SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Memalukan: "Bajet Defisit" Untuk Tahun Yang Ke-13, Negeri Punyai Hasil Yang Terhad Atau Menteri Besar Pahang Gagal Laksanakan Tanggung Jawab

Sumber: pahangdaily

KUANTAN, 2 Dis - Bajet Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (foto), terus mengalami defisit untuk tahun ke 13 berturut-turut. Bagi tahun 2011 defisit dijangka berjumlah RM68.2 juta, sebagaimana dibentangkan oleh beliau pada 22 Nov lepas. Bagaimanapun, defisit kali ini lebih baik sedikit daripada defisit 2010 iaitu sebanyak RM92,481,950. Adnan ketika menggulung perbahasan Bajet 2011 di Dewan Undangan Negeri Pahang Selasa lalu, mengakui kerajaan negeri Pahang kini mempunyai hasil yang terhad walaupun merupakan sebuah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Ini bermakna, kerajaan negeri gagal menjana kemewahan sumber asli ada di samping tidak inovatif dan proaktif mencipta peluang-peluang ekonomi yang baru. Di samping itu, ramai yang berpendapat pembaziran dan penyelewengan tetap antara punca yang menyebabkan pendapatan ekonomi Pahang tidak berkembang. Adnan juga sempat menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan negeri Pahang akan bankrap jika berterusan membentangkan bajet defisit. Minggu lalu Adnan membentangkan Bajet 2011 dengan peruntukan sebanyak RM871,117,390 untuk negeri Pahang. Sejumlah RM600,424,140 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan RM270,693,250 lagi untuk peruntukan pembangunan. Ini bermakna, peruntukan bagi pembangunan rakyat semakin mengecil berbanding bajet-bajet yang lepas.

[MB mempunyai jawapan mudah untuk menolak kenyataan yang berlaku. Bajet defisit 13 tahun berturut-turut membuktikan bahawa Adnan Yaakob gagal melaksanakan tanggungjawabnya secara serius. Biarpun ia dikatakan dek kerana negeri Pahang mempunyai hasil yang terhada, namun rakyat lebih mengetahui bahawa ketirisan dan penyelewengan yang berlaku adalah punca segalanya. Banyak hasil kerajaan negeri kini dirompak sesuka hati oleh pemimpin UMNO serta juak-juaknya. Malah, ahli keluarga MB Pahang sendiri dipercayai "kembung perut" meraih harta-harta, khazanah dan hasil mahsul kerajaan negeri menerusi beberapa buah anak syarikat milik kerajaan itu sendiri. Malah, perkara ini dapat dibuktikan dan akan didedahkan oleh pihak-pihak tertentu dalam masa terdekat ini. Adnan dilihat gagal menyakinkan rakyat akibat kelemahan pentadbiran beliau. Sedangkan dalam masa yang sama mereka tahu jutaan ringgit masuk ke kantung pihak-pihak yang berkenaan tanpa sedikit pun rasa malu. Justeru itu, rakyat Pahang tidak harus terus ditipu lagi dan perlu lakukan perubahan dalam PRU-13 nanti. Jika tidak mereka akan terus dirundung malang dan ditipu oleh pihak berkuasa buat selamanya]. selamatkanpahang

0 Komen Artikel Ini: