Biar pun masa agak terhad untuk CMK bongkarkan semua isu yang terdapat pada power point presentation semasa ceramah di Putra Balok, 11 Januari lalu namun sekurang-kurangnya ia berjaya membuka minda rakyat terhadap beberapa isu sebenarnya. Disamping mengulas isu nasional termasuk 1Malaysia, PTPTN, kes Rais Yatim dan sebagainya, CMK juga berjaya menperjelaskan serba sedikit pendedahan tentang penyelewengan yang berlaku terhadap Kerajaan Negeri Pahang. Pembongkaran tentang berbagai isu termasuk kes curi balak, curi pasir dan isu premium yang tidak munasabah bagi penerokaan lombong emas dan bijih besi di negeri Pahang. Semuanya itu menyebabkan negeri ini berada dalam keadaan muflis dan senantiasa membentangkan bajet defisit kepada rakyat. Walhal hakikatnya, proksi dan kroni terus kaya raya merompak hasil mahsul kerajaan dengan berselindung disebalik anak-anak syarikat kerajaan itu sendiri. Tambah menyakitkan hati rakyat terdapat projek-projek yang diluluskan sesuka hati kepada kaum kerabat MB Pahang sendiri. Mungkin ada yang kecewa dengan ceramah CMK baru-baru ini yang agak laju dan seolah-olah mengejar masa. CMK memohon maaf atas perkara itu, memandangkan masa yang diberikan sekitar 30 minit hinggan 40 minit sahaja. Ia tidak memadai untuk mendedahkan semua isu tersebut.
Sempat bergambar dengan Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub
Bersama YB Salehuddin, Wk Cheong (PKR) dan seorang sahabat PAS
Apapun, CMK berjanji akan membuat pendedahan di ceramah yang akan datang kiranya diundang lagi. Turut berceramah pada malam tersebut ialah Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub dan ADUN Beserah, YB Tuan Syed Mohamad Tuan Lonik. Ceramah di pengerusikan oleh Ustaz Suhaimi Saad selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang. Sambutan agak menggalakkan pada malam itu sebenanya. Apapun, CMK akan terus membongkarkan lebih banyak pendedahan tentang penyelewengan yang berlaku di negeri Pahang ini pada masa akan datang. Rakyat perlu membuat perubahan untuk kehidupan yang lebih adil dan selesa. Takbirr !
Sempat bergambar dengan Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub
Bersama YB Salehuddin, Wk Cheong (PKR) dan seorang sahabat PAS
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan