Thursday, March 4, 2010

Cucu Ke Pentas Ceramah Dan Lancar Facebook !!

Setelah lebih 10 tahun berada di alam siber, baru-baru ini Cucu telah diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah di atas pentas Parti Islam SeMalaysia (PAS). Ceramah pertama telah diadakan di Markas PAS Taman Guru, Kuantan dan ceramah kedua di adakan di Markas PAS, Felda Keratong Dua, Rompin. Dalam ceramah di Taman Guru Cucu sempat bersama dengan YB Zaki Ibrahim, ADUN Kelaboran yang juga merupakan Timbalan Speaker DUN Kelantan. Antara isu yang Cucu bawa dalam ceramah tersebut ialah beberapa penipuan yang dilakukan oleh UMNO BN Pahang serta isu-isu semasa termasuk sedikit kes fitnah liwat Anwar Ibrahim. Alhamdulillah, Cucu berjaya menyampaikan ceramah dengan lancar biarpun itulah kali pertama selepas pilihanraya umum ke-12. Sayugia diingatkan kali terakhir Cucu dapat berceramah ialah ketika menjadi calon PKR dalam pilihanraya umum lalu. Maka, kesempatan yang ada telah memberi satu semangat baru dalam diri Cucu untuk meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang. Begitu juga dalam ceramah yang diadakan di Felda Keratong 2, Muadzam Shah. Banyak juga isu yang telah Cucu sentuh baik dalam negeri mahupun nasional. Terima kasih kepada sahabat seperti Wak Rabidin (PKR Cabang Rompin) dan Ustaz Fadhli (Ketua DPP PAS Kuantan) yang telah banyak memberi sokongan. Cucu juga dengan rasminya melancarkan Facebook bagi memudahkan ruang interaksi dengan sahabat-sahabat di seluruh dunia. Anda boleh temui Cucu di Facebook pada bila-bila masa mulai sekarang!


Bersemangat, Cucu berceramah di Markas PAS Taman Guru Kuantan

0 Komen Artikel Ini: