Siaran Radio CMK FM Boleh Di Dengar AUTOMATIK Dalam Masa 3-10 Saat
Jika Bermasalah, SILA REFRESH BLOG INI, Atau Klik Pada LINK Di Bawah



Wednesday, September 29, 2010

Masanya Kini Sudah Tiba, Blogger Cucumatkilau Tawarkan Diri Sebagai Calon Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat Dalam Pemilihan PKR 2010

Selepas lebih 10 tahun berkecimpung dalam dunia blogger dan berada dibelakang tabir perjuangan, maka CMK rasa sudah tiba masanya untuk sama-sama menyahut cabaran untuk berada di saf kepimpinan anak muda dalam pemilihan parti tahun ini. CMK sudah menghasilkan blog sejak awal pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO dan kerajaan Malaysia pada tanggal 2 September 1998 lagi. Semuannya akibat melihat berlakunya ketidakadilan dan penyelewengan yang nyata terhadap kes Anwar dan pentadbiran kerajaan UMNO BN secara keseluruhannya. Hingga kini terdapat banyak artikel tulisan CMK yang dipaparkan dalam banyak laman blog pro-reformasi mahu pun media arus perdana yang lain. CMK sudah melalui berbagai pengalaman pahit manis sepanjang karier ini. Malah, sudah terlalu banyak dugaan dan cabaran yang menghimpit perjuangan untuk membuat perubahan sebenarnya yang CMK tempohi. Semua ini menyebabkan CMK semakin berani untuk meneruskan agenda perubahan. Apa yang penting bagi CMK, perjuangan untuk memartabakan agama, bangsa dan negara tercinta ini harus diteruskan selagi hayat dikandung badan. Justeru itulah, CMK terpanggil untuk menyahut seruan rakan-rakan untuk menawarkan diri sebagai salah seorang calon Exco AMK Pusat dalam pemilihan kali ini. Semuanya juga dek kerna mahu melihat satu perubahan besar dapat dilakukan dalam memantapkan lagi hala tuju perjuangan anak muda itu sendiri. Selama ini CMK, tidak pernah serius untuk menawarkan diri dalam mana-mana jawatan baik diperingkat cabang, negeri malah pusat sekali pun. Ia kerana CMK melihat, semangat yang ada pada anak muda itu sudah memadai untuk mengharungi setiap cabaran untuk meneruskan agenda perubahan. Cuma suntikan baru amatlah diperlukan sekarang demi mengukuhkan lagi perjuangan ini.

Memantapkan Peranan Media Baru Menjelang Pilihanraya

Kini, CMK merasakan sudah terpanggil untuk sama-sama membina kekuatan dalam mencipta kejayaan untuk melihat kebenaran dan keadilan tertegak di bumi tercinta ini. Justeru itulah, dengan rasa rendah diri CMK bersedia untuk menawarkan diri bagi mengisi salah satu jawatan penting dalam kepimpinan anak muda tidak lama lagi. Mungkin ramai yang terkejut dengan kenyataan ini, kerana melihat CMK lebih selesa berada di belakang tabir perjuangan itu sendiri. Namun, apalah erti perjuangan jika CMK gagal untu memainkan peranan dalam memberi harapan baru kepada gerakan anak muda di negara ini. Masa yang terlalu lama untuk CMK berjuang menerusi alam siber perlulah di manfaatkan sepenuhnya untuk memantapkan parti itu secara keseluruhannya. CMK melihat, masih ada ruang-ruang yang perlu diperbetulkan jika mahu melihat misi menawan Putrajaya itu membuangkan hasilnya dalam masa terdekat ini. Malah, selepas gelombang tsunami politik 2008 lalu sememangnya jelas membuktikan bahawa peranan media alternatif terutamanya blog berjaya meruntuhkan tembok kekuasaan UMNO Barisan Nasional itu sebenarnya.


Bersama Nurul Izzah dan suami di Kongres Nasional PKR di Shah Alam
Perang Siber, Melancarkan Misi "Satu Cabang Satu Blog"

Cuma, selepas pilihanraya umum lalu masih jelas dapat dilihat bahawa kecernaan terhadap media baru itu masih ditahap biasa, sedangkan pihak lawan terus menggembelingkan tenaga mereka untuk menjuarai apa yang dipanggil "perang siber". Mereka menyusun strategi dan tatacara yang sistematik untuk memastikan matlamat mereka tercapai. Mereka tahu bahawa jutaan pengundi muda yang majoritinya celik ICT akan menjadi penentu ke arah kejayaan dalam pilihanraya umum akan datang. Selaras dengan itulah, CMK amat berharap untuk dapat memberikan kerjasama sebaik mungkin atas segala kepakaran dan pengalaman yang ada, bagi membentuk satu "Team ICT Pakatan Rakyat" yang benar-benar digeruni oleh UMNO BN. Selama ini, sudah banyak kali CMK cuba untuk menyumbangkan buah fikiran dan tenaga ke arah itu. Namun, mungkin dek kerana keupayaan dan suara "dari luar" sukar untuk didengari apatah lagi diberi perhatian oleh kepimpinan sedia ada maka akhirnya hasrat tersebut terkubur begitu sahaja. CMK berhasrat untuk membantu anak muda keadilan agar benar-benar mantap dan bersedia untuk menyahut cabaran bagi menggalas tanggungjawab memperkukuhkan pemahaman tentang ICT dikalangan generasi muda hari ini. Misi utama CMK ialah untuk mewujudkan jaringan ICT yang meluas dikalangan anak muda diperingkat cabang mahu pun ranting-ranting di seluruh negara. CMK bersedia menggerakakkan kempen "Satu Cabang Satu Blog" agar ianya dapat memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti dan perjuangan parti dari segenap sudut. Semua ini memerlukan komitmen, tenaga dan masa. Maka itulah, CMK perlu berada didalam saf kempimpinan untuk mengetuai agenda perubahan yang ingin dibawa bagi memantapkan perang siber itu.


Berita tangkapan CMK dalam akhbar Suara Keadilan pada tahun 2007

Laporan polis yang dibuat CMK tentang kes penyelewengan kerajaan

Oleh itulah, CMK memberanikan diri untuk menyahut cabaran sahabat handai, teman seperjuangan malah dikalangan para blogger sendiri untuk menawarkan diri bertanding dalam pemilihan parti pada kali ini. Bagi CMK, inilah masanya yang sesuai untuk membina kejayaan itu sebenarnya. Justeru itu CMK amatlah mengharapkan sokongan yang padu dari seluruh anak muda untuk menyakinkan hasrat murni ini. Tanpa sokongan semua, nescaya hasrat ini pastinya tidak akan tercapai akhirnya. Malah, CMK bersedia untuk berkerjasama dengan sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan selepas ini, sama ada ia adalah Samsul Iskandar, Chegubard, Rafizi Ramli atau sesiapa sahaja. Bagi CMK, kesemua mereka ada karisman tersendiri untuk menarik sokongan. Cuma bezanya ialah dari segi keterampilan dan latar belakang diri masing-masing sahaja. Maka itu, CMK bersedia menyokong sesiapa sahaja yang akan menerajui gerakan anak muda yang dipilih nanti. CMK sudah melalui banyak kepayahan dan keperitan dalam perjuangan. Semua yang dilalui ini mengajar erti ketabahan untuk menyuarakan kebenaran serta keadilan itu.


Keratan akhbar ketika pertahankan tanah rizab surau yang diceroboh
Pengalaman Pahit Manis Dalam Meniti Arus Perjuangan

CMK melihat, iklim politik di Malaysia hari ini sudah jauh berbeza di awal gerakan reformasi dulu. Malah perubahan minda rakyat juga telah mendorong kebenaran dan keadilan itu tertegak jua akhirnya. CMK amat terharu dengan perkembangan ini. CMK bukanlah seorang pejuang politik seperti rakan-rakan yang lain sebelum ini. Namun begitu, CMK rasa sekarang masa yang paling sesuai untuk membina keyakinan dan meneruskan agenda perubahan buat rakyat sebenarnya.
Terlalu banyak kenangan CMK sejak terlibat dengan gerakan reformasi ini sebenarnya. Pancutan gas pemedih mata, semburan water canon, diburu seperti penjenayah, ditekan, diugut dan diancam dengan berbagai gertakan telah CMK terima. Namun kenangan paling pahit ialah ketika ditangkap oleh 8 orang anggota polis dalam satu serbuan pada 24 Disember 2007. Berita tersebut telah disiarkan dalam banyak laman blog. CMK dipukul, diugut dan diperlakukan sesuka hati oleh mereka dengan tangan yang bergari.


Artikel Siasah, CMK cabar Saiful Bukhari saman HKL & Pusrawi
Manakala itu, kenangan manis CMK pula ialah ketika menjadi juruhebah Majlis Perkahwinan Nurul Izzah Anwar di Bukit Damansara dulu. Malah CMK juga telah terlibat dalam banyak acara yang melibatkan pimpinan tertinggi parti sama ada menjadi Juruhebah atau pun Pengacara Majlis sebelum ini. Dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, CMK telah terpilih sebagai calon mewakili PKR untuk kerusi DUN Kemayan, Parlimen Bera. Hubungan CMK dengan ramai pemimpin politik baik pembangkang mahupun kerajaan agak rapat. Ini kerana ayahanda dan bonda CMK adalah merupakan antara pemimpin utama UMNO setempat sejak saya kecil lagi. Bahkan CMK juga sering mengendalikan majlis-majlis keramaian dan acara besar yang melibatkan pemimpin tertinggi negeri dan negara. CMK juga pernah menjadi penulis sambilan dibeberapa buah akhbar tabloid sebelum ini dan pernah terlibat dengan berbagai aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Pengalaman Politik, NGO Dan Aktiviti Kemasyarakatan

Antara pengalaman tersebut ialah menjadi Ketua Penerangan AMK Pahang pada tahun 2009, Calon PKR DUN Kemayan dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. ,Sebelum itu CMK juga pernah menjadi Ketua AMK Cabang Paya Besar (2004). Semua itu CMK lakukan tanpa sebarang persediaan yang rapi sebenarnya. Mungkin ia lebih kepada desakan dan keperluan yang tidak sepatutnya ketika itu. Dalam kerajaan juga CMK ada terlibat dengan NGO seperti menjadi Pengarah Keahlian Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Pahang, AJK Biro Penerangan ABIM Pahang dan AJK Biro Penerbitan & Dokumentasi Majlis Belia Negeri Pahang. CMK menjadi Ketua Pengarang Majalah Belia Negeri Pahang ketika dilancarkan oleh Datuk Najib Razak di Bentong ketika itu. Disamping itu CMK juga pernah terlibat sebagai Juruhebah di RTM Pahang (95-99). Semasa di pusat pengajian tinggi CMK juga pernah terlibat sebagai Naib Yang Dipertua Pelajar ITM Perak (90-91) dan Presiden Kelab Perancang Bandar ITM Perak (1990). Malah CMK banyak terlibat dengan program-program kampus yang menjurus ke arah memperjuangkan nasib para pelajar ketika itu. CMK juga pernah menjadi Setiausaha UMNO Cawangan ketika berada di kampung (Felda Jengka 7, Maran) pada tahun 93 hingga 95. Malah diperingkat sekolah lagi CMK telah bergelar Ketua Pengarang Majalah Sekolah dan Asrama di Sekolah Menengah Jengka 2, Maran (88). CMK sebenarnya banyak terlibat dengan Pengurusan Acara bermula dari awal tahun 90an sehinggalah sekarang. Awal tahun 2010 lalu CMK telah mendapat liputan meluas dari media arus perdana termasuk TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya. Semuanya kerana CMK menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk yang membantah pencerobohan tanah tapak rizab surau di Indera Mahkota Kuantan. Terbaru, CMK mengetuai Suara Anak Pahang (SUAP) dan membuat laporan polis terhadap TV3 berkaitan kes Iklan Hari Raya Hina Islam.

Keratan akhbar kisah CMK semasa menjadi Juruhebah Radio dulu
Kalah Menang Bukanlah Alasan Untuk Jadi Penghalang

Susulan kenyataan CMK ini, ramai juga sahabat yang mempertikaikan dan mahu CMK terus seperti biasa macam sekarang. Tapi bagi CMK, inilah masanya untuk CMK perkenalkan diri menerusi ruang politik kepada rakyat Malaysia. Sebelum ini, medium "blogger" yang lebih mengangkat nama CMK ke persada maya. Namun, sejak CMK mula berjinak-jinak dengan ceramah politik atas jemputan PAS di Pahang maka CMK merasakan sudah tiba masanya untuk naik ke pentas itu. Setakat ini, CMK mungkin tidak mempunyai proksi yang benar-benar tulin dan sebolehnya bukan itu matlamat CMK. Justeru itu CMK akan menyokong siapa sahaja yang dilantik sebagai Ketua AMK Pusat nanti. Malah, kerjasama tetap akan diteruskan dengan sesiapa sahaja. CMK juga tidak perlu untuk menjatuhkan sesiapa kerana setakat ini CMK tidak tahu apakah potensi yang ada atau sebaliknya. Jika kalah sekali pun CMK tetap seperti biasa dan akan meneruskan perjuangan menerusi wadah ini. Namun, besar harapan CMK untuk duduk sebaris dengan kepimpinan anak muda yang bakal menerajui pergerakan itu selepas ini. CMK mengharapkan sokongan semua pihak untuk membantu bagi merealisasikan hasrat ini. Cabaran yang lebih besar menanti di depan sana. Oleh itu perjuangan harus diteruskan biar apa jua sekali pun. Salam Perjuangan buat semua perwakilan AMK!

Read more »

Wednesday, September 8, 2010

Panas: Iklan Raya TV3 Hina Islam, Laporan Polis Berjaya Dilakukan Semalam Dan Tindakan Saman Akan Menyusul Atas Kebiadapan Pihak Terbabit !

KUANTAN, 8 Sept - Laporan polis terhadap kebiadapan pihak yang bertanggungjawab di TV3 menyiarkan iklan Raya Aidil Fitri yang beunsur penghinaan terhadap agama Islam telah berjaya dibuat di IPD Kuantan jam 3.15 petang semalam. Pengerusi NGO Suara Rakyat Pahang (SUAP), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto), yang mengetuai laporan itu telah memberi keterangan hampir tiga jam kepada pihak polis. Antara lain Shukri menegaskan, laporan itu dibuat bagi memberi pengajaran kepada semua pihak yang cuba untuk memainkan sentimen agama bagi merosakkan akidah umat Islam di negara ini. "Memang kita tahu, TV3 sudah pun meminta maaf atas iklan tersebut. Namun pernah kita terfikir bahawa mereka yang bersalah itu perlu dibawa ke muka pengadilan?", kata Shukri. Menurutnya, kebiadapan itu tidak boleh dimaafkan dengan hanya menarik balik iklan tersebut. Malah kesemua mereka yang bersalah perlulah didakwa mengikut Akta Hasutan 1948. Pihak berkenaan seperti Pengarah Kreatif TV3 iaitu Douglas Khoo Hong Seng yang menghasilkan iklan tersebut perlulah disiasat. Beliau secara jelas dengan sengaja mempunyai agenda terancang untuk menghina agama Islam dengan mengikut arahan pihak tertentu bagi menyebarkan dakyah-dakyah agama lain kepada umat Islam di negara ini. Siasatan perlu dibuat terhadap siapakah yang mengarahkan beliau menyediakan iklan menghina agama berharga RM200,000 itu. Malah, saya juga mahu pihak-pihak di TV3 yang meluluskan penyiaran iklan tersebut juga diambil tindakan atas kecuaian berkenaan. Wajarkah sebuah iklan diterbitkan untuk siaran tanpa ada sebarang penapisan oleh pihak berkenaan, hingga menimbulkan kemarahan dan suasana tidak tenteram terhadap umat Islam di negara ini. Inilah yang perlu diberi perhatian !!

Tindakan Saman Terhadap TV3 Akan Menyusul

Beliau turut menambah bahawa semua mereka yang terlibat termasuk pihak pengurusan TV3 sendiri iaitu CEO Datuk Farid Ridzuan (foto) disiasat ata perkara yang amat memalukan ini. Ternyata usaha yang dilakukan adalah bertujuan bagi menyebarkan dakyah secara halus untuk memesongkan akidah umat Islam di negara ini. Biar pun kemaafan telah dibuat oleh pihak TV3, namun begitu kes yang cukup biadap ini perlulah diberi perhatian oleh pihak berkuasa demi kesucian agama Islam di negara ini. Jika pihak polis boleh bertegas dalam isu perkauman, maka isu agama Islam seperti ini perlu diberi keutamaan untuk mengelakkan ia berulang lagi pada masa depan. Beliau juga mahu supaya pihak polis menjalankan siasatan yang telus dan adil perlu dilakukan demi kepentingan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Laporan ini dibuat untuk membolehkan kami menfailkan tindakan saman terhadap Pengarah Kreatif TV3 , Pengarah Urusan TV3, Media Prima Berhad dan Kementerian Penerangan. "Kes ini bukan satu isu yang main-main kerana ia jelas menunjukkan mereka sengaja berbuat demikian sebenarnya. Kenapa perlu tiga hari baru ambil tindakan untuk tarik balik iklan ?. Apakah tiada badan penapisan atau pihak yang bertanggung jawab di TV3 yang memantau perkara ini sebelum ia disiarkan?. Sepatutnya kecuaian ini tidak berlaku melainkan mereka memang mempunyai agenda terancang untuk memesongkan akidah umat Islam", tambah Shukri lagi.


Artikel berkenaan yang disiarkan Bernama tentang laporan polis ini
[Kami ucapkan syabas dan tahniah kepada Suara Anak Pahang (SUAP) atas keberanian mereka membuat tindakan dan bukan setakat berkata-kata semata-mata. Kemaafan yang dibuat oleh golongan munafik tidak wajar dianggap satu keinsafan. TV3 yang memohon maaf, tapi bagaimana dengan mereka yang tergamak membuat iklan tersebut? Apakah motif dan tujuan mereka sebenarnya?. Semoga ada peguam-peguam hebat akan bersama dengan SUAP untuk menfailkan tindakan saman tersebut. Manusia amat marah jika maruah mereka tercalar dan sanggup buat tindakan saman, seperti yang berlaku sebelum ini. Nah, sekarang agama Islam tercabar, apakah cukup dengan tindakan maaf?. Agenda jahat mereka perlulah dibongkarkan agar rakyat tahu kini TV3 sudah menjadi satu saluran propaganda Yahudi untuk merosakkan akidah umat Islam di negara ini. Makanya, tindakan saman wajar dilakukan selepas segala bukti berkaitan telah berjaya dikumpul oleh pihak yang berkenaan. pahangdaily].

Read more »