SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Pemilihan PKR Biarlah Di Adakan Secara Sihat, Tiada Rasuah Serta Tiada Kempen Perkauman

Pemilihan pemimpin baru Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bermula selepas Hari Raya Aidil Fitri ini. Nampaknya, keadaan panas berkempen sudah pun bermula. CMK sempat bertemu dengan beberapa orang sahabat dan rakan yang menawarkan diri untuk menjadi calon dalam pemilihan peringat cabang, negeri dan pusat pada kali ini. Sebagai amalan demokrasi, maka masing-masing sudah memulakan kempen sejak awal-awal lagi. Ia adalah gejala sihat yang wajar digunakan sepenuhnya oleh pemimpin untuk memperkenalkan diri masing-masing. Cuma harapannya, kempen yang dijalanlan itu tidak perlulah dimasukkan unsur-unsur "rasuah" untuk membezakan PKR dengan UMNO. Inilah masalah yang amat sukar untuk dibendung sebenarnya. Penyakit "menghulur" untuk mendapatkan undi seolah-olah kini menghantui calon-calon PKR yang menawarkan diri kali ini. Mujurlah sekarang ini bulan Ramadhan, iaitu bulan puasa bagi umat Islam. Jika tidak, sudah pasti berbagai "open table" akan dijalankan atas tujuan untuk berkempen. Apapun. CMK berharap kesemua mereka dapat bertanding secara sihat hendaknya. Usahlah ada tindakan diluar batasan, yang tidak sepatutnya berlaku. Inilah yang penting sebenarnya. CMK kemungkinan besar akan menghadiri pemilihan di Cabang Kuantan, yang dipimpin oleh YB Fuziah Salleh sekarang ini. Khabarnya beliau juga akan ditentang pada kali ini. Begitu juga di Cabang Indera Mahkota, khabarnya YB Azan Ismail bakal ditentang oleh Saudara Razali Alias. Semua ini bakal menyemarakkan lagi perjuangan rakyat. Cuma apa yang amat diharap kepada semua calon, agar tidak menjadikan pemilihan kali ini untuk mewujudkan perpecahan dalam parti. Malah, sentimen perkauman juga tidak wajar digunakan oleh merekla yang bertanding. Apa yang sepatutnya ialah menawarkan apakah perubahan besar yang akan dibawa kepada ahli jika mereka menang. Apapun, selamat bertanding buat semua pemimpin yang menjadi calon di seluruh negara.

0 Komen Artikel Ini: