhadap perkara tersebut.

[SPR ini sebenarnya memang masih gemar untuk bersikap "berat sebelah" dalam melaksanakan peraturan pilihanraya. Memang sejak dulu lagi SPR dipercayai telah menjadi parti komponen ke-13 Barisan Nasional. Cuma bezanya parti SPR tidak berdaftar secara sah untuk bertanding dalam pilihanraya. Agaknya jika agensi itu terusan begini, apakah kita akan dapat melihat sebuah pilihanraya yang benar-benar telus dan adil dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Jika tidak sudah pasti masa untuk berubah tindak akan muncul tiba buat selamanya].

Janji Anwar: Hari Ini Perintah, Esok Hidraf Bebas

SUNGAI PETANI [10.31 pm] - Setelah menjanjikan penurunan harga minyak selepas membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-12 yang lepas, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) kali ini menjanjikan pembebasan tahanan Hindraf untuk memikat pengundi India, kaum kedua terbesar di Bukit Selambau. Jumlah pengundi di Bukit Selambau adalah seramai 35,140, iaitu terdiri daripada 50 peratus kaum Melayu, 28 peratus India, 20 peratus Cina dan dua peratus terdiri daripada kaum-kaum lain. Berucap dalam ceramah di Taman Kelisa Ria malam tadi, ketua pembangkang itu berkata, pakatan pembangkang tidak melihat isu itu dari sudut perkauman, sebaliknya berpegang kepada prinsip keadilan untuk semua. Beliau berkata selain pemimpin Hindraf, ramai orang Islam turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mereka dilabel sebagai pengganas. "Ini bukan soal kaum, tapi undang-undang. Kalau salah, tunjukkan bukti kemudian kalau salah, masuk penjara. Bukan main tangkap suka-suka tanpa bukti," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh juga mendakwa bahawa wakil UMNO di Parlimen langsung tidak membela pemimpin Hindraf, sebaliknya hanya pemimpin pembangkang yang membangkitkan perkara berkenaan. "Kalau orang tidak salah, pasal apa tangkap mereka? Kalau hari ini kita perintah, esok semua orang Hindraf bebas," katanya.

[Ternyata kini bahawa isu Hindraf masih bermain dibibir kaum India, itu belum termasuk lagi dengan kes kematian S.Kugan. Maknanya jika Pakatan Rakyat berjaya memainkan isu-isu sebegini nescaya undi kaum India di Bukit Selambau akan memihak kepada PKR dalam pilihanraya kecil kawasan itu 7 April ini. Janji Anwar untuk membebaskan tahanan Hindraf jelas sekali bakal menggusarkan puak-puak UMNO dan BN, maka itu apakah mereka akan membebaskan tahanan Hindraf secara mengejut sebelum tarikh 7 April itu agaknya. Jika mereka tidak melakukan ini, maka sudah pasti undi kaum India akan memihak kepada calon Pakatan Rakyat ].

0 Komen Artikel Ini: