SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK) | BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI | HARAP MAKLUM

Asal Sebelah Ibu


Ibu CMK bernama Allahyarhamah Kamsiah Jamil dan berasal dari Kampung Sungai Jernih, Gemencheh Negeri Sembilan. Arwah ibu beliau meninggal dunia akibat penyakit kanser payu dara pada tahun 1999 dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Jengka 7. 

Ibunya dari suku Biduanda dalam adat pepatih. Berdasarkan catatan sejarah, nenek moyang beliau dari keturunan istana dari Pagar Ruyong, Sumatera Barat Indonesia. Neneknya banyak menceritakan dia termasuk lari ke Tanah Melayu, selepas berlakunya  pembantaian terhadap raja-raja Melayu dan golongan bangsawan Melayu terpelajar di Sumatera dan Kalimantan oleh pihak yang mendakwa kononnya sebagai golongan Nasionalis Indonesia sekitar 1946 dan 1960-an.

Ketika berusia 10 tahun, beliau pernah diminta menetap terus di Negeri Sembilan olah ibu saudara (kakak ibu) yang tinggal di Felda Pasir Besar, Gemas. Bapa saudaranya, Allahyarham Imam Abd Majid ialah Wali Hakim yang banyak membuat urusan nikah kahwin di sekitar kawasan Felda Gugusan Palong dan Gemas.

Jika beliau setuju tinggal di sana, mungkin hari ini CMK akan terus tinggal di Negeri Sembilan. Arwah ibunya mengikut bapa saudara beliau (abang ibu) tingga di Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Bapa saudara, Allahyarham Jamaluddin Jamil merupakan kakitangan RISDA.

Bapa saudaranya berkahwin dengan isteri yang berasal dari Pulau Tawar, sejak itu ibu beliau turut menetap disitu dan kemudian berkahwin pula dengan ayahnya Allahyarham Jamaluddin Md Yunus, yang merupakan penduduk kampung di situ.

Sebab itulah, ketika musim cuti persekolahan atau hari raya beliau akan balik ke dua kampung halaman. Satu di Pulau Tawar, Jerantut dan satu lagi di Gemencheh, Negeri Sembilan.

0 Komen Artikel Ini: