BUKIT SELAMBAU [pahangdaily] - Lain dijanji lain pula dilakukan, inilah dia kerja Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selamanya. Presiden UMNO Dato' Seri Najib Razak awal-awal lagi sudah mengatakan yang BN akan menukar strategi berkempen bagi meraih undi rakyat untuk menyokong parti itu. Maksudnya, BN tidak lagi akan melaksanakan projek "pasang siap" atau "mee segera" seperti kebiasaannya. Ini kerana Najib tahu, rakyat sudah muak dan tidak lagi boleh dipengaruhi dengan projek segera seperti itu. BN kononnya tewas di kedua-dua pilihanraya kecil parlimen sebelum ini kerana terlalu memanjakan rakyat dengan projek "mee segera". Banyak projek seperti jalan baru, masjid baru, surau baru, rumah baru serta berbagai lagi dilaksanakan dengan menelan belanja jutaan ringgit namun mereka tetap ditolak rakyat. Maka itulah kononnya untuk tiga pilihanraya kecil kali ini, BN tidak lagi akan mengamalkan lagi dasar seperti itu. Sangkaan kita mereka akan mengotakan janji tersebut, namun ianya ternyata omongan kosong belaka. Memang "projek mee segera" itu sudah sinonim dengan imej Barisan Nasional sejak sekian lama. Mereka tidak dapat lepas lari dari projek seperti itu, kerana ketika pilihanraya kecil sahajalah "wang jutaan ringgit" akan datang mencurah-curah.
Jika projek "mee segera" tidak dilaksanakan, mana mungkin poket pemimpin BN setempat boleh penuh. Kalah atau menang itu tidak menjadi halangan buat mereka, namum projek mesti datang kerana disitulah mereka boleh membuat duit sebenarnya. Di Bukit Selambau misalnya gara-gara projek "mee segera" kenderaan calon BN, Datuk S.Ganesan (foto) telah terbabas di bahu jalan ketika beliau dalam perjalanan menziarah seorang penduduk Kampung Tengkorak Batu meninggal dunia pagi tadi. Menurut lapuran media arus perdana kejadian itu berlaku sekitar jam 11.40 pagi tadi, apabila kenderaan yang beliau naiki dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas akibat keadaan jalanraya yang tidak rata, dipercayai baru diturap. Ketika kejadian beberapa pembantunya turut berada dalam kenderaan terbabit. Kemalangan itu menyebabkan kenderaanya terpaksa ditarik oleh kereta lain dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk dikeluarkan ke bahu jalan yang lebih rendah. Beliau bagaimana pun berjaya ke kampung berkenaan setelah menahan sebuah motosikal penduduk yang lalu di situ. Kejadian ini sebenarnya mempunyai "hikmahnya" bila pemimpin UMNO dan BN "cakap tak serupa bikin". Kenyataan bahawa "jalan baru diturap" itu bermakna "projek mee segera" telah datang mencurah-curah ke Bukit Selambau. Ini bermakna segala cakap dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin mereka sebelum ini adalah "dusta semata-mata".
[Hakikatnya inilah kerja-kerja BN sejak sekian lama dalam usaha memancing undi rakyat supaya menyokong parti mereka. Dalam hal ini, mana perginya Menteri Pembangunan Luar Bandar, Mat Taib yang selama ini mengaku telah melaksanakan projek untuk rakyat di luar bandar. Rupanya, cerita yang sama juga keluar di media arus perdana. Itu belum lagi termasuk projek-projek dan bantuan lain yang datang mencurah-curah untuk petani, nelayan, usahawan, belia, dan semua rakyat tanpa membezakan mereka itu parti mana-mana sekali pun. Sebaliknya selepas pilihanraya seperti biasa hanya ahli UMNI, MIC dan MCA sahaja yang akan diberi bantuan atau sokongan dalam apa-apa masalah sekali pun. Ini bermakna pemimpin BN masih tidak mahu belajar dari segala kesilapan lampau yang pernah mereka lakukan sebenarnya].

0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan