SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Hadiri Ke Jamuan Kesyukuran PKR Pahang

Sabtu lalu, Cucu telah sempat hadir di Majlis Kesyukuran bagi meraikan para petugas yang bertungkus lumus menganjurkan program sempenan lawatan kerja Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pahang baru-baru ini. Dalam lawatan itu Anwar telah merasmikan Pejabatan Perhubungan PKR Negeri Pahang yang baru di jalan Beserah, kemudiannya mengadakan ceramah umum yang dihadiri ribuan rakyat pada malam itu. Program yang diadakan Sabtu lalu turut dihadiri oleh Pengerusi Perhubungan PKR Negeri iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman serta barisan kempimpinan tertinggi PKR Pahang yang lain. Turut hadir ialah Ketua AMK Pahang, Saudara Rizal Jamin dan barisan kepimpinan angkatan Muda Keadilan Pahang yang lainnya. Majlis yang bermula sekitar jam 8 malam itu turut dihadiri oleh beberapa orang wakil dari Pakatan Rakyat.

Cucu yang hadir agak lewat bersama Saudara Megat, telah diarahkan menjadi Pengerusi Majlis dalam program itu. Mungkin kerana Cucu berpakaian agak lain iaitu berbatik yang selama ini tidak pernah Cucu lakukan di Kuantan ini. Apapun Cucu amat gembira kerana dapat mengulas serba sedikit tentang isu-isu semasa politik negeri dan laporan berkaitan kes saman Saiful Bukhari Azlan terhadap blog Pahang Daily Online baru-baru ini. Sementara itu majlis turut diserikan lagi dengan beberapa siri ucapan ringkas daripada Dato' Fauzi, Saudara Rizal Jamin, wakli dari AMK pusat, dan wakil dari PAS iaitu Saudara Yusri, Timbalan Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota. Turut kelihatan malam itu ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail dan petugas-petugas program lawatan kerja Anwar dulu. Dato' Fauzi dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas yang memberikan komitmen hingga terjayanya majlis Anwar itu. Sokongan semua pihak amat dialu-alukan dalam program pada masa yanga kan datang. Tetamu kemudian menjamu selera secara "buffet" dengan juadah-juadah enak yang disediakan. Majlis berakhir kira-kira jam 11.00 malam itu.

0 Komen Artikel Ini: