SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Kenyataan CMK Tentang Isu Artikel Keluar Parti Yang Telah Di Siarkan Dalam Utusan Malaysia !!


Ramai yang terkejut dan menghubungi CMK bertanyakan tentang artikel panas yang keluar di akhbar Utusan Malaysia pada 27 November (Sabtu) lalu. Artikel bertajuk "Cucu Mat Kilau Keluar PKR" . Susulan artikel tersebut, ramai sahabat seperjuangan dan rakan taulan yang telah menghubungi CMK bagi mengesahkan perkara tersebut. Tambah mengejutkan artikel berkenaan yang dipercayai dipetik dari blog ini turut menyatakan perkataan "Dulu Pernah Cium Anwar, Kini Tidak Sanggup Lagi Tipu Diri Sendiri". Maknanya penulis artikel berkenaan iaitu Tarmizi Abdul Rahim mengatakan CMK "cium" Anwar. Masalahnya dari mana beliau boleh menambah cerita tersebut? Inilah yang memusykilkan CMK sekarang sebenarnya. Ada beberapa perkara yang menimbulkan persoalan iaitu kenapa disiarkan tajuk besar "Cucu Mat Kilau Keluar PKR", sedangkan jika dirujuk kepada kenyataan CMK dalam blog ini ia berbunyi "Ramai yang terkejut dengan keputusan CMK untuk berundur dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini". Namun, anehnya wartawan terbabit telah menyalahtafsirkan kenyataan tersebut dan dengan beraninya mengeluarkan kenyataan kononnya CMK sudah keluar daripada parti PKR.

Tambah menyedihkan, wartawan terbabit juga telah menyiarkan kenyataan kononnya "CMK Cium Anwar". Sedangkan, perkara itu tidak pernah berlaku sebenarnya. CMK sendiri kurang arif, dari mana beliau mendapatkan maklumat tersebut. Inilah yang memusykilkan dan amat mengecewakan CMK sebenarnya. Susulan gambar cium terbabit, kini ramai yang memandang serong kepada CMK. Terus terang CMK ingin maklumkan bahawa gambar tersebut bukanlah CMK tetapi ia adalah merupakan wajah salah seorang penyokong tegar Anwar yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sila klik DI SINI untuk bukti. CMK hairan, kenapa seorang wartawan yang profesional dari akhbar terbabit tergamak menuduh demikian berdasarkan kepada gambar-gambar yang disebarkan secara meluas di internet sekarang ini. Kecewa dengan perkara itu CMK telah pergi ke Pejabat Biro Utusan Malaysia di Kuantan semalam. Ia bagi tujuan untuk memperbetulkan fakta yang berkenaan. Pembetulan telah dibuat dalam akhbar terbabit hari ini atas tajuk "CMK nafi Cium Anwar". Cuma masalahnya, CMK tidak mendapat permohonan maaf dari wartawan terbabit yang telah menjatuhkan maruah CMK itu. Justeru itu, sebagai balasannya, CMK tidak teragak-agak akan membuat laporan polis dan tindakan saman malu terhadap wartawan dan akhbar berkenaan dalam masa terdekat ini. Ia sebagai pengajaran supaya pihak berkenaan lebih berhati-hati dalam menyampaikan laporannya selepas ini.

0 Komen Artikel Ini: