SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

CMK Di Undang Menjadi Pembentang Kertas Kerja Di 'Himpunan Media Baru' Peringkat Kebangsaan

Pada 15 Januari yang lalu, CMK telah diundang menjadi pembentang kertas kerja untuk program Himpunan Media Baru Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Negeri Pahang. Program diadakan di Hotel Green Park Temerloh itu telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Naib Presiden PAS Pusat iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Sementara itu majlis penutupan pula telah dilakukan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Nasaruddin Hassan At-Tantawi. CMK telah menjadi pembentang kertas kerja pertama dengan tajuk Peranan Media Baru Dalam Menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13. Manakala itu, Ustaz Nik Abduh (anak kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat) pula menjadi pembentang kertas kerja kedua. Beliau mengupas tajuk Peranan Media Baru Dalam Konteks Islam. Program telah disertai oleh hampir 100 peserta yang kebanyakannya adalah pemuda PAS dari seluruh negeri Pahang sendiri. Ini kerana dalam masa yang sama terdapat juga program berasingan di Kemaman Trengganu dan sebelah malamnya perjumpaan blogger dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat diadakan di Kuala Lumpur.





Apapun, program yang berakhir pada jam 3.00 petang itu telah berjaya membuka minda para peserta tentang peranan mereka untuk memperkasakan media baru dalam memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. CMK ucapkan ribuan terima kasih kepada Pemuda PAS Pahang atas kesudian mengundang dan memberi peluang CMK untuk berkongsi maklumat dan bertukar fikiran pengalaman menggunakan media baru. Majlis telah dipengerusikan oleh Ustaz Fadhli Ibrahim (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang).

0 Komen Artikel Ini: