SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Tempat Di Besarkan


Selepas meninggalkan Felda Bukit Goh, arwah ayah kemudian membawa saya dan keluarga  berpindah ke Felda Jengka 7, Maran pada tahun 1973. Ketika itu usia saya baru menjangkau tiga tahun. Di sinilah saya mula dibesarkan sejak zaman kanak-kanak hinggalah ke dewasa.

Saya sempat melalui keperitan hidup sebagai anak peneroka felda di sini. Ketika zaman tiada api letrik, kami hanya hidup bertemankan lampu gasoline. Saya masih ingat lagi selalu lihat ibu saya memasang lampu gasoline, bila hari menjelang malam. 

Inilah paip air depan rumah yang terpaksa dikongsi

Sempat juga mandi di paip yang hanya disediakan di tepi jalan depan rumah untuk kegunaan beberapa keluarga. Waktu air paip tak ada dalam rumah, nak mandi atau basuh kain terpaksa ke depan rumah dan ikut giliran. Bayangkan kalau ada anak dara nak mandi, memang susah kehidupan awal di tanah rancangan felda ini sebenarnya.

Beginilah keadaan rumah asal ketika mula-mula masuk Felda dulu

Zaman kanak-kanak, saya sama seperti anak-anak peneroka felda yang lain. Kami suka mandi paya (bukan sungai), memancing ikan keli, sepat dan baung, main tuju tin, baling selipar, lastik buruk, main layang-layang, main sorok-sorok, main guli, tuju getah dan macam-macam lagi. Malah, saya sangat minat main pondok-pondok kat dalam hutan getah. Lagi pun rumah orang tua saya belakangnya ladang getah.

Permainan tuju tin, antara permainan popular dulu-dulu

Saya agak nakal masa-masa dulu, pernah patah tangan gara-gara main baling selipar kat rumah Wak Rahman (arwah). Memandangkan arwah ayah saya merupakan orang kuat di kampung, maka saya agak disegani juga oleh kawan-kawan di sekolah. Maklumlah, ayah saya Pengerusi PIBG dari masa saya darjah 1 (1978) hingga ke darjah 6 (1983).

Banyak kisah suka duka zaman kanak-kanak yang masih segar dalam ingatan saya. Nanti ada masa saya ceritakan sambungannya. /-

0 Komen Artikel Ini: