SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Kenyataan Cucu Yang Mengundang Persoalan

Terlebih dahulu Cucu mengambil kesempatan merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas keperihatinan sahabat dan rakan-rakan yang terus memberi sokongan kepada blog ini untuk beroperasi. Ramai yang terkejut dan kini amat mengambil perhatian tentang masalah yang dihadapi oleh Cucu, susulan daripada kenyataan akhbar yang dibuat dalam Sinar Harian baru-baru ini. Laporan tersebut memetik bahawa Cucu sebagai salah seorang krew panas blog Pahang Daily Online, adalah antara orang yang disyaki akan dikenakan tindakan oleh mangsa liwat Saiful Bukhari Azlan atas saman fitnahnya. Namun buat masa ini, sememangnya Cucu dan krew-krew yang lain masih belum menerima apa-apa writ saman daripada pihak yang berkenaan. Terkadang Cucu agak hairan dengan tindakan Saiful menyaman blog PDO. Apakah rasionalnya beliau berbuat demikian? Walhal beliau sendiri tahu blog terbabit beroperasi di mana-mana dan tidak terikat dengan mana-mana pertubuhan, parti atau sebagainya. Cuma, memang benar PDO lebih banyak mengkritik dan membongkarkan tentang masalah yang berlaku dikalangan kelompok rakyat dan parti pemerintah. Ini kerana rakyat mahukan perubahan dan mereka harus dibela. Mereka sudah tidak yakin lagi dengan UMNO dan wakil rakyat BN yang kononnya ingin membela nasib mereka. Banyak permasalahan setempat yang berlaku gagal ditangani dengan betul. Cucu amat peka dengan hal ini, biarpun selepas 50 tahun BN berkuasa memerintah negara ini. Setakat ini, memang ramai yang gusar andainya Cucu akan disabitkan dengan kes Saiful yang cukup panas diperdebatkan sebelum ini.

Namun sebagai warisan keturunan pahlawan Melayu Pahang, Cucu sedikit pun tidak gentar dengan apa yang berlaku mutakhir ini. Malah ianya memberikan semangat dan kekuatan untuk Cucu terus berkarya hingga ke titisan darah yang terakhir. Bagi Cucu, nenek moyang terdahulu seperti Tok Gajah dan Mat Kilau mati meninggalkan nama dan dituduh sebagai penderhakan, pemberontak dan banyak lagi. Ini gara-gara mereka berjuang untuk membela nasib agama, bangsa dan negara tercinta. Lantaran itulah Cucu akan terus berjuang dan berjuang bagi memastikan Islam serta keadilan tertegak di bumi tercinta ini. Cucu mahu melihat, anak-anak dan generasi akan datang dapat hidup dengan aman dan selesa dalam sebuah negara demokrasi yang asli serta bukan dibuat-buat. Cucu tidak mahu generasi akan datang menyalahkan kita hari ini kerana gagal membawa perubahan. Maka itu, Cucu mengajak para sahabat dan rakan-rakan agar terus bangkit untuk berjuang membela nasib rakyat tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan fahaman politik masing-masing. Inilah konsep one Malaysia yang sepatutnya diterapkan dalam jiwa rakyat. Konsep yang dinyatakan oleh Perdana Menteri adalah tidak jelas kerana hanya mencakupi agama dan bangsa, tapi bagaimana dengan fahaman politik?. Kerajaan yang ada masih terus mengamalkan dasar pecah sempadan, membezakan dan hanya memberi muka kepada mereka yang menyokong sahaja. Sebaliknya, bagi rakyat yang menolak UMNO dan BN dalam pilihanraya maka mereka akan dinafikan segala hak sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Inilah masalah yang sebenarnya !

Susulan dari itu, Cucu menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus memperkukuhkan hubungan antara agama dan kaum di negara ini. Marilah kita perkukuhkan ukhwah dan sillaturahim sesama kita, agar kita akan dapat menikmati kehidupan yang lebih bermakna pada masa akan datang. Kepada mereka yang simpati dengan nasib Cucu atas kes Saiful Bukhari Azlan, terus terang Cucu katakan yang ini baru satu permulaan. Saiful berhadapan dengan Pahang Daily Online yang mempunyai krew di mana-mana hatta dalam keluarga beliau sendiri. Cucu akan mengambil tindakan saman, jika Saiful menuduh Cucu yang terlibat dalam penulisan enam artikel beliau dan menfitnah beliau selama ini. Saiful membuat kesilapan kerana beriya-iya benar untuk menyaman blog seperti PDO, walhal jika beliau benar berbicara soal maruah beliau sepatutnya menyaman doktor yang merawatnya dan Hospital Pusrawai gara-gara pengedaran laporan perubatan beliau tidak diliwat itu. Soalnya, kenapa hingga kini beliau masih mendiamkan diri tanpa sebarang kenyataan?. Malu rasanya bila kita mengaku diliwat tetapi laporan perubatan mengesahkan kita tidak diliwat. Saman doktor dan hospital terbabit !!. Jika tidak ini bermakna Saiful sengaja bermain dengan api dalam sekam. Beliau akan menerima padahnya jika sengaja ingin bermain-main dengan isu ini. Apapun, kita sama-sama tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya isu panas dan sensasi ini. Salam Perjuangan Buat Semua !!

1 Komen Artikel Ini:

  • kotak14 says:
    30 Apr 2009, 4:28:00 PTG

    Thursday, April 30, 2009
    madu yang dibuang,sebelum habis sepahnya......

    aku terpanggil untuk menulis kisah ini.lambang persaudaraan dan persahabatan aku pada seorang sahabat bloggers.Jumaat lepas,heboh di akhbar akhbar utama,kisah seorang pengendali blog "pahangdaily"disaman sebanyak RM 2 juta atas tuduhan fitnah.Saman ini telah dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan.Mangsa kononnya yang diliwat Dato Seri Anwar Ibrahim.

    Pada jumaat lepas,aku ada menghubungi rakan rakan bloggers yang lain,apakah bantuan yang perlu diberikan kepada bloggers berkenaan "cucu mat kilau".Sayang seribu kali sayang,rupanya sahabat bloggers yang lain cuma ada kesedaran berpolitik.Tiada kesedaran sosial sama sekali.

    Begitu juga sikap para pemimpin PAKATAN RAKYAT yang lain.terutamanya DSAI sendiri.Seorang bloggers yang membersihkan nama DSAI dilayan seperti seorang pelacur tua yang tidak mahu dibantu sama sekali.

    Kemana perginya peguam peguam PKR didalam membantu "cucumatkilau".Adakah hati saiful izham,latifah koya,shamsul iskandar telah dibutakan dengan sedikit kemenangan.Dimana sikap kemanusiaan DSAI dalam membantu "cucu mat kilau".

    Perbualan telefon aku bersama "cucu mat kilau"sebentar tadi menjelaskan segalanya.memang sah tiada bantuan,sama ada sokongan moral,bantuan nasihat guaman tidak ada langsung.

    Beginikah sikap seorang peminpin yang langsung memperdulikan nasib seorang yang membela maruah DSAI sendiri.

    Begitu juga sikap para sahabat bloggers yang lain.Sehingga posting ini ditulis,tiada sokongan dari sahabat bloggers sama sekali.

    buat semua bloggers network,masih ingatkah kita dengan deklarasi semasa penamaan calon permatang pauh.dibawah khemah sambil menikmati asap rokok,mee udang dan nasi.Kita sama sama berjanji,untuk membela nasib rakan bloggers yang lain.

    sayang seribu kali sayang,deklarasi berkenaan kita dilupakan.semua semakin hanyut dengan dunia glamour masing masing.Kita mula lupa daratan.menganjurkan berbagai majlis hi-tea dan pelbagai majlis cari glamouryang lain.

    Kita mampu menebalkan muka memohon derma simpati untuk tembolok sendiri ketika berjuang ats nama parti.tapi kita lupa rakan sendiri yang kini terkontang kanting memohon simpati dan sokongan moral.

    Jika beginilah sikap kita,yang lebih pentingkan tembolok sendiri,majlis hi-tea dan sebagainya..adalah lebih baik,kita para bloggers,pemimpin pakatan rakyat membuat pertunjukan sarkis.menjadi badut di pentas diketuai DSAI.

    Ayuh,buka minda,buka mata hati...seorang rakan kita "cucumatkilau"perlukan kita semua dikala ini.Beliau bukan meminta wang ringgit,sebagai pejuang seperti beliau.Pamerkan no akaun di laman blog bukan pilihan.Beliau cuma perlukan sokongan moral.

    berkenaan bantuan guaman,biarlah DSAI dan pakatan rakyat uruskan.

    matcomot