SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Eksklusif: Gara-Gara Taksub Kononnya Mencari Kebenaran, Saiful Bukhari Azlan Akhirnya Kini Terlupa Siapakah Diri Beliau Yang Sebenarnya !!

Tahun 2010 dikatakan "Tahun Kebenaran" oleh Saiful Bukhari Azlan, anak muda yang masih tidak mahu beralah dan mahu mempertahankan dirinya berada dipihak yang benar dalam kes "liwat" terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biarpun publisiti terhadap Saiful dilihat semakin berkurangan mutakhir ini, selepas kes berkenaan senantiasa tertangguh-tangguh akibat beberapa masalah teknikal yang terpaksa dielakkan. Terbaru, Mahkamah Persekutuan telah menangguhkan keputusan rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen pendakwaan dan DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada 29 Januari ini. Mahkamah juga memutuskan perbicaraan kes liwat Anwar yang dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditangguhkan kepada 2 Februari 2010 depan. Maknanya kes tersebut ditangguhkan lagi, biarpun amat mengecewakan pelakon utamanya iaitu Si Saiful Bukhari. Anak muda ini meronta-ronta di dalam blog peribadi beliau mengharapkan sokongan rakyat terhadap dirinya. "Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan(tips2) persiapan perbicaraan dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, bahan bacaan, cara-cara memberi keterangan, menjawab soalan, atau ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah kelak" kata Saiful Bukhari Azlan mungkin dalam nada yang merayu.

Saiful Tergamak Berdoa, Buktikan Dia Diliwat

Dalam nada yang bangga Saiful juga mengatakan beliau kan terus berdoa, istiqamah dan sabar. Kepada Allah saya berserah "Yang HAK Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!". Tanpa menyedari apakah ucapan yang beliau lontarkan itu sesuai dengan kesnya, maka Saiful sanggup mengajar umat Islam berdoa supaya kebenaran berpihak kepadanya. Soalnya sekarang, kebenaran apa yang mahu dicari oleh Saiful? Kebenaran apa yang mahu orang ramai berdoa kepadanya?. Amat memalukan kita sebagai umat Islam, Saiful sebenarnya tidak layak untuk berbicara soal kebenaran. Kerana apa, kerana kebenaran yang dimahukan itu ialah supaya mahkamah memutuskan bahawa "beliau memang diliwat oleh Anwar". Maknanya beliau mahu rakyat Malaysia seantero dunia percaya yang "duburnya telah ditembusi oleh anunya Anwar". Itulah kebenaran yang dimahukan oleh Saiful agaknya. Sungguh menjijikkan melihat senario ini sebenarnya. Manusia yang tidak tahu malu sahaja sanggup menyuruh orang lain berdoa supaya kebenaran terletak kepada dirinya. Jika kebenaran insiden itu tidak berlaku, mungkin kita boleh untuk kita mendoakannya. Namun, Saiful tergamak mahu didoakan agar dia "sudah hilang teruna" akibat dirodok oleh "senjata" Anwar Ibrahim. Inilah yang memuykilkan kita sebenarnya. Amatlah tidak masuk akal langsung orang yang mahu dikatakan menjadi mangsa liwat sanggup merayu dan merintih supaya orang lain mempercayai kesnya itu.

Jika Benar Mahu Kebenaran, Ikut Hukum Islam
Atas faktor dan statement mana yang menyebabkan Saiful mahu orang lain mendoakan dirinya itu?. Atas pengakuan beliau diliwat dan laporan polis yang dibuat? Atau atas laporan perubatan yang dikelaurkan oleh doktor pakar yang sah dan lebih relevan?. Maka itu, yang mana satu Saiful mahu umat Islam diseluruh negara percaya yang beliau diliwat?. Jika dalam kes rogol, sudah pasti polis mahu menghantar mangsa ke hospital untuk membuat pemeriksaan perubatan sebelum menangkap mana-mana suspek. barulah kes boleh dibuat terhadap tertuduh. Apakah cukup dengan pengakuan mangsa yang kononnya beliau dirogol, maka kita mesti percaya dia memang dirogol?. Begitu juga dalam kes Saiful ini sebenarnya. Apakah kita mahu mendoakan kebenaran terhadap beliau, sedangkan kes yang berlaku sekarang hanyalah berdasarkan kepada laporan polis dan akuan yang dibuat oleh dirinya sendiri. Sedangkan laporan perubatan yang sah daripada empat orang doktor pakar hospital swasta dan kerajaan membuktikan beliau masih "suci dan teruna". Ini bermakna, Saiful tidak dinodai oleh sesiapa pun. Maka itu, kenapa Anwar perlu ditangkap, disoal dan mahu didakwa atas pertuduhan tersebut?. Bukankah ini juga kebenaran yang harus dilihat oleh kita sebenarnya. Sebagai umat Islam, kita akhirnya perlu membawa kes Jenayah Syariah sebegini ke Mahkamah Syariah atas pertuduhan Qazaf. Masalahnya, kenapa begitu lama mahkamah ingin menfailkan kes Qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan?. Kita harus berbalik kepada Islam, namun berbagai alasan yang diberikan oleh pihak terbabit. Kenapa kita harus mencari kebenaran buat Saiful hanya berlandaskan kepada pengakuan dan laporan polis yang dibuatnya.

Kenapa Perlu Jumpa Najib, Bukannya Ulamak
Bukankah orang seperti Saiful juga pandai bermuka-muka sebenarnya. Jika tidak, masakan beliau boleh bertemu Perdana Menteri Najib Razak hanya untuk memohon biasiswa, sedangkan beliau ketika itu bekerja di Pejabat Anwar?. Biasiswa apa yang mahu dipohon, sedangkan beliau sudah lama dibuang dari pengajiannya di Uniten akibat terlalu pandai. Masakan, Saiful begitu rapat dan baik dengan Najib Razak sehingga boleh pergi ke rumah PM untuk mengatakan dirinya diliwat oleh Anwar. Kejadian pula berlaku sebelum beliau membuat laporan polis. Kenapa perlu berjumpa Najib, sedangkan kita itu Pak Lah ialah Perdana Menteri. Kenapa Saiful tidak pergi berjumpa Pak Lah?. Kenapa Najib yang ditemui untuk menangis dan mengadu diliwat. Apakah hubungan Najib dan Saiful?. Anak beranak, adik beradik, saudara mara atau apa?. Kebenaran apa yang dimahukan oleh Saiful, sedangkan pihak terbabit langsung tidak mahu memberikan dokumen yang sepatutnya kepada peguam Anwar sebelum hari perbicaraan. Kenapa perlu Saiful berjumpa Najib kemudian baru membuat laporan polis. Kenapakah mereka seakrab itu, sedangkan Saiful bekerja di Pejabat Anwar?. Maknanya Saiful dihantar bekerja di Pejabat Anwar sebagai "Spy Najib" bagi menjatuhkan karier politik Anwar. Berapakah upah dan bayaran yang diterima oleh beliau agaknya.


Saiful berbangga mengangkat tangan keran mahu satu dunia percaya
dia diliwat. Apakah dia cemburu lihat cara Anwar angkat tangan dulu?
Kenapa menunggu begitu lama baru beliau mahu membuat laporan polis kononnya dia diliwat. Kenapa pula Saiful terlupa berapa kali dia diliwat Anwar dan mengatakan dia dipaksa atau sukarela. Bukankah semua ini menimbulkan kecelaruan sebenarnya dalam kes ini. Jika benar diliwat, bukankah elok Saiful jumpa tokoh-tokoh ulamak atau sebagainya sebelum membuat laporan polis. Soalnya, kenapa perlu berjumpa Najib, jika mereka berdua tidak ada hubungan "sulit dan intim". Apakah Saiful tidak tahu yang bossnya Anwar itu adalah musuh Najib. Kenapa beliau berjumpa Najib diketika beliau masih bekerja dengan Anwar. Siapa yang membuka jalan untuk Saiful diterima mengadap Najib yang bukan senang untuk berjumpa rakyat, tambahan pula insan kerdil seperti Saiful. Bukankah ini menunjukkan yang Saiful memang "dihubungkan" dengan Najib oleh seseorang. Siapakah yang menjadi "Agen Saiful" itu agaknya?. Paling mengejutkan, Najib pula sebelum itu mengatakan Saiful berjumpa dengan beliau 3 bulan sebelum tarikh kejadian, maknanya pada bulan April. Kemudian menarik balik dan mengatakan sehari sebelum dia membuat report polis, selepas mendapati Saiful sudah dibuang Uniten dan bekerja dengan Anwar. Bukankah ini bukti jelas terdapat percanggahan kenyataan dalam kes liwat Saiful ini sebenarnya. Makanya, Najib perlu dipanggil ke Mahkamah selepas ini bagi menjadi saksi yang Saiful mengaku dia diliwat Anwar. Pasti bercelaru bila Najib terlupa bila tarikh dan masa bila Saiful berjumpa dengan beliau. Soalnya, mahukah Najib ke Mahkamah?

Saiful Bangga Dirinya Popular Kerana Kes Liwat

Kebenaran apa yang mahu dicari oleh Saiful? Kebenaran dia "diliwat"? Bukankah ia memalukan dirinya sendiri sebenarnya. Tetapi kenapa Saiful langsung tidak mahu menutup mukanya setiap kali muncul di media? Malah, dalam sesetengah kes beliau begitu bangga menjadi mangsa liwat dan sanggup mengangkat tangan seperti yang dilakukan oleh Anwar dulu. Malah, Saiful nampak begitu seronok dengan "publisiti murahan" yang beliau terima sekarang ini. Beliau seolah-olah berbangga, namanya dikenali dan popular tanpa mengambilkira apakah yang beliau lakukan. Kerana taksub untuk mencari kebenaran akhirnya Saiful lupa siapa dirinya. Beliau terlena dalam desakan "glamour". Bagi Saiful, biarpun dia tidak setanding Mawi namun namanya lebih harum dari Mawi. Inilah agaknya yang diiginkan oleh Saiful. Lantaran itulah, beliau satu-satunya mangsa jenayah liwat atau rogol di dunia ini yang gemar menayangkan muka kepada media. Beliau tidak pernah terfikir dirinya itu dihina atau sebaliknya. Apa yang penting ialah beliau dikenali ramai. Biasanya dalam kes seperti Saiful ini, si mangsa malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Tambahan kes Saiful adalah seks luar tabiee dan bukannya normal. Saiful bangga bagi dapat membuktikan "duburnya telah ditusuk Anwar". Apakah ini yang dinamakan ingin mempertahankan kebenaran demi maruah?. Sedangkan maruahnya kini telah jatuh pada darjat yang paling rendah sekali. Beliau sanggup menggunakan agama untuk mengaku dan bersumpah kononnya diliwat. Anehnya sumpah Saiful berlaku sehari sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Seolah-olah Saiful bersumpah selepas mendapat perkenan puak-puak UMNO.

Si Saiful Tidak Sedar Dia Kini Jadi Blogger UMNO

Jika dilihat kepada agenda Saiful, nampak benar kes liwat yang dikatakan berlaku itu adalah bertujuan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sebenarnya. Apa tidaknya, Saiful sanggup mengadap pemimpin UMNO dulu sebelum membuat laporan polis. Bukan seorang dua pemimpin UMNO yang ditemuinya, malah ramai lagi sebelum itu. Malahan Saiful juga tersilap, kerana di laman blog peribadi beliau kini terdapat begitu banyak link puak-puak yang menyokong UMNO dan bencikan Anwar Ibrahim. Seolah-olah blog beliau itu kini sudah menjadi sebuah blog politik, sedangkan beliau sepatutnya lebih neutral dalam sesetengah isu. Malahan, beliau juga tidak berminat untuk meletakkan mana-mana link yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Apa yang jelas, Saiful kini sudah terlupa siapa diri beliau sebenarnya. Beliau akhirnya kini menjadi blogger UMNO. Walhal beliau tidak sepatutnya bersikap begitu, kerana jika dia merasakan dirinya tidak dipolitikkan. Tindakan Saiful ini mengesahkan lagi bahawa beliau sememangnya mengikut arahan pemimpin UMNO dalam membuat sesuatu tindakan terhadap Anwar. Sebab itu, kita tidak hairan bila mendengar pertemuan sulitnya dengan pemimpin UMNO dan kelibatnya dilihat bersama proksi UMNO sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar. Malahan beliau juga menghubungi beberapa orang pemimpin UMNO sebelum bertindak mengatakan Anwar meliwatnya dulu. Apakah beliau sedar apa yang dilakukan di dalam blonya itu agaknya?

Negara Islam, Tapi Takut Undang-Undang Qazaf


Sesuatu yang amat aneh dan ajaib berlaku di dunia ini. Sebuah negara Islam seperti Malaysia sanggup menghalang undang-udang Qazaf ditegakkan terhadap seseorang yang menuduh dirinya menjadi mangsa liwat. Bukankah, ia sudah termaktub di dalam undang-undang Islam sebenarnya. Maka kenapa Saiful dan peguamnya takut. Bukan sahaja mereka, malahan pihak pendakwaraya juga amat takut kepada Qazaf. Mereka tahu, Saiful tidak akan mampu mengemukan bukti empat orang saksi bahawa beliau diliwat. Apa yang pasti dan ada hanya empat orang saksi yang membuktikan dirinya tidak diliwat iaitu satu doktor Pusrawi dan tiga lagi doktor pakar Hospital Kuala Lumpur. Maka, kenapa mereka masih mahu mendakwa Anwar?. Bukankah ini bermakna terdapat unsur politik yang menjadi faktor utama kes ini. Terlajak kata boleh diulang semula, tapi terlajak perbuatan sukar untuk dimaafkan. Saiful kini berada di dua persimpangan. Mahu meneruskan atau menarik balik akuan sumpah serta laporan polisnya terhadap Anwar. Jika hanya bersandarkan bukti DNA, bukan sahaja peguam Anwar boleh mempertikaikannya. Malah rakyat sebagai hakim negara juga boleh meraguinya. Tambahan pula Saiful pernah bekerja di pejabat Anwar sebelum itu. Siapalah tahu mereka sudah merancang ketika itu lagi. Cuma tarikh Julai 2008 Saiful terpaksa diarahkan membuat laporan polis, kerana mereka amat takut dengan laporan ahli parlimen BN dikatakan akan melompat ketika itu. Jalan terbaik ialah undang-undang Islam (Qazaf) dikenakan ke atas Saiful, jika terbukti dia gagal membawa saksi dalam kes ini maka secara automatiknya Anwar tidak wajar didakwa atas kesalahan yang belum tentu dilakukannya.

[Apapun, sama-sama kita nantikan episod seterusnya kes tersebut pada 29 Januari ini. Pertuduhan yang bercelaru akhirnya menyukarkan perbicaraan dijalankan secara normal. Mana mungkin perbicaraan dapat dilaksanakan dalam masa kertas pertuduhan dan pendakwaan itu sendiri boleh dipertikaikan. Bukankah kes ini sekali lagi memalukan Malaysia pada mata masyarakat antarabangsa termasuk negara-negara Islam sendiri. Malah, ulamak tersohor Islam Syeikh Yusoff Qardawi sendiri mahukan Qazaf dilaksanakan terhadap Saiful Bukhari Azlan. Jika tidak bermakna Anwar akan kembali merengkok di Penjara Sg.Buloh kerana mereka sudah menyiapkan segalanya untuk mensabitkan mantan TPM itu. Langkah terbaik, ialah kembali kepada Islam jika kerajaan Malaysia benar-benar merasakan negara ini adalah negara Islam. Tambahan pula apa yang berlaku ini adalah jenayah syariah. Kebenaran yang dicari oleh Saiful Bukhari pula adalah satu ciptaan yang sengaja ingin menguatkan cerita sahaja. Amatlah memalukan bilamana seorang yang tidak disahkan menjadi mangsa, tiba-tiba mahu rakyat dan umat Islam di seluruh Malaysia berdoa agar mahkamah membuktikan dirinya mangsa liwat!!].

0 Komen Artikel Ini: