SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK) | BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI | HARAP MAKLUM

Tempat Dibesarkan


Selepas meninggalkan Felda Bukit Goh, arwah ayah CMK kemudian membawa beliau dan keluarganya  berpindah ke Felda Jengka 7, Maran pada tahun 1973. Ketika itu usia beliau baru menjangkau tiga tahun. Di sinilah dia mula dibesarkan sejak zaman kanak-kanak hinggalah ke dewasa.

Menurut CMK, beliau sempat melalui keperitan hidup sebagai anak peneroka felda di Jengka 7. Ketika zaman tiada api letrik, keluarganya hanya hidup bertemankan lampu gasoline. Beliau masih ingat lagi selalu lihat ibunya memasang lampu gasoline, bila hari menjelang malam. 

Inilah paip air depan rumah yang terpaksa dikongsi

Beliau sempat juga mandi di paip yang hanya disediakan di tepi jalan depan rumah untuk kegunaan beberapa keluarga. Waktu air paip tak ada dalam rumah, nak mandi atau basuh kain terpaksa ke depan rumah dan ikut giliran. Bayangkan kalau ada anak dara nak mandi, memang susah kehidupan awal di tanah rancangan felda ini sebenarnya.

Beginilah keadaan rumah asal ketika mula-mula masuk Felda dulu

Zaman kanak-kanak, beliau sama seperti anak-anak peneroka felda yang lain. Beliau suka mandi paya (bukan sungai), memancing ikan keli, sepat dan baung, main tuju tin, baling selipar, lastik buruk, main layang-layang, main sorok-sorok, main guli, tuju getah dan macam-macam lagi. Malah, saya sangat minat main pondok-pondok kat dalam hutan getah. Lagi pun rumah orang tua beliau belakangnya ladang getah.

Permainan tuju tin, antara permainan popular dulu-dulu

CMK agak nakal masa-masa dulu, pernah patah tangan gara-gara main baling selipar kat rumah Wak Rahman (arwah). Memandangkan arwah ayah beliau merupakan orang kuat di kampung, maka dia agak disegani juga oleh kawan-kawan di sekolah. Maklumlah, ayah saya Pengerusi PIBG dari masa saya darjah 1 (1978) hingga ke darjah 6 (1983).

Banyak kisah suka duka zaman kanak-kanak yang masih segar dalam ingatan katanya. 

0 Komen Artikel Ini: