SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Cucu Selamat Tiba Dari Menziarahi Jenazah Bapa Saudara Di Felda Sungai Tekam Getah Jerantut !!

Cucu dan keluarga selamat tiba dari Temerloh jam 8.30 malam tadi, (rumah adik di Sg.Gau) selepas menziarahi majlis pengebumian "bapa saudara" Cucu yang telah pulang ke rahmatullah sebelum itu di Felda Sg.Tekam Getah, Jerantut. Jenazah arwah Abd Aziz Md.Yunus, bapa saudara Cucu yang merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Mentakab itu telah tiba dari Pulau Langkawi kira-kira jam 11.30 malam tadi. Jenazahnya dibawa balik ke Pahang dengan menggunakan kenderaan jenazah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Arwah meninggal di Pulau Langkawi ketika sedang menjalani kursus pengurusan koperasi di sana. Cucu difahamkan arwah merupakan "Ayahanda" @ "Aki" bagi pertubuhan Warisan Anak Pahang Sejati (WAPS). Menurut laporan, WAPS kini sudah bergerak aktif di Pahang dan bakal menjadi satu wadah perjuangan anak-anak Pahang di negara ini. Mereka yang menganggotai pertubuhan itu mestila anak Pahang atau 3 generasi sebelumnya adalah orang Pahang. Setakat ini Cucu difahamkan sudah lebih 3,000 ahli berdaftar dengan pertubuhan itu. Cucu dapat melihat sendiri begitu ramai pemimpin dan ahli-ahli WAPS yang datang dari seluruh negeri Pahang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan mendapat berkat dariNya.


Balu Allahyarham, dan anak-anak yang kehilangan bapanya

Ahli-ahli Warisan Anak Pahang Sejati (WAPS) datang dari seluruh
Pahang untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah

[Salam buat ahli-ahli Warisan Anak Pahang Sejati yang telah bersama menziarahi jenazah bapa saudara Cucu semalam. Cucu juga merasa amat bertuah kerana dapat berjumpa dengan saudara mara yang datang dari seluruh Pahang termasuk dari keturunan Mat Kilau Pulau Tawar Jerantut. Terima kasih kepada Sepupu-sepupu seperti Zaham, Abang Atang, Kak Nor, Lela, Azlan dan ibu saudara Mak Long Zaharah. Juga buat saudara seperti Abg Tajol, Uli dan Mat Ulam dari Kuantan, Husni dari Trolak, Along dan Rojelin sekeluarga dari Ampang, Kak Na sekluarga dari Temerloh, Ujang sekeluarga dari Taman Impianku, Kuantan. Juga buat Mok Da dari Jengka 12, Cikgu Latiff dari SMKJ2, saudara mara dari Kota Gelanggi, PPPTR, Jerantut, Temerloh, Maran dan Jengka yang turut hadir menziarahi arwah. Buat keluarga arwah iaitu Mak Tam serta anak-anak semoga tabah menghadapi segala dugaan yang menimpa ini].

1 Komen Artikel Ini:

  • Restless says:
    16 Apr 2009, 12:26:00 PTG

    mcm mana nk jadi ahli?daftar kt mane?