SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Edisi Pahang: Ceramah PAS Malam Ini Terpaksa Di Pindahkan Ke Markas Darul Hisab, Sg.Isap !!

Sumber: Pahang Daily Online

KUANTAN, 12 Mac
[10.40 am] - Ceramah Umum PAS yang dijadualkan akan diadakan di Pasti As-Sa'adah, Kg.Razali dipindahkan ke Markas PAS Darul Hisab, Perkampungan Sg.Isap (Sebelah pasaraya Tunas Manja) jam 9.00 malam ini. Perpindahan ini terpaksa dilakukan selepas perbincangan dengan Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, OCPD Jasmani Yusof pagi tadi. Dalam perbincangan itu, PAS diwakili oleh Ustaz Rosli Jabar, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan (foto) dan Ustaz Fadli Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan manakalah UMNO BN hanya diwakili oleh Saudara Azmi, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sg.Belat. Semalam, Ustaz Rosli telah diarahkan oleh pihak polis agar hadir ke IPD Kuantan untuk berbincang berhubung dengan pertembungan dua ceramah di lokasi yang sama iaitu Kg.Razali. Menurut Jasmani, ceramah UMNO yang akan menampilkan bekas pemimpin Keadilan Lokman Noor Adam dan Ruslan Kassim itu telah terlebih dahulu mendapat permit polis, sementara PAS pula mengadakan ceramah di dalam premis persendirian yang tidak memerlukan permit. Namun, atas faktor keselamatan dan bagi menggelakkan tiba ketegangan yang pastinya akan berlaku kerana kedua-dua ceramah di lokasi yang sama dengan jarak yang terlalu dekat maka salah satu pihak mesti beralah. Justeru itulah PAS terpaksa mengambil langkah bijak dengan memindahkan lokasi ceramah PAS ke tempat lain.

UMNO Tipu Rakyat Guna Logo PKR Pada Poster

Dalam pada itu Ustaz Rosli ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. "Saya agak terkilan kerana YB Sahfik tidak hadir dalam pertemuan pagi ini dan hanya menghantar wakil seorang Ketua Pemuda Cawangan untuk perbincangan tersebut. Sebelum ini saya difahamkan UMNO akan diwakili oleh beliau, malahan ceramah itu juga akan dibuat di kediaman beliau sebenarnya" katanya. "UMNO sebenarnya tertekan kerana gusar rakyat tidak hadir seperti yang dijangkakan dalam program mereka. Ini terbukti ketika mereka mengadakan program Juara Rakyat sebelum ini. Malah, tindakan menggunakan logo PKR dan memperbesarkan saiz tulisan lokasi ceramah iaitu sebelah Pasti As-Sa'adah itu pun menunjukkan mereka cuba untuk menipu rakyat sebenarnya" tambah beliau lagi. Perbuatan keji dan bacul UMNO inilah yang menyebabkan PAS terpaksa mengadakan ceramah di lokasi yang terbabit (Pasti As-Sa'adah) bagi mengelakkan rakyat dikelirukan sebenarnya.


Bukti, Tiada logo UMNO tapi logo Parti Keadilan Rakyat yang dipaparkan

Bukti, lokasi Pasti As-Sa'adah diperbesarkan untuk kelirukan rakyat

Apapun, rakyat dijemput hadir beramai-ramai ke Markas PAS Darul Hisab di Sg.Isap jam 9.00 malam ini. Ceramah malam ini dijangkan panas kerana sahabat karib Lokman Noor Adam yang mempertahankan beliau ketika dipecat dari Parti Keadilan Nasional dulu iaitu Blogger Cucumatkilau akan turut berceramah dan mendedahkan beberapa rahsia siapakah Lokman sebenarnya. Malah, Cucumatkilau juga turut menyimpan kenangan pahit ketika bersama Ruslan Kassim dulu. Ini bermakna, kedua-dua pemimpin PKR yang hadir itu amat mengenali Cucumatkilau dan terkejut apabila terdapat hebahan di media alternatif yang beliau akam membongkarkan rahsia kedua-dua bekas pemimpin Keadilan itu sendiri.

[Kami agak hairan dengan sikap tidak bertanggungjawab UMNO yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam poster ceramah mereka semata-mata untuk mengelirukan rakyat. Bukankah Lokman dan Ruslan kini sudah menyertai UMNO, maka kenapa takut menggunakan logo UMNO?. Apakah kerana mereka takut rakyat tidak hadir mendengar ceramah mereka seperti kebiasaannya. Ternyata, pertembungan yang tidak disangka ini telah menyebabkan UMNO bagai cacing kepanasan. Mereka tahu, rakyat akan menolak setiap hujah yang sampaikan oleh kedua-dua pengkhianat itu sebenarnya. Ceramah PAS malam ini turut akan diserta oleh Ustaz Rosli Jabar sendiri dan Exco Pemuda PAS Selangor iaitu Saudara Sany Hamzan (foto). Perjuangan bagi menegakkan Islam dan Keadilan adalah satu tanggungjawab kepada seluruh umat Islam sebagai Khalifah di atas muka bumi Allah ini].

0 Komen Artikel Ini: