Malam tadi Cucu dan beberapa orang krew Pahang Daily Online telah bersama-sama rakyat hadir dalam program ceramah umum Pakatan Rakyat di Markas PAS Kg.Embun Maran Pahang Darul Makmur. Kehadiran Cucu adalah sama seperti mereka yang lain iaitu untuk mendengar penjelasan terperinci daripada Dato' Seri Ir.Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak yang sah berhubung dengan kekecohan Sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009 yang lalu. Cucu bertolak dari Kuantan sekitar jam 7.00 malam dan singgah di plaza tol Maran untuk solat jamak Maghrib dan Isyak. Cucu kemudian keluar ikut Maran dan terus ke lokasi ceramah yang terletak beberapa kilometer dari simpang Tajau iaitu jalan ke kampung halaman Cucu di Felda Jengka 7. Sampai di tempat ceramah, kelihatan ratusan kenderaan sudah diletakkan di kiri dan kanan bahu jalan. Keadaan lalulinta agak perlahan dan begitu sibuk sekali. Inilah kali pertama Cucu hadir ke program ceramah di luar Kuantan pada tahun ini. Cucu meninjau-ninjau di kawasan gerai-gerai jualan dan sempat bertemu dengan sahabat dari Felda Tementi, Bera. Mereka mengenali Cucu kerana dalam pilihanraya umum ke-12 lalu Cucu telah bertanding atas tiket PKR di DUN Kemaya, Parlimen Bera. Sempat juga berbual-bual hal semasa bersama mereka. Cucu kemudian telah berjumpa dengan sahabat lama arwah ayahanda Cucu dari Jengka 7 iaitu amat dikenali sebagai "Mat Yasok" . Perbualan kami amat singkat, berkaitan dengan senario politik di kawasan tempat asal Cucu itu. Kelihatan orang ramai mula membanjiri tapak ceramah. Setelah penat, Cucu terus pergi ke hadapan pentas berhampiran markas PAS.
Dengan tidak semena-mena Cucu telah dipanggil oleh beberapa orang pemimpin PAS kawasan untuk naik ke pentas utama. Terasa macam calon pilihanraya pulak ketika itu. Cucu sempat berjumpa dengan sahabat seperti wartawan Siasah dan blog Sidang Online Saudara Khairil Rahim, wartawan Harakah Pahang Saudara Basiron, Ketua PKR Bahagian Maran Saudara Bostamin, Saudara Nizam, Saudara Musanif Timbalan Yang Dipertua PAS Bera dan ramai lagi. Tidak lama kemudian muncul Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Cucu sempat bersalaman dengan beliau dan kemudiannya mengambil tempat duduk di atas pentas. Orang ramai telah membanjiri tapak ceramah yang Cucu anggarkan antara 10,000 hingga 15,000 kesemuanya. Sempat mendengar ceramah Dato' Tuan Ibrahim, YB Choong Siew On, (ADUN Tras), YB Teng Chang Kim (Speaker DUN Selangor) dan akhir sekali mendengar ceramah YB Dato' Seri Ir.Nizar Jamaluddin tentang kemelut politik di Perak itu. Agak bertenaga juga mendengar ceramah malam tadi. Cucu kemudian sempat bergambar kenangan dan menjamu selera jamuan ringan bersama Dato' Seri Ir.Nizar dan tetamu kehormat yang lain. Cucu bertolak balik ke Kuantan sekitar jam 12.35 malam, dan singgah di Maran untuk minum teh. Sempat berjumpa dengan rakan-rakan kepimpinan PAS Kuantan di sana. Sampai di Kuantan sekitar jam 2.30 pagi kerana memandu agak perlahan akibat terlalu mengantuk.

0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan