
Cucu masih ingat selepas Datuk Taha Dibunuh, anggota polis senantiasa mundar mandir di sana sini. Penduduk kampung dilarang bercakap soal pembunuhan tersebut. Siapa yang melanggar arahan pasti akan ditangkap. Polis Cawangan Khas menyamar sebagai penoreh getah, petani dan sebagainya. Nama Gemencheh harum seantero dunia gara-gara pembunuhan ngeri tersebut. Mujurlah ketika itu kemudahan internet masih belum ada seperti hari ini. Jika tidak, sudah pasti banyak informasi terkini kejadian tersebut dapat diketahui dengan cepat dan pantas. Rakyat hanya bergantung kepada akhbar arus perdana yang ada ketika itu iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian. Apa yang dilaporkan di dada akhbar terpaksa diterima, biarpun terkadang ia agak menyeleweng daripada fakta sebenar kes. Cucu amat sinonim dengan bumi Gemencheh, biarpun berasal dari Kg.Pulau Tawar Jerantut Pahang di sebelah arwah ayahanda (Jamaluddin Md Yunus). Bumi Gemencheh sering kami sekeluarga kunjungi, malah keturunan sebelah bonda Cucu daru Suku Biduanda dalam Adat Pepatih juga mempunyai kaitan saudara dengan seorang pengamal perubatan terkenal di Malaysia iaitu Tabib Abd Hadi. Kami juga mempunyai tanah ada di Kg.Sungai Rokan bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Sg.Rokan, namun telah terjual secara paksa ketika arwah bonda menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1999 yang lalu. Gemencheh juga tidaklah seperti pekan-pekan lain yang lebih maju di Negeri Sembilan. Ia hanyalah sebuah pekan kecil yang sekadar dapat menampung aktiviti masyarakat setempat ketika itu. Pendekkata saban bulan Cucu akan mengikut keluarga balik ke Gemencheh.
Perjalanan ketika itu dari kediaman Cucu di Felda Jengka 7, Maran Pahang melalui Temerloh, Triang dan terus ke Bahau hingga tiba di Gemencheh. Pendek kata laluan terbabit sudah menjadi mainan bagi Cucu seisi keluarga. Kenangan berada di Gemencheh masih tetap dalam ingatan, biarpun kini hanya tinggal saudara mara sahaja yang berada di sana (Cucu dari keturunan Puan Chawan). Namun, selepas sekian lama menyepi tiba-tiba inggu lalu negara digemparkan dengan berita empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh. Mereka yang menjadi mangsa ialah Sofiah Katas, 80 tahun, Atan Daud, 90, (suami Sofiah) yang juga bekas Imam Masjid Kampung berkenaan dan Ismail Awang, 76, serta anaknya Siti Khadijah Ismail, 22. Pembunuhan ngeri ini kembali mengingatkan Cucu tentang kejadian yang sama 28 tahun yang lalu. Kini berulang kembali, nama Gemencheh kembali dikenali seantero dunia. Persoalannya, kenapakah kejadian ini berlaku lagu di satu kawasan perkampungan kecil yang penuh dengan adat istiadat pepatih itu. Malah, rakyat Negeri Sembilan bukanlah dikenali sebagai orang yang ganas dan samseng sebenarnya. Namun mengapa ia terus berlaku dan berlaku.
[Gemencheh kembali harum dan segar dalam ingatan Cucu. Insya Allah, jika tiada aral melintang Cucu akan melawat Gemencheh untuk mengimbau kembali kenangan silam ketika waktu kecil dulu. Salam perjuangan buat seluruh sahabat yang berada di Gemencheh dari anak arwah Kamsiah Bt Jamil, Cucu Puan Chawan Bt Sinjak dari Kg. Sungai Jernih].
Saya pun cucu orang gemencheh. Nenek pernah cerita malam kejadian, arwah tok taha ada mesyuarat sama dengan atok. Al-Fatihah buat arwah.
Arwah tok taha tu Atok saya dan Dato Mokhtar Hashim itu rakan karib arwah ayah saya..sejak Dato dipenjarakan kami selalu berkunjung ke penjara setiap raya ke 3.
Arwah tok taha tu Atok saya dan Dato Mokhtar Hashim itu rakan karib arwah ayah saya..sejak Dato dipenjarakan kami selalu berkunjung ke penjara setiap raya ke 3.
ayah saya pernah cerita datuk mokhtar hashim tu kena fitnah sampai polis yang iring dia berhenti kerja sambung belajar di oversea sbb tahu datuk mokhtar hashim x bersalah.
Xder fitnah fitnah la. .memang