SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Panas: Gara-Gara Fitnah Cium Anwar Dan Artikel Keluar PKR, Blogger Cucumatkilau Bakal Failkan Saman Terhadap 'Artikel Fitnah' Utusan Malaysia

Sumber: pahangdaily

KUANTAN, 2 Dis - Blogger Panas yang pernah dikaitkan dengan Pahang Daily Online (PDO) satu ketika dulu iaitu Cucumatkilau atau nama sebenarnya Mohd Shukri Mohd Ramli akhirnya bersetuju untuk menfailkan "Saman Malu" terhadap penyiaran artikel "Cucu Mat Kilau Keluar PKR" yang telah dibuat oleh akhbar arus perdana Utusan Malaysia baru-baru ini (27 Nov). Beliau yang dihubungi PDO mengatakan tindakan tersebut terpaksa dilakukan demi maruah dan imejnya yang terjejas gara-gara laporan "rambang" tersebut. "Memang saya ada mengatakan hasrat untuk keluar PKR di dalam blog peribadi saya namun ia dalam tempoh terdekat ini. Maknanya perkara itu belum rasmi lagi. Soalnya kenapa wartawan Utusan Malaysia mendahului saya. Jika pun saya mahu buat keputusan sudah pasti saya akan maklumkan kepada semua media dan bukan hanya utusan. Tindakan wartawan berkenaan Tarmizi Abdul Rahim jelas sekali telah menjatuhkan maruah dan imej saya. Tambahan pula beliau tergamak melaporkan kenyataan bahawa saya cium Anwar (foto), sedangkan gambar yang disebarkan dengan meluas di internet itu bukanlah saya sebenarnya. Ini semua fitnah dan mereka yang berani menyebarkan gambar tersebut akibat percaya dengan kenyataan yang disensasikan oleh Utusan Malaysia", kata Shukri. Justeru itu beliau memberi notis seminggu untuk akhbar terbabit menarik balik artikel tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada beliau. "Saya tidak teragak-agak akan menfailkan notis saman terhadap Utusan Malaysia jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh notis tujuh yang akan diberikan", tambah Shukri.


Klik pada imej untuk besarkan laporan yang berkenaan atau klik SINI

Di fahamkan, selepas Utusan Malaysia menyiarkan berita tersebut beliau telah dihubungi oleh berbagai pihak yang mahu penjelasan lanjut tentang perkara ini. Bukan sahaja isu "keluar PKR" malah lebih hangat lagi tentang "cium Anwar". "Saya tidak menafikan beberapa kali bertemu Anwar secara berdepan sebelum ini. Malah saya juga sempat "peluk" Anwar ketika memberi semangat kepada beliau semasa hari-hari terakhir perbicaraan kes liwat I di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (ketika itu di bangunan Sultan Abd Samad depan Dataran Mereka). Saya adalah antara lima orang awam yang berjaya masuk dan menyaksikan detik-detik Anwar dihukum oleh mahkamah gara-gara kes pertama dulu. Memang benar, ketika sesi rehat saya ada peluk dan tepuk bahu Anwar ketika beliau bertemu dengan ahli keluarganya. Ketika itu saya duduk di galeri keluarga Anwar bersama Wan Azizah, Nurul Izzah, Arwah bonda Anwar dan yang lainnya. Saya hanya berpeluk untuk nyatakan sokongan kepadanya. Gambar yang disebarkan itu adalah seolah-olah saya mencium Anwar, sedangkan ketika kejadian saya tidak berada di lokasi yang dinyatakan. Malah, saya juga mempunya saksi bahawa gambar berkenaan memang bukan gambar saya sebenarnya", tambah Shukri lagi.

Tindakan Saman Demi Maruah Serta Pengajaran

Susulan fitnah Utusan Malaysia dan penyebaran gambar tersebut menyebabkan kehidupan beliau dalam keadaan trauma. "Ramai yang terkejut dengan gambar tersebut selepas mengetahuinya melalui Utusan Malaysia. Ada yang kata saya homoseks dan gay, malah tidak kurang juga mengatakan saya juga mungkin salah seorang mangsa liwat Anwar. Sedangkan semua itu tidak berlaku dan hanyalah dusta semata-mata sebenarnya", katanya. Difahamkan, notis seminggu untuk memberi peluang kepada Utusan Malaysia akan dihantar pada hari Isnin (6 Disember) ini. Beliau bakal melantik peguam Mohd Fadli Mohd Ramly (foto) dari Tetuan Mohd Fadzli & Co untuk urusan yang berkenaan. "Saman terpaksa dilakukan setelah melihat kecurangan akhbar terbabit yang tergamak melaporkan berita tidak benar sedangkan mereka melaung-laungkan kononnya mempunyai wartawan yang profesional dan berintegriti. Tindakan wartawan terbabit jelas sekali mencemarkan amalan kewartawanan itu sendiri sebenarnya. Utusan bukanlah blog, ia dibaca oleh jutaan rakyat yang tidak tahu apa-apa. Mereka pasti percaya dengan laporan tersebut. Memang saya ada menafikan kenyataan tersebut sehari selepas itu, tetapi itu bukan permohonan maaf dari pihak terbabit. Itu adalah kenyataan saya untuk menafikannya. Kenapa mereka tidak perbesarkan penafian saya itu seperti berita kononnya saya telah keluar PKR dan sanggup cium Anwar Ibrahim sehari sebelumnya? ", kata Shukri.


Bukti, antara blog yang fitnah CMK selepas laporan Utusan itu
Sila klik imej untuk besarkan, atau klik SINI untuk info lanjut


Bukti, blog mykmu.net juga siarkan fitnah ini, Info sila klik SINI

[PDO ucapkan syabas kepada CMK atas ketegasan beliau dalam hal ini. Ternyata, tindakan beliau untuk menyaman Utusan Malaysia memang sangat dinantikan oleh semua pihak. Tambahan pula laporan yang tidak betul dan jelas sekali berunsur fitnah itu telah menjatuhkan maruahnya. Tidak dapat difahamkan, berapakan jumlah saman yang akan dikemukakan terhadap pihak terbabit setakat ini. Semuanya bergantung kepada perbincangan beliau dengan peguamnnya Ahad ini. Apapun, langkah ini adalah wajar untuk memberi amaran kepada Utusan Malaysia agar tidak terus melakukan provokasi kepada rakyat. Mereka mendabik dada kononnya media arus perdana melaporkan kebenaran, namun kini terbukti laporan yang diceduk dari blog jelas sekali telah menyebabkan mereka terperangkap sekarang. Malah, tuduhan liar tanpa bukti yang kukuh mencerminkan betapa tidak profesionalnya wartawan terbabit. Laporan seterusnya akan dibuat dari masa ke semasa].

0 Komen Artikel Ini: